Model Kübler-Ross menerangkan 5 peringkat kedukaan.
Contohnya begini, katakan anda telah mengambil peperiksaan subjek itu selama tiga kali - tiga tahun.
Setelah tiga kali bergelumang dengan kertas yang sama, tentulah harapan dalam diri untuk lulus semakin memuncak.
Makanya, selepas sahaja mendapat keputusan itu ketika dinihari (baca:dalam pukul 3 pagi) disebabkan keefisienan 'pihak itu', anda akan selalunya masuk ke peringkat pertama Model Kübler-Ross bila mendapati anda terpaksarela mengambil kertas yang sama buat kali keempat.
Peringkat pertama yang dimaksudkan ialah penafian (denial).
Peringkat penafian ini akan disusuli pula dengan peringkat kemarahan (anger), tawar-menawar (bargaining), kemurungan (depress) dan penerimaan (acceptance).
Persoalannya, di peringkat manakah anda kini?
Thursday, December 3, 2009
Ceritera 277
Budaya peperiksaan, dalam sistem pendidikan negara, telah menggantikan budaya ilmu. Para pelajar memang giat belajar tetapi kebanyakannya bukan untuk memahami dan mencungkil makna daripada apa yang dipelajari, tetapi untuk menghafalnya cukup untuk masa dua tiga minggu tempoh peperiksaan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sebilangan terbesar murid-murid tidak ingat lagi perkara-perkara yang gigih dipelajarinya sebaik sahaja peperiksaan tamat. Para guru pula memang giat mengajar tetapi penumpuannya lebih kepada untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan mencapai kecemerlangan peperiksaan. Benarlah pendapat Profesor Diraja Ungku Aziz sebagai pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia tidak berapa lama dahulu bahawa sistem pendidikan kita menggalakkan penghafalan bukan pemikiran. Justeru itu para murid lebih cenderung bergantung kepada jawapan contoh, hafalan dan soalan ramalan (spotted questions) daripada memahami konsep dan teori yang berkenaan.
Wan Mohd. Nor Wan Daud, 2003, Budaya Ilmu Satu Penjelasan, Singapura; Pustaka Nasional, hlm. 88
Tuesday, December 1, 2009
Ceritera 276
Tempat Terindah
Wahai Gembara - Kau
Nan luas telah merantau
Menikmat puspa nan mekar
Melihat seribu kawthar
Sebanyak negeri kau singgah
Di mana tempat terindah?
Tahukan di mana
Semesta alam berpunca
Indah damai tak terperi
Tiada iklim membandingi?
Di mana kekasih ada
Di situ tempat terpuja;
Meskipun lamanya sempit
Kurasa seluas langit.
Jejak kekasih di tanah
Ku anggap tempat bertuah
Walaupun tanahnya hampa
Di situ tempat bertapa.
Denganmu walau di hutan rimba
Di padang pasir panas menyala
Laksana Firdaus nikmat kuanggap
Ketebing kawthar jasad menyayap,
Gelap hidupku dalam penjara,
Asalkan Kau disitu ada,
Menjadi taman peri wajahmu
Semerbak mawar mekaran baru.
Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1959)
Wahai Gembara - Kau
Nan luas telah merantau
Menikmat puspa nan mekar
Melihat seribu kawthar
Sebanyak negeri kau singgah
Di mana tempat terindah?
Tahukan di mana
Semesta alam berpunca
Indah damai tak terperi
Tiada iklim membandingi?
Di mana kekasih ada
Di situ tempat terpuja;
Meskipun lamanya sempit
Kurasa seluas langit.
Jejak kekasih di tanah
Ku anggap tempat bertuah
Walaupun tanahnya hampa
Di situ tempat bertapa.
Denganmu walau di hutan rimba
Di padang pasir panas menyala
Laksana Firdaus nikmat kuanggap
Ketebing kawthar jasad menyayap,
Gelap hidupku dalam penjara,
Asalkan Kau disitu ada,
Menjadi taman peri wajahmu
Semerbak mawar mekaran baru.
Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1959)
Subscribe to:
Posts (Atom)