Rutin biasa. Pulang dari Farmasi Makmur lebih kurang dalam pukul 10.30 malam. Badan terasa kepenatan, ingin berehat selepas berpraktikal selama 4 hingga 5 jam di sana.
Tiba di rumah (rumah sewa Apai dan rakan-rakan), motor Epul yang kupinjam menggantikan motorku yang pancit tayarnya, kuparkir di halaman rumah. Kutengok sekeliling, motor TJ tiada halaman, tanda tiada di rumah. Hanya motorku yang tersadai di situ. Epul, kawanku yang seorang lagi ini, tidak pasti di mana dirinya ketika itu, di rumahkah atau keluar bersama TJ.
Sedang ralit mengunci tengkuk motor demi menjamin keselamatan (masih berbekas lagi sembang-sembang di Terengganu berkenaan Abu Hussein yang kehilangan LC-nya di rumah), meluru seorang bikir masuk ke halaman rumah.
"Bang, tolong saya bang, ada lelaki nak pukul saya", tuturnya kepadaku dengan muka penuh risau.
"Bang, tolong saya bang, please", rayunya yang hanya bersinglet dan berseluar pendek (baca: seksi) berulang-ulang kali.
Situasi tidak terduga menyebabkan aku berada dalam "state of confusion". Apa yang perlu kulakukan? Adrenalin dalam badan memuncak tapi akal gagal menawarkan solusinya. Bawa si bikir itu masuk ke rumah, isyy, ini bukan rumahku dan seboleh-bolehnya aku mahu mengelakkan rumah yang ditumpangi itu menjadi tempat konflik. Yang pasti, ketika itu, tanganku terus bergerak mengunci tayar motor si Epul.
Akhirnya, dalam rayuan "please,please, tolong saya bang" yang tidak putus-putus keluar daripada si bikir itu, watak antagonis pun tiba.
Dan...
4 comments:
apa terjadi pas2 am???
to be continued?
ape yg jd nih sengal
Suspen!!! Bl sambungan cite ni nk kluar???
Post a Comment