v

Sunday, August 7, 2011

Kebahagiaan Subuh

Sukar untuk diungkapkan rasa yang meliputi jiwa bila diri meredah keheningan fajar untuk bertemu dengan Sang Pencipta di rumahNya. Ketenangan yang datang bertamu dalam diri merupakan nikmat yang dikurniakan buat mereka yang menewaskan hawa nafsunya demi menunaikan amanah dan tanggungjawab yang satu ini. Moga hari-hari yang bakal mendatang, kita dikurniakan kekuatan untuk terus menunaikan solat subuh secara berjemaah!

Our Decline: Its Cause and Remedies


24 Julai 2008, tarikh aku membeli buku ini. Ketika itu, aku berada di tahun kedua pengajian. Tiga tahun berlalu, buku berhalaman 148 muka surat masih tidak habis kubaca. Harapnya, Ramadhan 1432 kali ini dapatlah kutamatkan tulisan Amir Shakib Arslan ini.

Saturday, August 6, 2011

Tuhan kami ialah ALlah

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَ‌بُّنَا اللَّـهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُ‌وا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah ALlah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. (41:30)