Wednesday, June 29, 2011
Friday, June 24, 2011
Khabar dari sempadan
Dua tiga hari lepas terpampang di kaca televisyen dan dada akhbar calon-calon yang bertanding untuk jawatan Perdana Menteri Thailand berkempen di Selatan Thailand.
Antara Abhisit Vejjajiva dan Yingluck Shinawatra siapakah pilihan terbaik untuk umat Islam di sana?
Antara Abhisit Vejjajiva dan Yingluck Shinawatra siapakah pilihan terbaik untuk umat Islam di sana?
Thursday, June 16, 2011
Selamat Datang ke Phnom Penh
The suitability of Phnom Penh as a site for a Cambodian capital sprang in large part from its location at the confluence of the Mekong and the Tonle Sap. A fortified city at this point, the 'four faces', could control the riverine trade coming down from Laos as well as trade in pottery, dried fish, and fish sauce from the Tonle Sap, to say nothing of incoming goods, primarily Chinese in origin, approaching Cambodia via the Mekong Delta, still largely inhabited by Khmer. Once the choice had been made to become a trading kingdom - and it is impossible to say when, how, or why this happened - locating the Cambodian capital at Phnom Penh made economic sense. - David Chandler (1)
Banyak tempat duduk yang kosong terutamanya di bahagian belakang pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah Air Asia yang membawa kami terbang dari Kuala Lumpur ke Phnom Penh. Mungkin penerbangan ke Siem Reap, satu lagi destinasi Air Asia di Kemboja lebih 'meriah' dengan penumpang berbanding Phnom Penh yang menjadi kota pentadbiran negara tersebut semenjak 600 tahun yang lampau.
Suku abad kehidupanku, Kemboja merupakan destinasi luar negara ketiga yang kukunjungi selepas Arab Saudi dan Singapura. AlhamduliLlah, peluang menjejakkan kaki ke negara orang ini antara rezeki kurniaan ilahi sepanjang empat tahun pengajian di UIA. Berbeza dengan dua negara yang kulawati dahulu, kembara di Kemboja kali ini bolehlah diibaratkan sebagai 'kembali ke masa lalu'. Jika Singapura menyebabkan aku terpesona dengan kemajuan pesat yang mendahului negara sendiri dan usaha Keluarga Diraja Saudi membangunkan dan memodenkan Haramayn setanding jika pun tidak melebihi apa yang dicapai Malaysia, Kemboja sebagai sebuah negara yang baru terlepas daripada kancah perang saudara yang berpanjangan tentu sahaja menampilkan citra yang berlainan. Suasana dan keadaan inilah yang menjadi salah satu pra-persoalan ketika masih lagi berada di Malaysia.
Tanpa sebarang masalah, kapal terbang yang kami naiki akhirnya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh. Suasana lengang dan hambar lapangan terbang menyambut ketibaan kami. Cukup kontra dengan suasana LCCT yang kami tinggalkan, walaupun subuh belum menjelang, sudah sibuk dengan hiruk-pikuk dan riuh rendah pengguna dan petugas. Keadaan lapangan terbang yang tidak sibuk membolehkan kami melepasi kaunter imigresen dan kastam dengan cepat dan mudah walaupun membawa banyak bagasi dan kotak-kotak berisi peralatan-peralatan program dan barang-barang yang akan disumbangkan kepada penduduk-penduduk Kampung Darul Ulum, lokasi kami melakukan khidmat masyarakat.
Ustaz Musa, hos kami rupanya sudah menanti di luar lapangan terbang. Tidak sulit untuk Ustaz Musa menemui kami memandangkan saiz lapangan terbang yang kecil. Bersama Ustaz Musa ialah seorang pengikutnya, pemandu bas dan pembantu bas, seorang budak lelaki aku teka usianya 10-12 tahun. Berbekalkan kudrat budak tersebut, kami memindahkan bagasi dan kotak-kotak yang dibawa dari Malaysia ke dalam perut bas. Siap memindahkan barangan tersebut, bas yang kami naiki bergerak meninggalkan lapangan terbang. Di dalam bas, kami dijamu dengan hidangan pertama di Kemboja yang bentuknya seakan-akan 'hot-dog'. Sambil menikmati sarapan yang enak itu, pandanganku lempamarkan ke luar, memerhatikan persekitaran yang cukup asing. Menyaksikan warga Phnom Penh menjalani kehidupan menyebabkan aku terfikir, "mungkinkah keadaan Phnom Penh hari ini gambaran kepada Kuala Lumpur sepuluh atau dua pulah tahun selepas merdeka?".
Ada istilah menarik yang diberitahu Ustaz Musa untuk menerangkan trafik di Phnom Penh. 'AKJ', akronim kepada 'ada kosong jalan' merupakan deskripsi keadaan lalu lintas di sekitar Phnom Penh. Jika di Arab Saudi, pemandu-pemandu kenderaan membunyikan hon tidak kira masa, pengguna-pengguna jalan raya di Kemboja yang didominasi penunggang dan pembonceng motosikal menggunakan sistem itu. Saat asyik menghayati perbezaan budaya dan cara hidup masyarakat Kemboja dari dalam bas, akhirnya kami tiba di destinasi 'rasmi yang pertama di negara itu.
Rujukan:
(1) Chandler, D. P. (2008). A History of Cambodia. (4th ed.). Chiang Mai: Silkworm Books. P. 94
Subscribe to:
Posts (Atom)