v

Friday, March 11, 2011

Feminin



AlhamduliLlah, selesai sudah sesi penggambaran IIUMRx6th. Merakam memori di lensa kamera walau korum tidak mencukupi menerbitkan rasa penat dalam diriku namun membahagiakan. Tetapi tertanya-tanya juga, kenapa merah jambu? Mungkinkah terkesan dengan Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun sehingga tercipta ilham kepada penyelaras program untuk menetapkan warna merah jambu sebagai salah satu tema pakaian 'abang-abang' ini. Rasa lain macam pula bila terpaksa mengenakan pakaian berwarna feminin ini, hehe. Apa pun, dalam banyak-banyak gambar yang dirakam tiga gambar dalam entri inilah yang paling suka. Sekalung penghargaan buat Shamel, Amin, Din dan teman-teman yang lain untuk momen-momen berharga ini.

 
Melakar kenangan sebelum hujan turun


Susah betul bila mahu mengambil gambar bertiga ini!












ALlah telah berfirman: Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang saling sayang-menyayangi keranaKu, dua orang yang duduk bersama-sama keranaKu, dua orang yang kunjung-mengunjungi keranaKu dan dua orang yang tolong-menolong keranaKu. (Hadis Qudsi)
 Demi sebuah persahabatan!

Tuesday, March 8, 2011

Penafian

Model Kübler-Ross merupakan suatu teori yang diusulkan untuk menerangkan mengenai fasa-fasa yang dialami manusia ketika berhadapan dengan kesedihan. Terdiri daripada lima fasa iaitu:

  1. Denial (penafian)
  2. Anger (kemarahan)
  3. Bargain (tawar-menawar)
  4. Depression (tekanan)
  5. Acceptance (penerimaan)

Aku teringat kembali teori psikologi manusia ini apabila cuba memikirkan bagaimana manusia boleh berada dalam keadaan penafian (denial).

Rupa-rupanya, seperti yang dinyatakan dalam Wikipedia, dalam teori psikoanalsis Sigmund Freud, penafian adalah salah satu mekanisme pertahanan manusia untuk berhadapan dengan realiti dan mengekalkan kendiri (self-image).

In Freudian psychoanalytic theory, defense mechanisms are unconscious psychological strategies brought into play by various entities to cope with reality and to maintain self-image. 

 Penafian juga mempunyai keragaman dan jenis-jenis yang tersendiri:

  1. Penafian fakta
  2. Penafian tanggungjawab
  3. Penafian kesan
  4. Penafian kesedaran
  5. Penafian kitaran
  6. Penafian dalam penafian
  7. DARVO

Begitulah serba sedikit mengenai penafian seperti yang terkandung dalam Wikipedia. Menarik sebenarnya apabila membaca deskripsi berkenaan dan mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman yang kita ada. WALlahu a'lam.  

Tuesday, March 1, 2011

And the Winner is...

The King's Speech sebuah filem yang digarap berdasarkan kehidupan sebenar Raja George VI yang memerintah England sekitar dekad 30-an dahulu akhirnya dinobatkan sebagai filem terbaik Anugerah Akademi ke-83.

Menariknya tentang filem ini ialah kerana mengangkat penyakit sebagai temanya. Dan ini bukan kali pertama Hollywood menjadikan penyakit sebagai asas pengkaryaan. Sebelum munculnya The King's Speech yang mengkisahkan kegagapan Raja George VI sudah ada filem-filem lain yang mendahuluinya. Ini termasuklah filem The Beautiful Mind yang aku minati. Dibintangi Russell Crowe, filem ini merupakan paparan kisah benar seorang genius ekonomi yang juga penerima Hadiah Nobel, John Forbes Nash Jr yang menghidap skizofrenia.

Selain kedua-dua buah filem yang dinyatakan di atas, filem-filem yang disenaraikan di bawah ini juga mengangkat penyakit sebagai mauduk utama. Filem-filem tersebut ialah:

1. The Three Faces of Eve (1957) - Keceleruan jati diri (dissociative identity disorder)

2. Rain Man (1988) - Autisme

3. My Left Foot (1989) - Palsi serebrum (cerebral palsy)

4. Awakenings (1990) - Encephalitis letharga

5. Lorenzo's Oil (1992) - Adrenoleukotrophy  

6. Philadelphia (1993) - AIDS

Tentunya apabila menonton filem-filem berkenaan, audiens pasti akan diusik perasaan mereka. Citra kehidupan yang dizahirkan oleh para pelakon boleh sahaja menenggelamkan untuk turut sama merasai seribu satu duka, pengharapan dan perasaan-perasaan lain yang melingkari mereka yang berjuang menentang kesakitan yang dihadapi. Sejauh mana kita mampu untuk mengambil pengajaran dan 'ibrah, terserah kepada diri masing-masing menentukannya.

Sekonyong-konyong, teringatlah aku kepada Risalah untuk Pesakit tulisan Badiuzzaman Said Nursi.

Rujukan: The Star 27 Februari