v

Tuesday, June 9, 2009

Ceritera 115

Semalam, aku menghadirkan diri ke Pharmaceutical Care Workshop 2009 - "Rural Pharmaceutical Care" di UIAM Kampus Kuantan.

Ada sebab yang kuat yang meransang untuk aku turut serta dalam woksyop yang menampilkan tiga orang penceramah, dari luar dan dalam negeri ini:

(1) Profesor Patrick Ball dari Charles Sturt University, Australia

(2) Encik Mohd Dziehan bin Mustapa, ahli farmasi di Klinik Kesihatan Teluk Panglima Garang, Selangor dan

(3) Profesor Madya Dr. Lua Pei Lin dari Universiti Darul Iman, Terengganu.

Tiga syarahan dan dua sesi woksyop yang mengisi program ini. Prof. Patrick Ball telah memberi syarahan bertajuk Rural Pharmaceutical Care (RPC): Global/Australian experience, manakala Encik Dziehan pula berkongsi pengalamannya sebagai salah seorang ahli farmasi perintis dalam program Home Medication Review di Malaysia, dan Prof. Madya Lua Pei Lin, penceramah undangan terakhir menjadikan mauduk Quality of Life sebagai wacana.

Sementara dalam dua sesi woksyop yang diadakan selepas berakhirnya ketiga-tiga syarahan, perbincangan berkenaan Rural Pharmaceutical Care (RPC) dan Home Medication Review (HMR) telah dijadikan medan interaktif antara para peserta dan penceramah undangan. Kefahaman yang diperolehi daripada ceramah-ceramah sebelumnya itu diaplikasikan dalam sesi ini.

Secara umumnya, sebagai pelajar undergrad, kesempatan untuk mendengar wacana sebegini memberikan paradigma baru dalam memahami dan membuat perbandingan cabang-cabang bidang farmasi yang boleh diceburi apabila telah bergelar siswazah kelak. RPC yang masih belum berkembang di Malaysia telah memberi satu opsyen yang difikirkan secara serius sebagai bidang yang kugeluti kelak.

Ya, tendensi berkhidmat di luar bandar itu tinggi dalam diriku, mengenangkan ketidakupayaan aku menempuh hiruk-pikuk kota metropolitan. Kembali ke Perlis, bumi kelahiran, berkhidmat di negeri dalam kampung (gelaran yang kuberi), jalan yang bakal dipilih, insya'ALLAH.

Berita woksyop di pautan ini

No comments: