v

Monday, February 24, 2014

Rantau 1 Muara

ALlah, lamanya menunggu untuk aku melengkapkan koleksi trilogi Negeri 5 Menara. Hampir sepuluh bulan menanti novel terakhir dari koleksi karya A. Fuadi ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, akhirnya aku membuat keputusan untuk membeli buku aslinya dalam Bahasa Indonesia. Sebaik ternampak iklan yang dipaparkan oleh Raudhah al-Miqyas di Facebook, tanpa ragu terus aku membuat tempahan. AlhamduliLlah, walaupun terpaksa membiaya ongkos yang agak mahal iaitu sebanyak RM66 termasuk kos pos, namun hatiku puas kerana sudah memiliki Rantau 1 Muara, novel yang membuatkanku penasaran selama hampir setahun ini.

من سار على الدرب وصل

Siapa yang berjalan di jalannya akan sampai di tujuan.



No comments: