Aku menerima jemputan walimah melalui e-mel semalam. Serba salah hendak pergi atau tidak kerana tarikhnya yang cukup hampir dengan peperiksaan akhir. Tempatnya pula di Kajang.
Orang yang menjemput pula, agak bersungguh. Dimintanya aku alamat untuk dihubungi melalui Facebook untuk dihantar kad jemputan, ditambah lagi dengan jemputan melalui sistem pesanan ringkas (sms) dan semalam jemputan melalui e-mel pula.
Buat Abang Ikhram, si pengantin baru, kuucapkan Barakallahu Lak, Wa'alaik Wa Jama'a Bainakuma Fil Khair.
p/s:Ikuti kisahnya di blog Presiden Gamis ini.
Wednesday, March 18, 2009
Ceritera 50
Tahniah diucapkan kepada SRC UIAM Kuantan yang berjaya mengadakan forum berkenaan AUKU jumaat lepas.
Satu permulaan yang baik untuk merancakkan wacana di bumi Kuantan ini.
Mantan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Shafie Salleh pernah menyuarakan betapa universiti di Malaysia ini malamnya sunyi daripada acara-acara intelektual berbanding dengan universiti di Indonesia.
Reaksi kepada situasi ini, mahu tidak mahu wacana perlu disuburkan, dan kita harus menyokong usaha-usaha ke arah tersebut tidak kira siapa yang menganjurkannya.
p/s:
(1) "Universiti sebagai wajah peradaban". Ada sesiapa yang ingin mengupas topik ini?
(2) Tulisan yang menarik daripada Shaharom TM Sulaiman berkenaan universiti di sini.

Tuesday, March 17, 2009
Ceritera 49
Semenjak meledaknya perarakan rakyat ke Istana Negara pada 7 Mac yang lalu, setiap hari, jika berkesempatan aku akan melawat blog pasangan suami isteri ini, Prof. Abdullah Hassan dan Puan Ainon Mohd, pemilik syarikat penerbitan buku PTS.
Untuk mereka yang keliru dan tertanya-tanya mengapakah orang-orang seperti mereka menentang satu dasar pendidikan yang diperkenalkan kerajaan, eloklah memerhatikan setiap hujah yang dikemukakan di blog mereka itu.
p/s:Teman-teman, ambil tahulah...

Ceritera 48
"Bisakah Tuhan menciptakan sesuatu yang Ia tidak dapat mengangkatnya"?
Silakan untuk menelaahnya di sini.
Silakan untuk menelaahnya di sini.
Ceritera 47
Kau pencari bahagia?
Untuk pengejar-pengejar bahagia, silakan berkunjung ke sini, ada "buah tangan" daripada Abang Hilmi untuk kalian.
Kemudian, bolehlah menyantap pula Makna Kebahagiaan dan Pengalamannya dalam Islam, karyanya Syed Muhammad Naquib Al-Attas.
p/s:Buku tersebut boleh dipinjam dari perpustakaan UIAM.

Ceritera 46
Randy Pausch dalam bukunya yang mahsyur, The Last Lecture, memberikan aku dan kamu yang suka merungut, nasihat yang baik ini:
"Don't complaint, just work harder".
Mengerti?
"Don't complaint, just work harder".
Mengerti?
Sunday, March 15, 2009
Ceritera 45
Ada gunung tinggi yang perlu didaki.
Dalam kerdil diri, semuanya diinsafi.
Semangat dan tekad perlu didiri.
Menghayun langkah menemukan diri.
"Gnothi Seauton"
Dalam kerdil diri, semuanya diinsafi.
Semangat dan tekad perlu didiri.
Menghayun langkah menemukan diri.
"Gnothi Seauton"
Ceritera 44
Pesan untuk kawan-kawan, jangan bermain persepsi.
Gara-gara membuat persepsi, nah, aku ditinggalkan.
p/s: siapa yang boleh membeli masa lalu?
Gara-gara membuat persepsi, nah, aku ditinggalkan.
p/s: siapa yang boleh membeli masa lalu?
Thursday, March 12, 2009
Friday, March 6, 2009
Ceritera 42
Thumakninah itu rukun.
Tanpa rukun, tidak sempurnalah solat.
Dalam berjuang, thumakninah itu perlu.
Ruang muhasabah atas segala laku yang telah-telah.
Uzlah mungkin???
p/s: Untuk emak, kudoakan kebahagiaan sejati dunia akhirat sempena hari lahirnya semalam.

Wednesday, March 4, 2009
Ceritera 41
Ini zaman serba mungkin.
Bila kebenaran diragui, manusia mengangkat kebatilan sebagai galang ganti.
Yang pelik sudah menjadi lumrah.
Ke mana harus kita mencari arah?
Tuhan, tunjukkan kami jalan yang lurus.
p/s: yang pelik yang jelik...

Ceritera 40
Perbedaan, berapa ramai yang mahu menghargainya?
Sedari, kerencaman merupakan anugerah Tuhan.
Dan kita, mahukah menghargai kepelbagaian yang wujud ini?
Jika kau tidak berusaha untuk mengerti, bagaimana harus kita menjambatani perbedaan yang wujud lantas menghargainya?
P/s: Selamat hari lahir ke-24 buat Kak Su. Moga panjang umur dan murah rezaki. Amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)