v

Friday, January 30, 2009

Ceritera 24

Episod itu sudah berakhir. Apa yang telah berlaku, diterima dengan hati yang tenang dan syukur walaupun ada sedikit pesimis yang masih berbekas dalam hati. Babak-babak baru akan menyusul dan jujur aku tidak berharap sangat akan berlakunya perubahan besar dan drastik.

Aku masih dan tetap percaya kita dan khususnya, mahasiswa perlu bergerak dan menuju ke arah pembudayaan politik nilai walaupun pelbagai halangan dan tentu juga alasan yang melingkari pelaksanaannya.

- P/s: Saasatul Ibad karya Faisal Tehrani membuatkan aku terkenang sikap pelaku-pelaku siasah kampus.

Thursday, January 29, 2009

Ceritera 23

Biografi, autobiografi dan segala macam catatan mengenai perjalanan kehidupan seseorang tidak kira dalam bidang apa yang digelutinya sudah menjadi bahan bacaan kegemaranku semenjak kecil lagi - maksudku ketika berada di sekolah rendah.

Daripada perjalanan kehidupan Mustafa Kamal Ataturk pada waktu pengetahuanku tentangnya masih dangkal tatkala membaca biografi ringkasnya sehinggalah kepada keteguhan pengasas syarikat Sony yang membangunkan konglomerat pasca kemusnahan Jepun dek kekalahan dalam Perang Dunia ke-2, bahan bacaan seperti itulah yang kupinjam daripada perpustakaan sekolah rendahku di samping novel-novel kanak-kanak dan remaja.

Dan permintaan Ukhti Khadijah untuk berkongsi pengetahuan tentang Muhammad Natsir insya' ALLAH akan cuba kuusahakan , tetapi bukan pada masa yang terdekat ini kerana keperluan diriku untuk memahami apa itu stenosis itu yang lebih mendesak.

Wednesday, January 28, 2009

Ceritera 22

Siapakah Pak Natsir di kalangan penggerak-penggerak dakwah tanah air ketika idea-idea Ikhwan lebih mendominasi?

Bagaimana pula pengaruh gerakan Islam seperti Muhammadiyyah kepada gerakan-gerakan dakwah di Malaysia?

Persoalan yang timbul dalam diri apabila menerima buku Mengenang 100 tahun Muhammad Natsir yang dibeli khas oleh Din di I-Fest.

Tuesday, January 27, 2009

Ceritera 21

Iman itu bertambah dan berkurang. Dan kau tahu kawan, cuti ini aku mengalami penurunan iman. Tidak teratur hidup. Serabut dan buntu. Akhirnya, cuti menjadi sia-sia.

Namun akhirnya kutemu penawarnya; apa lagi kalau bukan qiraatul Qur'an.

Monday, January 26, 2009

Ceritera 20

Aku membuka laman web Harakahdaily sebentar tadi.

Terjumpa dengan salah seorang angkatan nuqaba' yang bertanggungjawab terhadap "batchku" di sekolah menengah dahulu. Nama seniorku di Izzuddin dulu sepatutnya dieja Halizal bukannya Harizal. (Boleh dibaca di sini.)

P/s: terkenang aku kapada apa yang terjadi kepada anak usrahnya di sekolah dahulu dalam Pilihan Raya Kampus yang sedang berlaku.

Ceritera 19

Kadang-kadang kawan , kau terasa untuk buat tidak kisah terhadap apa yang berlaku, tapi entah mengapa kau terdorong untuk turut sekali mengambil tahu apa yang terjadi.

Dan sesungguhnya ianya betul-betul menyesakkan dada memberatkan fikiran.

Untuk kau kawan, tengoklah di sini , sini, sini dan di sini bagi memahami apa yang aku maksudkan.

Sunday, January 25, 2009

Ceritera 18

Petang tadi, aku ke Popular Kuantan. Niat di hati untuk menukar buku ESQ yang kubeli semalam. Alhamdulillah, tanpa banyak halangan, buku yang hilang cetakannya di beberapa halaman dapat diganti dengan buku yang baru.

