v

Thursday, January 29, 2009

Ceritera 23

Biografi, autobiografi dan segala macam catatan mengenai perjalanan kehidupan seseorang tidak kira dalam bidang apa yang digelutinya sudah menjadi bahan bacaan kegemaranku semenjak kecil lagi - maksudku ketika berada di sekolah rendah.

Daripada perjalanan kehidupan Mustafa Kamal Ataturk pada waktu pengetahuanku tentangnya masih dangkal tatkala membaca biografi ringkasnya sehinggalah kepada keteguhan pengasas syarikat Sony yang membangunkan konglomerat pasca kemusnahan Jepun dek kekalahan dalam Perang Dunia ke-2, bahan bacaan seperti itulah yang kupinjam daripada perpustakaan sekolah rendahku di samping novel-novel kanak-kanak dan remaja.

Dan permintaan Ukhti Khadijah untuk berkongsi pengetahuan tentang Muhammad Natsir insya' ALLAH akan cuba kuusahakan , tetapi bukan pada masa yang terdekat ini kerana keperluan diriku untuk memahami apa itu stenosis itu yang lebih mendesak.

No comments: