Sudah beberapa minggu (atau bulan?) negara jiran, Thailand masih dilanda banjir. Salah satu kawasan yang paling terjejas teruk ialah Ayutthaya, ibu negara lama kerajaan Siam.
Bulan Mei tahun ini, dalam program Global Outreach Program (GORP) aku berpeluang melawat Ayutthaya yang menjadi salah satu tapak warisan sejarah UNESCO kerana banyaknya monumen-monumen sejarah terutamanya wat atau kuil Buddha binaan kerajaan Siam lama. Di sana, antara tempat yang dikunjungi ialah Istana Raja Thai (Bang Pa-in) yang dibuka untuk umum, Masjid Ku Cho Fa dan pasar terapung 'tiruan'. [(Catatan penuh salah seorang peserta GORP tentang kunjungan ke Ayuttaya boleh dibaca di sini) rasa malas hendak menulis secara terperinci bila sudah ada orang yang sedia menulis, hehe]
Bila melihat dan membaca berita di media massa tentang banjir besar di Ayutthaya, aku terfikir bagaimanalah keadaan di tempat-tempat yang kunjungi ini. Terjejaskah istana-istana yang sangat-sangat cantik di Bang Pa-In? Apa pula khabar saudara-saudara muslim ahli jemaah Masjid Ku Cho Fa? Kalau tidak silap, setelah negeri-negeri di Selatan Thai, Ayutthaya merupakan negeri terbanyak yang didiami oleh orang Islam. Itu tidaklah menghairankan, kerana sejak kurun ke-16 Ayutthya yang ketika itu menjadi ibu negara Siam telah dikunjungi oleh peniaga-peniaga Islam terutamanya dari Parsi (untuk mengetahui lebih lanjut sejarah hubungan diplomatik bolehlah membaca makalah-makalah tulisan Professor Dr. Muhammad Ismail Marcinkowski.)
Setelah menenggelamkan Ayutthaya, air bah itu kemudiannya mengalir ke ibu negara Thailand sekarang ini, Bangkok. Sehingga kini, seperti yang dilaporkan, keadaan banjir di sana masih tidak dapat dipulihkan. Itulah serba sedikit mengenai banjir di negara jiran. Kita di Malaysia ini terutamanya negeri-negeri di utara dan pantai timur tanah air pun turut terancam dengan musibah banjir ini. Jika benar seperti yang diramalkan Jabatan Metereologi, hujan bawaan angin monsun timur laut yang bermula bulan ini akan mengandungi lebih 40 peratus berbanding taburan hujan monsun yang sama sebelum ini. Maka, diramalkanlah, negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang akan dilanda banjir yang lebih teruk.
Jadi, apa kesimpulannya? Barangkali, bolehlah kita merenung betapa kerapnya bencana-bencana alam yang berlaku di akhir zaman ini seperti yang dirumuskan dalam ayat 41 Surah Ar-Rum. Mungkin juga pepatah sediakan payung sebelum hujan boleh menjadi kesimpulan entri ini terutamanya kepada diriku yang insha' ALlah akan mula berkhidmat di utara tanah air 10 November ini, hehe.
Nota: Ayaq bah = air banjir

No comments:
Post a Comment