v

Monday, February 24, 2014

Rantau 1 Muara

ALlah, lamanya menunggu untuk aku melengkapkan koleksi trilogi Negeri 5 Menara. Hampir sepuluh bulan menanti novel terakhir dari koleksi karya A. Fuadi ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, akhirnya aku membuat keputusan untuk membeli buku aslinya dalam Bahasa Indonesia. Sebaik ternampak iklan yang dipaparkan oleh Raudhah al-Miqyas di Facebook, tanpa ragu terus aku membuat tempahan. AlhamduliLlah, walaupun terpaksa membiaya ongkos yang agak mahal iaitu sebanyak RM66 termasuk kos pos, namun hatiku puas kerana sudah memiliki Rantau 1 Muara, novel yang membuatkanku penasaran selama hampir setahun ini.

من سار على الدرب وصل

Siapa yang berjalan di jalannya akan sampai di tujuan.



Saturday, February 22, 2014

Tempat Baru

Tempat: Klinik Kesihatan Tunjang

Tarikh lapor diri: 7 November 2013


Kuarters staf

Pemandangan klinik dari kuarters yang kuperoleh




Rumah Pegawai. Ikut gred, pegawai farmasi pun layak mendudukinya. Tetapi sudah diduduki pegawai perubatan dan pegawai pergigian. Di belakang, Bukit Tunjang melatari pemandangan klinik ini.

Friday, February 21, 2014

2014

Februari.

2014. 

Apa yang berubah?