v

Tuesday, April 13, 2010

Adios


Tuai padi antara masak
Esok jangan layu layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu rinduan

Selamat tinggal Indera Mahkota 6. Setahun yang berlalu penuh dengan kenangan dan pengalaman, mengajar diri akan pelbagai dimensi kehidupan. Yang pahit dan yang manis, pasti akan jadi memori nan indah pabila diingat-ingat semula kelak.

P/s: Kredit gambar kepada Aizuddin Roszali

Monday, April 12, 2010

Putera Gunung Korbu


Oh ibu nan menjulang tinggi
Daku ingin pulang
Mendakap semula cintamu
Cinta yang menghidupkan jiwa
Cinta luar biasa.


Ajaibnya cintamu
Menaikkan semangatku yang telah luntur
Dihakis pergulatan panjang di lautan kehidupan
Perjuangan yang perlu kuharungi
Dengan sepenuh jiwa
Untuk sebuah harapan
Yang sama-sama kita dambakan.


Oh ibu, peluklah diriku
Lepaskanlah segala kerinduanmu
Kerana
Bila sampai masanya
Semboyan perang akan berbunyi
Daku akan pergi
Meninggalkan dirimu semula 
Kembali meniti gelora sang lautan
Demi sebuah kehidupan
Yang penuh dengan ketidakpastian.

Kuantan, 11 April 2010, 11.55 malam

Sunday, April 11, 2010

Bung Dollah

Bung Dollah mencecah usia 90 tahun

oleh ZAKARIA ARIFFIN

BANYAK yang tidak menyedari bahawa pada 25 Mac lalu seorang tokoh sastera tanah air telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-90. Tidak ramai sasterawan, malah tidak ramai orang pun, yang sempat meraikan hari jadi seperti yang disambut oleh tokoh tersebut.


Lebih-lebih lagi pada hari bersejarah itu, tokoh berkenaan masih mampu berjalan, boleh bercakap dan masih dapat membaca tanpa menggunakan kaca mata! Malangnya, tidak ramai yang menyedari kehadiran tarikh tersebut dan seolah-olah tokoh penting itu tidak diingati oleh sesiapa, terutamanya daripada kalangan penulis, persatuan-persatuan penulis atau organisasi/badan-badan penerbitan sendiri.


Ya, Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain sekadar menyambut hari lahirnya yang ke-90 bersama isteri, Datin Seroja, anak-anak dan cucu-cucu di rumah yang diduduki sekian lama, di Seksyen 17, Petaling Jaya. Ketika mengunjungi ke kediaman beliau petang itu, kelihatan Bung Dollah (gelaran yang digunakan oleh kebanyakan rakan rapat) masih mampu berjalan dari biliknya ke ruang tamu untuk menyambut tetamu.


Menurut Seroja, beliau sangat bersyukur kerana tidak begitu sukar menjaga suaminya itu, di sebalik umurnya yang hampir menjangkau satu kurun. Boleh dikatakan tidak ada penyakit kronik yang dihadapi oleh Bung Dollah setakat ini, walaupun beliau pernah mengalami sedikit masalah jantung tidak lama dahulu. Apa yang sedikit terkilan di hati Seroja ialah apabila melihat Sasterawan Negara itu tidak lagi boleh menulis dan berbual-bual seperti sebelum ini.


Abdullah lahir di Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah dan mendapat pendidikan di sekolah Melayu kampung itu sehingga lulus darjah lima (1931). Setelah permohonan untuk menjadi guru pelatih ditolak, beliau menyambung pelajaran di Sekolah St. Michael, Alor Setar sehingga 1933. Tahun-tahun 1934 - 1935 Abdullah bersekolah pula di Anglo Chinese School, Alor Setar dan lulus darjah tujuh. Pengalaman pekerjaannya sangatlah rencam, namun dalam bidang penulisan beliau mula bekerja dengan penerbitan akhbar Sahabat di Pulau Pinang pada 1939. Pengarang akhbar tersebut, Ahmad Noor Abdul Shukoor adalah orang yang banyak memberikan dorongan untuknya menulis. Karya dalam bentuk cerita bersiri yang berjudul "Binti Penghulu" tersiar dalam akhbar Sahabat, diikuti dengan cerita "Harta dan Jodoh Menanti di England" sebanyak 38 siri.


