v

Tuesday, December 7, 2010

Pembantu


We are just two people. Not that much separates us. Not nearly as much as I'd thought.    - Skeeter

Pembantu (The Help), novel pertama tulisan Kathryn Stockett didirikan daripada sudut pandang 3 watak utama; Skeeter, Aibileen dan Minny. Berlatarkan Jackson, suatu tempat di negeri Mississippi sekitar dekad 60-an, usaha watak-watak utama ini melakukan sesuatu yang dianggap mencabar status quo ketika itu menjadi teras penceritaan novel ini.

Mississippi, seperti mana negeri-negeri di Selatan Amerika Syarikat bukanlah suatu tempat yang 'indah' bagi orang-orang 'berwarna'. Dibatasi dengan kewujudan Jim Crow Laws, orang-orang kulit hitam Amerika hidup terpisah daripada orang-orang kulit putih walaupun hidup bersama-sama di suatu tempat. Di sinilah, ketika perkauman menjadi penentu kepada interaksi dalam masyarakat sekelilingnya, Skeeter yang berkulit putih menghasilkan sesuatu yang istimewa buat diri dan teman-temannya yang berkulit hitam mengatasi cabaran zaman dan persekitaran.

Segalanya bermula apabila Skeeter yang bercita-cita menjadi seorang jurnalis sebuah penerbitan besar di New York perlu menulis suatu yang mengkagumkan dan luar biasa untuk mendapatkan tempat di situ. Terkesan dengan pemergian tiba-tiba Constantine, pembantu kulit hitam yang membesarkannya, Skeeter cuba menghasilkan sebuah buku yang didasari pengalaman dan testimoni pembantu-pembantu kulit hitam yang bekerja di rumah orang-orang kulit putih. Dalam usahanya menghasilkan buku tersebut, Skeeter bertemu dengan Aibileen yang berkerja di rumah sahabat baiknya, Elizabeth

Skeeter memerlukan 12 orang pembantu yang sanggup menjadi koresponden untuk menghasilkan buku tersebut. Bagi melengkapkan bilangan koresponden buku tesebut, Minny, sahabat baik Aibileen yang selalu dipecat kerana mulutnya yang celupar bersetuju untuk turut serta dalam usaha tersebut setelah diminta oleh Aibileen. Namun penglibatan dua orang sahabat baik itu tidak mencukupi untuk Skeeter. Ramai yang takut untuk turut serta kerana bimbangkan risiko dan akibat buruk yang mungkin menimpa.   

Segalanya berubah apabila suatu peristiwa buruk menimpa Yule May, pembantu yang bekerja untuk Hilly, sahabat baik Skeeter selain Elizabeth yang menjadi watak antagonis dalam novel ini. Didorong peristiwa tersebut, akhirnya 11 orang lagi pembantu bersetuju untuk menghasilkan buku tersebut melebihi jumlah sedozen yang diperlukan. Dihambat deadline yang semakin menghampir, Aibileen dan Skeeter bertungkus-lumus untuk menyiapkan suara hati pembantu-pembantu tersebut.

Ketika itulah, Aibileen mendedahkan segala-galanya yang menyebabkan Constantine rumah keluarga Skeeter ketika Skeeter berada di kolej. Apakah yang sebenarnya berlaku kepada Constantine? Mampukah Skeeter dan Aibileen menyiapkan buku tersebut? Selain itu, apakah peristiwa menarik yang berlaku antara Minny dan Hilly? Semuanya bakal terjawab apabila anda membaca novel ini.

P/s: Walt Disney sedang menghasilkan filem adaptasi novel ini yang akan diterbitkan pada tahun hadapan.

2 comments:

Fatimah bintun Qamar said...

Berapa lama selalunya a.am spend utk habiskan buku berbahasa inggeris ya?

Ilham Nur said...

Bergantung kepada kerajinan.