Pagi nanti ada MCQ CVS. Petang pula MCQ AICA, CP dan RBM.
Habis MCQ, bersiap-siap untuk merewang. Sebuah khemah sudah dipacak di luar rumah. Lebih kurang 20 ekor ayam untuk kira-kira 50 orang penghuni mahallah IM 6. Jimat duit makan malam hari ini.
Tamat MCQ bermakna tamat kitaran kedua peperiksaan kali ini. Minggu paling disaster bagi aku. Isnin, kena jawab soalan endocrine. Terkapai-kapai juga mahu recall apa itu Grave Disease. Nasib baik aku ingat lagi Grave Disease sama dengan Hyperthyroidism dan Hashimoto's thyroiditis sama dengan Hypothyroidism - sifir yang aku hafal sewaktu peperiksaan pertengahan semester. Mahu dijawab soalan biochemistry, jangan haraplah, hehe. Harap-harap berbekalkan markah mid-sem yang agak kukuh, bolehlah aku mendendangkan lagu perpisahan dengan subjek ini.
Hari selasa, masuk dewan untuk menjawab Herbal Medicine - salah satu subjek yang aku gagal waktu peperiksaan pertengahan semester. Menatap saja kertas soalan, terus longlai aku dibuatnya. Terasa rugi aku mencipta melodi lagu bacopa dengan kava-kava. Rugi sebab tidak dapat diamalkan di dalam dewan peperiksaan,hehe. Mujur ada soalan Dr. Qamar, bolehlah aku gunakan frontal lobe yang menyimpan short-term memory. Uva-ursi, goldenrod, misai kucing, semuanya keluar dari otak ibarat air. Nama pun menjawab soalan aquaretics, haha. Untuk soalan-soalan lain, rasa mahu saja aku menyanyi lagu Gurindam Jiwa dendangan Nordin Ahmad dan Latifah Omar.
Rabu. Orang lain cuti. Aku dan insan-insan terpilih yang lain ada OSPE. Pesan penaja untuk semua, jangan bawa handset bila buat OSPE. Mahu tahu apa yang terjadi, bleh tanya Mat Sharil.
Mula-mula, kuingat adalah harapan pada OSPE untuk menjadi sang penyelmat, namun harapan tinggal harapan. Gambar-gambar masih bisa kujawab, tapi bila diberi organ yang sebenar, tepuk dahi sahaja dong. Itu baru CVS, untuk spesimen-spesimen GIT, terus terang aku kata, first impression yang keluar bila tengok spesimen-spesimen tersebut, "wow, ini lembu ke manusia?". Putus sudah euforia aku mendapat 8 sewaktu OSPE CNS. Ingatkan bolehlah bergelar raja OSPE, ha ha.
Hari Khamis, Physical Pharm waktu pagi, dan Drug Abuse waktu petang. Usai saja pepeiksaan, Dr. Kausar sudah menunggu di luar. Berbual sikit dengan beliau. "Kalau panjang umur, boleh jumpa Dr. lagi tahun depan, hehe," kataku pada beliau. Ikhlasnya, dalam hati dapat rasakan panjang jodoh aku dengan subjek ini melainkan ada keajaiban yang datang membantu. Iyalah, bak tulisan Faisal Tehrani, "Kerja Tuhan siapa yang tahu."
Petangnya ada Drug Abuse. Ucap terima kasih kepada Dr. Kyi Kyi Tha. Berbaloi-baloi qailulah berjemaah walau banyak nota yang tidak dibaca - eh, aku ada ambil nota ke?
Untuk hari terakhir kitaran kedua, subjek yang paling aku cuak ialah CP. CVS pun ada sedikit rasa cuak. AICA, insya' ALLAH, rasanya OK. RMB pun rasanya tiada masalah. Tapi sebenarnya, rasa cuak yang ada itu sudah dibayangi dengan kecapikan. Rasa tidak kisah pun ada. Tambah-tambah orang yang fail, repeat, macam aku, sudah develop resistance dengan cuak-cuak ini.
Jauh di sudut hati,aku bersyukur kerana pengorbanan aku untuk tidak balik rumah semata-mata untuk belajar agak berbaloi. Dari bulan 12 tahun lepas sampai sekarang, telefon sahajalah yang menjadi pengubat rindu kepada mak dan abah serta adik-adikku. Yang paling ralat, tidak boleh ku 'pow' duit Acer, hehe
Apa pun, strategi untuk mendapatkan keputusan yang kukuh dalam peperiksaan pertengahan semester agak menjadi walaupun ada juga subjek yang 'sangkut'. Tiga tahun belajar, kunci kejayaan ialah buat habis-habisan untuk peperiksaan pertengahan semester. Bila kunci sudah ada, pintu ketenangan dan bebas tekanan sewaktu peperiksaaan akhir dapat dibuka.
Yang mustahak buatku sekarang, bukannya A, B, C, atau D dalam slip peperiksaan, tetapi yang lebih penting ialah untuk mengenal A, B, C dan D yang ada dalam diri. Kalau gagal, ulang. Kalau jatuh, bangun. Biarlah aku grad sebagai under-achiever, asal aku keluar dari UIA ini sebagai seorang ahli farmasi yang kompeten. Jadi orang yang rasikh dalam ilmu yang diceburi. Aku tidak mahu ada yang mati atau menerima kecelakaan dek kerana kejahilanku dalam bidang yang sepetutnya aku 'alim dalamnya.
Kesimpulannya, yang penting, GNOTHI SEAUTON. Semoga yang terbaik buat aku dan kawan-kawan yang membaca entri ini. WALLAHUA'LAM.
2 comments:
Akak sentiasa doakan Am, Insya Allah...
Teruskan usaha membuka kunci-kunci kejayaan di dunia dan akhirat.
Terima kasih Kak Su.
Post a Comment