Beliau bertugas di Sahabat sehingga penerbitan itu ditutup pada tahun 1941, setelah meletusnya Perang Dunia Kedua dan Tanah Melayu diduduki Jepun. Abdullah pernah menjadi tawanan Belanda di Medan, Sumatera tetapi dibebaskan apabila Jepun mendarat di sana. Beliau kemudiannya dihantar berkursus di Singapura dan selepas itu diberikan jawatan sebagai kerani gunseibu di Langsa, Acheh, daerah kelahiran orang tuanya. Beliau turut bertanggungjawab menubuhkan Acheh Shimbun (akhbar Jepun) dan menjadi koresponden beberapa akhbar, termasuk Sumatera Shimbun.


Abdullah kembali ke Singapura pada tahun 1951 dan setelah menjadi kerani syarikat perkapalan buat seketika, beliau beralih semula kepada kerja penulisan, antaranya pengarang majalah Bintang, majalah Filem, akhbar Semenanjung dan pengurus penerbitan majalah Gelanggang Filem (milik Allahyarham P. Ramlee). Sepuluh tahun di Singapura, Abdullah berpindah ke Kuala Lumpur dan bekerja di Oxford University Press sebagai pembantu pengarang kanan. Antara tugas beliau ialah melakukan terjemahan karya-karya sastera dunia, seperti Orang Tua dengan Laut, Bumi Bertuah, Mutiara dan Angin Timur Angin Barat.


Abdullah juga pernah bertugas di Franklin Books Programme dan menjadi editor majalah Angkatan Baru sebelum mula berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai penolong pengarang dan kemudiannya pengarang, dari 1968 hingga tahun 1979.


Abdullah menulis dalam hampir semua genre dan secara sedar atau tidak, beliau sejak dahulu lagi sudah membayangkan gagasan 1Malaysia di dalam karya-karya kreatifnya, dengan mewujudkan watak pelbagai bangsa yang hidup dalam keadaan harmoni. Lihat sahaja misalnya novel Interlok dan Imam yang merupakan antara mahakarya beliau.


Perpaduan


Menurut Abdullah, beliau memasukkan watak-watak masyarakat majmuk di dalam karyanya kerana berpendapat "perpaduan bangsa hanya dapat dicapai melalui penggunaan bahasa yang sama dan bahasa Melayu yang baik."


Selain menjadi pelopor kepada gagasan 1Malaysia di dalam novel-novelnya, Abdullah turut memaparkan beberapa idea bernas yang kini sudah diterapkan dalam kehidupan seharian kita. Antaranya, melalui fikiran Imam Haji Mihad dalam Imam, Abdullah menyarankan supaya masjid diimarahkan dengan pelbagai aktiviti supaya dapat dimanfaatkan oleh semua pihak, termasuk oleh orang bukan Islam. Masjid tidak seharusnya menjadi tempat ibadat semata-mata, tetapi boleh digunakan juga sebagai tempat menambah ilmu pengetahuan (dengan mewujudkan perpustakaan), tempat beriadah (di kawasan luar) dan tempat berehat (dengan membina lanskap yang menarik).


Dalam Imam juga Abdullah melontarkan idea supaya irama nasyid diberikan pendekatan baharu, tidak lagi membawa irama yang hampir sama dan alat-alat muzik tertentu boleh digunakan, jika itu merupakan cara yang lebih menarik dan berkesan untuk menyampaikan mesej positif. Kini kita dapat melihat apa yang dibayangkan oleh pengarang itu sudah menjadi kenyataan, melalui kumpulan-kumpulan nasyid yang dipelopori oleh Raihan, Rabbani dan sebagainya.


Abdullah yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara pada tahun 1996 dan sebelum itu menerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Awards) pada 1981 telah menghasilkan kira-kira 30 buah novel, antaranya Terjebak, Peristiwa, Rantau Selamat, Kuala Lumpur Aku Punya, Interlok, Intan, Noni, Buih di Atas Air, Konserto Terakhir, Masuk ke dalam Cahaya dan Imam (novel ini memenangi Hadiah Sako anjuran Utusan Melayu/Public Bank 1992/94). Selain daripada itu, beratus cerpen beliau telah disiarkan di pelbagai akhbar dan majalah dan kemudiannya terbit dalam sekian banyak antologi serta kumpulan. Beliau juga menulis biografi beberapa tokoh penting, seperti P. Ramlee, Za'ba dan Harun Aminurrashid.


Abang kepada Ketua Satu GAPENA, Profesor Emiritus Tan Sri Ismail Hussain dan pelukis Ibrahim Hussain (Allahyarham) ini adalah aset kepada negara dan dunia kesusasteraan tanah air yang tidak ternilai dan tidak harus dilupakan, terutamanya ketika beliau masih alam keadaan sihat. Karya-karya penting beliau perlu "dihidupkan" dan disegarkan semula dengan pelbagai cara untuk manfaat seluruh masyarakat. Justeru itu, pelbagai pihak boleh memainkan peranan masing-masing, mengikut keupayaan dan bidang tugas tertentu.
Sumber: Utusan

Ada berita tentang Sasterawan Negara Abdullah Hussain di akhbar Mingguan Malaysia hari ini. Beliau merupakan salah seorang penulis yang kugemari.

Imam, mahakaryanya seperti dinyatakan dalam petikan di atas telah kubaca sejak di bangku sekolah menengah.

Bermula dengan meminjamnya di Perpustakaan Tun Datu Mustapha dan kini sudah ada dalam koleksi peribadi (terima kasih kepada Solah yang membelikannya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini), novel Imam menjadi salah sebuah karya yang kuulang-ulang tanpa jemu.

Pergelutan pemikiran Islam yang menjadi citra novel ini membawa aku untuk menelaah tulisan-tulisan lain Sasterawan Negara ini.

Perjalanan Mencari Hikmah, sebuah autobiografi mengenai diri beliau dan Konserto Terakhir yang menjadi salah sebuah novel dalam KOMSAS merupakan karya lain beliau yang kubaca setelah Imam.

Dengan tulisannya yang mudah untuk difahami berbanding dengan Sasterwan Negara yang lain, ala-ala tulisan kewartawanan, beliau membuatkan daku terpesona dengan watak Haji Mihad yang menjadi tunjang utama novel Imam.

Walaupun ada isi kandungan novel ini yang tidak aku persetujui, namun ini tidak menghalang aku untuk mengesyorkan semua untuk membacanya.

Jujurnya, membaca novel ini membuatkan dirikuku terkenang akan Dr. Asri.

Black

Black Man Poem

When I born, I black,

When I grow up, I black,

When I go in sun, I black,

When I cold, I black,

When I scared, I black,

When I sick, I black,

And when I die, I still black.


You white folks....

When you born, you pink,

When you grow up, you white,

When you go in sun, you red,

When you cold, you blue,

When you scared, you yellow,

When you sick, you green,

When you bruised, you purple,

And when you die, you gray.

So who you calling colored folks???

- Anonymous
 
P/s: Say no to racism :P

Saturday, April 10, 2010

Penantian itu suatu penyeksaan

Aku masih di Kuantan. Isnin atau selasa, insya' ALLAH akan pulang semula ke Ipoh setelah 4 bulan bertungkus-lumus di sini (iya ke?).

Hari ini hari yang paling tidak produktif - dibanding dua hari sebelumnya selepas tamat marathon peperiksaan yang melelahkan. Jika hari khamis, aku dan kawan-kawan melawat Technology Park di Raub dan semalam menghadiri kursus persediaan umrah yang dikendalikan Ustaz Zainuddin, hari ini aku tersengguk-sengguk dan ada kalanya sampai tertidur ketika mahu refresh kembali dengan aliran-aliran falsafah dengan membaca buku Great Thinkers. Harap-harap adalah manfaatnya walaupun sedikit yang dapat kubaca hari ini. 

Sambil-sambil membaca, aku mengemas bahan-bahan bacaan yang kumiliki ke dalam kotak. Adalah 6, 7 kotak yang menanti untuk dipindahkan ke IM 2, belum ditambah dengan benda-benda lain. ALLAH, terfikir juga tahun depan, macam mana mahu mengangkut semua ini ke rumah. Cara yang terfikir sekarang ini ialah dengan kerap balik ke rumah, sebulan sekali mungkin. Setiap kali balik, kena bawa satu kotak buku. Hai, makin peninglah mak untuk menjaga kotak-kotak buku aku nanti, hehe. 

Ketika aku membaca, mengemas dan ada kalanya ketiduran, mahallah IM 6 yang diduduki setahun ini semakin sunyi. Semalam Faiz Salleh dan Zarif sudah pun mengucapkan selamat tinggal, hari ini giliran Daneng dan Kamil pula meninggalkan rumah no. 12 ini. Tertekan sebenarnya melihat orang lain balik dahulu. Tambah-tambah, orang-orang yang masih belum balik tiada di rumah kerana ada program masing-masing. Ada yang pergi perkhemahan, ada yang menghadiri daurah. Akhirnya, tinggallah aku terkontang-kanting seorang diri di rumah. Mujurlah, ada sahabat setia yang menemani; buku dan internet. Kalau tidak, kedapatanlah tanda-tanda depression.

Masuk hari ini, tinggal 9 hari lagi sebelum aku dan 21 orang yang lain dari Kuliyyah Farmasi berangkat ke Tanah Suci. Insya' ALLAH, 19 April ini kami akan berlepas dari KLIA menaiki Saudi Air dan mendarat terus di Madinah. Dalam masa sembilan hari yang berbaki, rohani harus dikuatkan, agar setiap saat di sana dimanfaatkan untuk beribadah, itulah antara intipati kata-kata Ustaz Zainuddin, Imam Masjid Tengku Ampuan Afzan yang mengendalikan kursus kami semalam yang kuolah semula. Selain itu, antara kata-katanya, hadiah orang yang pergi ke Tanah Suci kepada orang-orang lain ialah dengan mendoakannya setiap hajat yang dikirim mereka. Insya' ALLAH kepada mereka yang telah mengirimkan hajat akan kudoakan setiap yang dihajati ketika berada di sana kelak.

Akhirnya, aku ingin mengucapkan selamat bercuti buat semua kawan-kawanku. Kepada yang akan mendirikan rumah tangga, moga dipermudahkan urusan. Untuk kawan-kawan yang akan menjalani latihan industri, selamat juga kuucapkan. Kepada kawan-kawan yang membaca entri ini, doakanlah kami selamat pergi dan kembali. Doakan juga agar ALLAH menerima ibadah umrah yang akan kami tunaikan ini.

Semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat dan sentiasa dinaungi rahmat dan hidayahNYA, ameen.

Friday, April 9, 2010

Kemas


Setiap kali habis sesi pengajian, benda-benda di atas inilah yang paling buat kepalaku pusing. Apa pun, ucap selamat tinggal untuk IM 6 dan selamat kembali kepada IM 2.

Monday, April 5, 2010

Gembira

Saat ini, aku rasa gembira bila nampak status terbaru Kak Waheed di Facebooknya.

Suka sangat-sangat membaca statusnya itu.

Terharu pun ada. Mengingatkan ke'macho'an harus dijaga, air mata kutahan, jangan dibiarkan tumpah ke bumi, ha ha.

Berbunga rasa syukur dan seronok untuk mengetahui perkembangan terbaru walaupun hanya melalui Facebook.

Semoga Kak Waheed terus tabah dan kuat menghadapi dugaan ini.

Dan aku, mahu meminjam kekuatan dan ketabahannya untuk menghadapi hari-hari terakhir peperiksaan ini.

Oh Tuhan, kurniakanlah yang terbaik buat kakakku yang seorang ini.

Saturday, April 3, 2010

The Boy Who Harnessed The Wind

Semalam, beli surat khabar The Star. Semester ini, jarang betul surat khabarku beli sendiri, natijah polisi berjimat cermat.

Aku selak ruangan Readings, ada iklan kedai buku Popular. Ada diskaun 20% untuk beberapa buah jenis buku. Kebanyakkannya buku fiksyen kecuali buku Susan Boyle dan buku ini, The Boy Who Harnessed the Wind.

Memandangkan tiada duit untuk membeli buku ini, apa yang boleh dilakukan sekarang ialah mencari reviu buku ini dahulu.



Bertambahlah lagi item dalam wishlist aku.

Friday, April 2, 2010

Kitaran kedua

Pagi nanti ada MCQ CVS. Petang pula MCQ AICA, CP dan RBM.

Habis MCQ, bersiap-siap untuk merewang. Sebuah khemah sudah dipacak di luar rumah. Lebih kurang 20 ekor ayam untuk kira-kira 50 orang penghuni mahallah IM 6. Jimat duit makan malam hari ini.

Tamat MCQ bermakna tamat kitaran kedua peperiksaan kali ini. Minggu paling disaster bagi aku. Isnin, kena jawab soalan endocrine. Terkapai-kapai juga mahu recall apa itu Grave Disease. Nasib baik aku ingat lagi Grave Disease sama dengan Hyperthyroidism dan Hashimoto's thyroiditis sama dengan Hypothyroidism - sifir yang aku hafal sewaktu peperiksaan pertengahan semester. Mahu dijawab soalan biochemistry, jangan haraplah, hehe. Harap-harap berbekalkan markah mid-sem yang agak kukuh, bolehlah aku mendendangkan lagu perpisahan dengan subjek ini.


