Masjid Umayyah, Damsyik (Kredit untuk Ihsan Abdul Razak) |
Tahun ini, genap 100 tahun Badiuzzaman Said Nursi menyampaikan Khutbah Damsyiknya yang terkenal itu. Bertempat di Masjid Umayyah yang bersejarah, disaksikan 10 000 masyarakat Damsyik dan 100 orang ulama' tempatan, Ustaz Nursi mengungkapkan pesan-pesan keagamaan yang wajar direnungkan kembali oleh ummah masa kini. Tulisan ini merupakan terjemahan bebas intipati Khutbah Damsyik yang diambil daripada biografi Ustaz Said Nursi tulisan Sukran Vahide.
Wajar untuk diperhatikan, sebuah teks harus difahami tanpa memisahkan konteks yang melatarinya. Tahun 1911, saat Ustaz Nursi melakukan perjalanan musim sejuknya ke Tanah Arab, Khalifah Ustmaniyyah yang menjadi payung menaungi ummah ketika itu semakin melemah digasak cabaran yang datang daripada dalam dan luar. Mengambil iktibar kelemahan dan kemunduran ummah berhadapan dengan Barat yang datang menyerang dalam pelbagai bentuk, Ustaz Nursi memberikan ubat dan penawar kepada ummah yang diambilnya dari 'Farmasi Al-Quran'. Ustaz Nursi telah mendiagnos enam penyakit kronik yang menjadi punca kepada kelemahan dan kelesuan ummah ketika menangani cabaran-cabaran yang dilancarkan oleh Barat. Enam penyakit tersebut ialah:
(1) meningkatnya rasa kekecewaan dan rasa putus asa dalam kehidupan.
(2) matinya kejujuran dalam kehidupan sosial dan politik.
(3) kecintaan kepada permusuhan
(4) tidak mengetahui bahawa orang beriman itu disatukan dengan 'ikatan yang bercahaya'
(5) despotisme (pemerintahan kuku besi)
(6) mementingkan kepentingan peribadi semata
No comments:
Post a Comment