Banyak buku yang dibeli semester ini. Moga aku dapat mencuri masa membacanya.

Saturday, January 24, 2009

Ceritera 17

Aku agak terkejut apabila Din menelefon usai sahaja azan asar dilaungkan tadi.

Aku tau dia ke Kuala Lumpur hari ini, lebih tepat ke rumah emak saudaranya.

Dan aku tidak menjangka, dia sanggup menelefonku hanya semata-mata untuk menanyakan aku sama ada untuk membeli buku yang dihasilkan sempena seminar yang kuajaknya pergi bersama-sama, namun tidak dapat kami hadiri.

Terima kasih banyak-banyak buat sahabat yang memahami.

Ceritera 16

Ada teman yang mengaku menjadi "silent reader" blogku ini. Ish, segan aku dibuatnya kerana banyaknya repekan-repekan yang kucurahkan dalam blog ini hasil refleksi diri terhadap apa yang aku rasa.

Tapi untuk kau, teman, aku hargai, sungguh-sungguh menghargai kerana kau mengikuti blog ini. Ada tulisan khusus untuk kau selepas ini, tapi bersabarlah ye, kerana banyak perkara yang sedang aku gulati sekarang ini.

Doakan diriku agar istiqomah dengan jalan yang aku lalui, teman. Dan doaku untuk kau juga wahai teman yang kukasihi, benar-benar kukasihi.

Dan lagu ini untuk kau, saudaraku

Thursday, January 22, 2009

Ceritera 15

Untuk sabotaj-sabotaj yang dilakukan, lagu ini khas untuk kalian.

Ceritera 14

Ikhlas, ikhlas, ikhlas di sini

Ceritera 13

"Aku nak jadi manusia".

Wednesday, January 21, 2009

Ceritera 12

Hampir dua tahun bergelar mahasiswa farmasi, macam-macam sudah kupelajari. Daripada Bahasa Melayu sehinggalah kepada sejarah, hatta geografi juga turut diajarkan di sini, membuatkanku terfikir, bagaimanakah cara-cara yang sebaik dan selayaknya untuk bergulat dengan kerencaman ilmu ini.

Kepelbagaian disiplin ilmu - bermula dengan sains tabii sehinggalah kepada falsafah yang mengakari worldview sesuatu ilmu membuatkan aku merenung untuk ber"adab" dengan ilmu-ilmu tersebut.

Penjelajahan mencari ilmu itu tiada bernoktah dalam diri. Moga ilmu yang memancar dalam jiwa menjadi bekal perjalanan hidup ini.

P/s God's Delusion memanggil, ianya menyeruku...menyeru...

Ceritera 11

Marilah, mari, mari mengundi...

Emm, tahun ini, nampak gayanya aku tidak akan mengundi lagi.

Jika tahun lepas, akulah orang pertama yang memunculkan diri di computer lab bagi mengundi wakil-wakil rakyat kuliyyahku, tapi tahun ini, tidaklah boleh aku mengulang lagi amalan yang menyuburkan demokrasi di kampus ini.

Apa pun, berita lanjut di mengenai keputusan terkini pilihan raya kampus UIAM Kuantan boleh dibaca di sini

Tuesday, January 20, 2009

Ceritera 10

Malam ini, semua orang buntu.

Buntu untuk menafsirkan apa yang telah dibuat.

Sudah terhantuk baru tergadah.

Kelam - kabut semua dibuatnya.

Aduh, skrip yang sama diulang kembali.

- Dedikasi kepada Matmin, Zarif, Dani dan si mahaguru, Fadlan.

Ceritera 9

Harapanku untuk esok:

Moga aku sihat kembali.

ALLAHUMMA 'AFINI FI BADANI,
ALLAHUMMA 'AFINI FI SAM'I,
ALLAHUMMA 'AFINI FI BASHORI.

Ceritera 8

Ada apa pada kenangan?

Ada apa pada memori?

Ada apa pada masa lalu?

Klik di sini untuk mengetahuinya

Saturday, January 17, 2009

Ceritera 7

Di zaman orang ragu berjuang,
Takut gentar ancaman musuh,
Aku tampil ke muka seorang,
Semangat bangsa yang aku asuh.