Hari selasa, masuk dewan untuk menjawab Herbal Medicine - salah satu subjek yang aku gagal waktu peperiksaan pertengahan semester. Menatap saja kertas soalan, terus longlai aku dibuatnya. Terasa rugi aku mencipta melodi lagu bacopa dengan kava-kava. Rugi sebab tidak dapat diamalkan di dalam dewan peperiksaan,hehe. Mujur ada soalan Dr. Qamar, bolehlah aku gunakan frontal lobe yang menyimpan short-term memory. Uva-ursi, goldenrod, misai kucing, semuanya keluar dari otak  ibarat air. Nama pun menjawab soalan aquaretics, haha. Untuk soalan-soalan lain, rasa mahu saja aku menyanyi lagu Gurindam Jiwa dendangan Nordin Ahmad dan Latifah Omar.



Rabu. Orang lain cuti. Aku dan insan-insan terpilih yang lain ada OSPE. Pesan penaja untuk semua, jangan bawa handset bila buat OSPE. Mahu tahu apa yang terjadi, bleh tanya Mat Sharil.

Mula-mula, kuingat adalah harapan pada OSPE untuk menjadi sang penyelmat, namun harapan tinggal harapan. Gambar-gambar masih bisa kujawab, tapi bila diberi organ yang sebenar, tepuk dahi sahaja dong. Itu baru CVS, untuk spesimen-spesimen GIT, terus terang aku kata, first impression yang keluar bila tengok spesimen-spesimen tersebut, "wow, ini lembu ke manusia?". Putus sudah euforia aku mendapat 8 sewaktu OSPE CNS. Ingatkan bolehlah bergelar raja OSPE, ha ha.

Hari Khamis, Physical Pharm waktu pagi, dan Drug Abuse waktu petang. Usai saja pepeiksaan, Dr. Kausar sudah menunggu di luar. Berbual sikit dengan beliau. "Kalau panjang umur, boleh jumpa Dr. lagi tahun depan, hehe," kataku pada beliau. Ikhlasnya, dalam hati dapat rasakan panjang jodoh aku dengan subjek ini melainkan ada keajaiban yang datang membantu. Iyalah, bak tulisan Faisal Tehrani, "Kerja Tuhan siapa yang tahu."

Petangnya ada Drug Abuse. Ucap terima kasih kepada Dr. Kyi Kyi Tha. Berbaloi-baloi qailulah berjemaah walau banyak nota yang tidak dibaca - eh, aku ada ambil nota ke?

Untuk hari terakhir kitaran kedua, subjek yang paling aku cuak ialah CP. CVS pun ada sedikit rasa cuak. AICA, insya' ALLAH, rasanya OK. RMB pun rasanya tiada masalah. Tapi sebenarnya, rasa cuak yang ada itu sudah dibayangi dengan kecapikan. Rasa tidak kisah pun ada. Tambah-tambah orang yang fail, repeat, macam aku, sudah develop resistance dengan cuak-cuak ini.

Jauh di sudut hati,aku bersyukur kerana pengorbanan aku untuk tidak balik rumah semata-mata untuk belajar agak berbaloi. Dari bulan 12 tahun lepas sampai sekarang, telefon sahajalah yang menjadi pengubat rindu kepada mak dan abah serta adik-adikku. Yang paling ralat, tidak boleh ku 'pow' duit Acer, hehe

Apa pun, strategi untuk mendapatkan keputusan yang kukuh dalam peperiksaan pertengahan semester agak menjadi walaupun ada juga subjek yang 'sangkut'. Tiga tahun belajar, kunci kejayaan ialah buat habis-habisan untuk peperiksaan pertengahan semester. Bila kunci sudah ada, pintu ketenangan dan bebas tekanan sewaktu peperiksaaan akhir dapat dibuka.

Yang mustahak buatku sekarang, bukannya A, B, C, atau D dalam slip peperiksaan, tetapi yang lebih penting ialah untuk mengenal A, B, C dan D yang ada dalam diri. Kalau gagal, ulang. Kalau jatuh, bangun. Biarlah aku grad sebagai under-achiever, asal aku keluar dari UIA ini sebagai seorang ahli farmasi yang kompeten. Jadi orang yang rasikh dalam ilmu yang diceburi. Aku tidak mahu ada yang mati atau menerima kecelakaan dek kerana kejahilanku dalam bidang yang sepetutnya aku 'alim dalamnya.

Kesimpulannya, yang penting, GNOTHI SEAUTON. Semoga yang terbaik buat aku dan kawan-kawan yang membaca entri ini. WALLAHUA'LAM.