Setapak 28 Jun 07:04a.m. Saya tidak tahu dan tidak dimaklumkan oleh sesiapa tentang penahanan anak saya.
Begitulah reaksi bapa tertuduh Izzuddin Hilmi (foto), Mohamad Zaini, yang ditahan bagi membantu siasatan berikutan kejadian contengan protes ‘anti-Rosmah’ Rabu lalu.
“Saya ingat dia(Izzuddin) di sana (universiti) ada kerja, busy (sibuk) macam selalu, jadi saya ingat tak (tidak) ada apa-apa la, rupa-rupanya dah 3 hari dalam lokap (tahanan Polis), kami disini (kampung, Setapak) tak dapat apa-apa berita pun, polis ke, U (pentadbiran universiti) ke, siapa pun tak dimaklumkan,”ujar beliau.
Cerita anaknya itu diketahui melalui kunjungan rakan-rakan Izzuddin ke rumah mereka di Setapak.
Sambil mengaku terkejut mengenai berita penahanan berkenaan, beliau juga kesal dan kecewa dengan tindakan polis yang tidak memaklumkan berita itu.
Waris tertuduh kedua, Mohd Sharuddin cuba dihubungi, tetapi gagal.
“Saya pun hairan dengan tindakan polis, kenapa tidak beritahu waris tentang penahanan anak kami padahal dia (Izzuddin) telahpun direman?,” ujar beliau.
“Malah polis tak mahu beritahu sebab ataupun tuduhan apa anak kami ditahan,”tambah beliau lagi.
Zaini diarahkan membuat temu janji terlebih dahulu sebelum berjumpa atau bertanyakan tuduhan sebenar terhadap anaknya.
Sumber polis memaklumkan pegawai yang mengendalikan kes tersebut tidak ada dipejabat dan dipercayai menghadiri mesyuarat tergempar di Putrajaya.
Ditanya tentang 3 saspek lain yang dicari untuk membantu siasatan, Polis enggan memberi kerjasama lanjut.
Sumber tidak rasmi Universiti memberitahu Polis membuat pertemuan tidak rasmi dengan Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Profesor Dr. Ahmad Hidayat Buang dan beberapa pensyarah kanan akademi tersebut tentang hal demikian.
Pihak terbabit cuba dihubungi untuk mengetahui situasi sebenar, tetapi gagal.
Diambil daripada Mahasiswakini
P/s: Izzuddin Hilmi, "anak buahku" di Sekolah Izzuddin Shah(SIS) dahulu. Mantan Presiden BADAR SIS sesi 04/05. Benarlah kata hati selama ini, suatu hari perkara sebegini akan menimpa...
No comments:
Post a Comment