Pantun di atas merupakan cuplikan yang kuambil daripada buku karyanya ulama'-pujangga Nusantara, Buya Hamka - Kenang-Kenangan Hidup.

Pantun yang kujadikan azimat untuk terus dan terus istiqomah, insya' ALLAH berjuang dengan idealisme yang kupegang selama ini.

Mutakhir ini, ketika waktu untuk seluruh mahasiswa UIAM melantik dan memilih pemimpin (aku ulang, pemimpin) yang akan memikul amanah menduduki kerusi majlis perwakilan pelajar semakin menghampiri, aku juga turut tidak terkecuali daripada terkena bahangnya.

Bahangnya semakin terasa apabila sahabatku, saudara Ilman mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pendirian Faciteam terhadap pilihan raya kampus yang akan berlangsung.

Sudah menjadi lumrah, setiap calon akan menggunakan setiap pengalamannya dalam memandu sesuatu organisasi untuk turut diselitkan dalam poster-poster mereka yang akan bergantungan di sekitar kawasan kampus bagi meyakinkan pengundi akan kebolehan mereka untuk memimpin.

Dan perkara ini telah kuamati dalam pilihan raya kampus tahun lepas, apabila paling sedikit, sebanyak dua orang calon (termasuk dalam kerusi yang kuundi) telah memuatkan jawatan yang telah mereka sandang dalam Faciteam dalam poster mereka.

Secara peribadi, aku tiada masalah dalam perkara ini namun apa yang menjadi masalahnya apabila ada yang cuba mengaitkan Faciteam dalam penyertaan mereka dalam pilihan raya tersebut.

Faciteam merestui mana-mana ahlinya yang ingin bertanding tetapi berdasarkan kapasiti diri sendiri dan bukanlah mewakili organisasi ini. Dalam hal ini, kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ilman itu, aku sokong seratus peratus.

Kesimpulannya, tiada masalah kepada mana-mana calon untuk menggunakan pengalaman mereka dalam Faciteam untuk diluaskan kepada daerah yang lebih luas tanpa mengaitkan keterlibatan yang bersifat individu. Tanpa SRC pun, kami masih mampu untuk bergerak!!!

P/s :Insya' ALLAH, ada 3 program sekolah yang sedang menanti Faciteam di samping program-program latihan yang lain.

Friday, January 16, 2009

Ceritera 6

Perang sudah bermula, dan aku turut terkena tempiasnya. Ayuh baca kenyataan rasmi ini.

Thursday, January 15, 2009

Ceritera 5

Hari ini, aku belajar physical pharmacy.

Lagi tepat, belajar mengenal orang.

Tentulah bukan orang yang biasa-biasa saja.

Mengenal nama-nama saintis yang telah menyumbang kepada pembentukan teori electrical double layer.

Daripada Hermann Von Hemlholtz sehinggalah kepada Lev Davidovich Landau, semuanya baru kukenal hari ini.

Apa pun, itulah mereka yang telah menyumbang kepada keilmuan dan pembaikan kehidupan manusia.

P/s: Apakah sumbangan aku kepada dunia sejagat?

Wednesday, January 14, 2009

Ceritera 4

Selesai untuk Sang Pemimpi.

Ayuh bertukar kepada Saasatul Ibaad pula.

Eh, tidak boleh memecut seperti yang aku lakukan kepada kisah Ikal dan Arai, jadi sekarang masa untuk John C. Maxwell.

P/s : teruskan membaca Che Am.

Tuesday, January 13, 2009

Ceritera 3

1, 2, dan 3.

Laskar Pelangi, Sang Pemimpi dan Edensor.

Hanya menanti Maryamah Karpov muncul di pasaran Malaysia bagi aku melengkapkan tetralogi Laskar Pelangi.

Friday, January 9, 2009

Ceritera 2

Penat. Moga aku penat ketika kematian menjemputku. Di sana biarlah kuberehat buat selama-lamanya. KEEP MOVING CHE AM.