v

Friday, June 5, 2009

Ceritera 113



Forrest Gump dan Laskar Pelangi, ada sisi dan sudut yang kurasakan wujud persamaannya.

Keterkaitannya dan titik temunya mungkin ada pada keistimewaan luar biasa yang dianugerahkan Tuhan kepada beberapa watak dalam kedua-dua filem tersebut.

Forrest Gump mungkin saja seorang lembam, tetapi upayanya yang ajaib seperti berlari dengan pantas dan Lintang dalam Laskar Pelangi yang dikurniakan kegeniusan dalam ilmu hisab membuatkan kita berfikir betapa bakat jika tidak disertai dengan ruang dan peluang, tidak mungkin bisa dikembangkan dan dimanfaatkan.

Tanpa memahami apa yang terjadi dek kerana nilai IQ-nya yang rendah, Gump beserta bakatnya telah mengubah dan mencipta sejarah baru dunia bila mana ruang dan peluang itu terbentang luas tatkala Lintang natijah kemiskinan menghalangnya untuk duduk sebaris dengan genius-genius matematik yang lain.

Mauduk inilah yang disinggung oleh Malcolm Gladwell dalam bukunya yang terbaru, Outliers. Chris Langan, IQ-nya 195 (lebih tinggi daripada Einstein) dijadikan contoh betapa genius pun perlukan ruang dan peluang untuk bersinar.

Kesimpulannya...

(1)?
(2)?
(3)?

Tuan tentukanlah sendiri...

5 comments:

3p4h said...

Forrest Gump mmg bagus!! Sgt disarankan kpd semua utk mbaca!

Laskar Pelangi x tgk ag..Kne cari nih.. Ksimpulan?

Ilham Nur said...

Bersimpul-simpul, haha.

Forrest Gump disaran untuk ditonton, hehe

3p4h said...

Eh, camne bole ttulis 'mbaca' lak ni.. Ha5.. Typo2..

Am, mna dpt laskar pelangi?? Mau pnjm.. Bole??

Ilham Nur said...

Tengok dulu di youtube epah, sebelum kak waheed pulang dari Indonesia,hehe

Ilham Nur said...

kalau novelnya, bolehlah dipinjam, hehe