v

Monday, December 20, 2010

Seribu kali benci


The cure for hatred is straightforward. One should pray for the person towards whom he feels hatred; make specific supplications mentioning this person by name, asking God to give this person good things in this life and the next. When one does this with sincerity, hearts mend. If one truly wants to purify his or her heart and root out disease, there must be total sincerity and conviction that these cures are effective.

Bila hati membenci, ingatlah penawar ini. Pesanan khusus buat diri, agar selamat di akhirat nanti.

Tuesday, December 14, 2010

Thursday, December 9, 2010

The Reluctant Fundamentalist


Entah bagaimana saya boleh terjumpa dengan petikan novel tulisan Mohsin Hamid ini. Membaca secara percuma bab pertama The Reluctant Fundamentalist menimbulkan rasa deja vu dalam diri saya. Ya, The White Tiger.

Metodologi penulisan Mohsin Hamid mengingatkan saya dengan The White Tiger novel tulisan Aravind Adiga yang memenangi Man Booker Prize 2008. Jika The White Tiger berkisar tentang 'kisah gelap' seorang lelaki India di Bangalore, The Reluctant Fundamentalist pula memperihalkan seorang lelaki Pakistan, alumni Universiti Princeton yang kehidupannya berubah natijah peristiwa 9/11.

Untuk The Reluctant Fundamentalist saya masukkan ke dalam wishing list untuk tahun 2011 selain buku The Armies of God: A Study in Militant Christianity tulisan Iain Buchanan.

Wednesday, December 8, 2010

Hani

Sambil melihat Malaysia membenam Laos 5-1 tadi, saya menonton drama terbaru karya Ustaz Zabidi Mohamed, Hani di slot Lestary TV3. Sedikit sinopsis tentang drama ini seperti yang ditulis oleh Ustaz Zabidi dalam blognya:

kisah benar mengenai seorang remaja perempuan yang menjadi buta ketika berumur 17 tahun akibat ketumbuhan dalam otak. Awalnya dia tidak dapat menerima takdir tuhan keatasnya. Dia dihantar keluarga ke Pusat Latihan Orang Buta di Brickfields dan kemudiannya menghafal 30 juzuk Al Quran di Maahad Tahfiz JAKIM. Remaja ini kemudiannya meninggal dunia akibat barah otak kedua yang dihinggapinya selepas pembedahan. Dia redha dengan kematiannya kerena sempat menghafal 30 juzuk Quran malah berjaya membantu JAKIM menerbitkan quran braille yang pertama di Asia Pasific.

Untuk episod-episod mendatang, saya menanti kalau-kalau ada scene di Darul Quran JAKIM.

Tuesday, December 7, 2010

Pembantu


We are just two people. Not that much separates us. Not nearly as much as I'd thought.    - Skeeter

Pembantu (The Help), novel pertama tulisan Kathryn Stockett didirikan daripada sudut pandang 3 watak utama; Skeeter, Aibileen dan Minny. Berlatarkan Jackson, suatu tempat di negeri Mississippi sekitar dekad 60-an, usaha watak-watak utama ini melakukan sesuatu yang dianggap mencabar status quo ketika itu menjadi teras penceritaan novel ini.

Mississippi, seperti mana negeri-negeri di Selatan Amerika Syarikat bukanlah suatu tempat yang 'indah' bagi orang-orang 'berwarna'. Dibatasi dengan kewujudan Jim Crow Laws, orang-orang kulit hitam Amerika hidup terpisah daripada orang-orang kulit putih walaupun hidup bersama-sama di suatu tempat. Di sinilah, ketika perkauman menjadi penentu kepada interaksi dalam masyarakat sekelilingnya, Skeeter yang berkulit putih menghasilkan sesuatu yang istimewa buat diri dan teman-temannya yang berkulit hitam mengatasi cabaran zaman dan persekitaran.

Segalanya bermula apabila Skeeter yang bercita-cita menjadi seorang jurnalis sebuah penerbitan besar di New York perlu menulis suatu yang mengkagumkan dan luar biasa untuk mendapatkan tempat di situ. Terkesan dengan pemergian tiba-tiba Constantine, pembantu kulit hitam yang membesarkannya, Skeeter cuba menghasilkan sebuah buku yang didasari pengalaman dan testimoni pembantu-pembantu kulit hitam yang bekerja di rumah orang-orang kulit putih. Dalam usahanya menghasilkan buku tersebut, Skeeter bertemu dengan Aibileen yang berkerja di rumah sahabat baiknya, Elizabeth

Skeeter memerlukan 12 orang pembantu yang sanggup menjadi koresponden untuk menghasilkan buku tersebut. Bagi melengkapkan bilangan koresponden buku tesebut, Minny, sahabat baik Aibileen yang selalu dipecat kerana mulutnya yang celupar bersetuju untuk turut serta dalam usaha tersebut setelah diminta oleh Aibileen. Namun penglibatan dua orang sahabat baik itu tidak mencukupi untuk Skeeter. Ramai yang takut untuk turut serta kerana bimbangkan risiko dan akibat buruk yang mungkin menimpa.   

Segalanya berubah apabila suatu peristiwa buruk menimpa Yule May, pembantu yang bekerja untuk Hilly, sahabat baik Skeeter selain Elizabeth yang menjadi watak antagonis dalam novel ini. Didorong peristiwa tersebut, akhirnya 11 orang lagi pembantu bersetuju untuk menghasilkan buku tersebut melebihi jumlah sedozen yang diperlukan. Dihambat deadline yang semakin menghampir, Aibileen dan Skeeter bertungkus-lumus untuk menyiapkan suara hati pembantu-pembantu tersebut.

Ketika itulah, Aibileen mendedahkan segala-galanya yang menyebabkan Constantine rumah keluarga Skeeter ketika Skeeter berada di kolej. Apakah yang sebenarnya berlaku kepada Constantine? Mampukah Skeeter dan Aibileen menyiapkan buku tersebut? Selain itu, apakah peristiwa menarik yang berlaku antara Minny dan Hilly? Semuanya bakal terjawab apabila anda membaca novel ini.

P/s: Walt Disney sedang menghasilkan filem adaptasi novel ini yang akan diterbitkan pada tahun hadapan.

Friday, December 3, 2010