Muka hadapan The Star 28 Mei memaparkan grafik perencanaan pelaksanaan penarikan subsidi-subsidi yang dinikmati rakyat Malaysia. Salah satu kesan daripada penarikan tersebut ialah peningkatan harga rawatan di pusat kesihatan milik kerajaan daripada RM 1 kepada RM 3.
Rancangan kerajaan untuk menarik balik subsidi menjadi episod terbaru dalam perkembangan mutakhir ekonomi di Malaysia. Suntikan dana oleh kerajaan pasca krisis ekonomi di Amerika 2008, liberalisasi ekonomi, Model Ekonomi Baru dan yang terbaru ialah plan penarikan subsidi menjadi rencah kepada ekonomi Malaysia yang tentu memberi kesan kepada kita yang menjadi rakyatnya.
Sebagai orang awam yang tidak berpengatahuan tentang ekonomi, agak sukar untuk aku menimbang pro dan kontra tentang tindakan-tindakan yang telah dan akan diambil oleh kerajaan. Malah, ketika menonton Buletin Utama, respons yang diberikan oleh beberapa pertubuhan pekerja dan pengguna yang berpengaruh di negara ini berbeza antara satu sama lain.
Apa pun, setiap tindakan yang diambil oleh kerajaan pasti meninggalkan kesan kepada rakyat. Penarikan subsidi pastinya akan menyebabkan peningkatan harga barang-barang. Sama ada kita dapat menempuhi kemungkinan ini, hanya masa yang akan menentukan.
P/s: Aku terfikir, sebagai rakyat biasa, apa yang seharusnya dilakukan dalam hal-hal sebegini?
Saturday, May 29, 2010
Friday, May 28, 2010
Road to Gombak
1. Alfun mabruk diucapkan kepada Abang Safwan, Kak Ili, Kak Suhaili dan pelajar-pelajar tahun Kuliyyah Perubatan yang lulus dalam peperiksaan profesional. Wah, tentu seronok kerana skarang masing-masing sudah boleh dipanggil tuan doktor.
2. Tahniah juga diucapkan kepada semua senior Kuliyyah Farmasi yang menanti waktu untuk majlis konvokesyen di Gombak nanti. Masih lagi terbayang riak-riak kegembiraan dan kelegaan yang muncul pada wajah senior-senior ketika melakukan umrah baru-baru ini sebaik sahaja mengetahui keputusan peperiksaan semester lepas.
3. Semoga jejak langkah para senior-senior dapat diikuti dan dicontohi oleh kami semua. Ajaran, perkongsian dan segala ilmu yang dicurahkan moga dapat menjadi penyuluh terutama ketika meniti kembara tahun akhir nanti. Insya' ALLAH dengan terus berusaha, terus berdoa dan akhirnya bertawakal kejayaan dan harapan yang didamba akan dimiliki.
4. Akhirnya, sudah sampai masa untuk merangka strategi untuk projek Road to Gombak 11 (RTG 11). Satu tekad dalam diriku, dengan kawan-kawan iiumrx6th aku mendaftar di Kuantan, dengan mereka jugalah aku akan berkonvokesyen. Rabbi yassir wala tua'ssir ya Kareem, ameen. Oh ALLAH, mudahkanlah segalanya buat kami semua.

Thursday, May 27, 2010
Tanjung Rambutan
Tanjung Rambutan merupakan sebuah pekan kecil yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Bandaraya Ipoh, ibu negeri Perak Darul Ridzuan. Pekan ini dikenali masyarakat kerana kewujudan sebuah hospital bahagia; satu daripada dua buah institusi di Malaysia yang menempatkan pesakit-pesakit mental selain daripada Tampoi, Johor.
Daripada bentuk geografinya, pekan yang mendamaikan ini berlatarbelakangkan Gunung Korbu, puncak tertinggi di Banjaran Titiwangsa, banjaran terpanjang yang menjadi 'tulang belakang' Semenanjung Malaysia. Selain itu, di sini mengalir juga Sungai Kinta yang menjadi sumber air kepada penduduk Lembah Kinta. Tanjung Rambutan terletak di jalan lama yang menghubungkan Ipoh dan Kuala Kangsar. Selepas melalui Ipoh, pengguna yang menggunakan jalan lama untuk ke utara akan bertemu dengan pekan Tambun yang terkenal dengan limau balinya sebelum berjumpa pula dengan Bandar Sunway yang menempatkan Taman Tema The Lost World. Selepas melepasi taman tema itu dan kawasan sekitarnya yang pesat membangun, pengguna akan sampai ke pekan yang unik ini.
Selain dihubungkan dengan jalan persekutuan, Tanjung Rambutan juga dihubungkan dengan landasan keretapi. Terdapat sebuah stesyen keretapi di pekan ini yang terletak tidak jauh dengan Hospital Bahagia Hulu Kinta. Selain hospital bahagia dan stesyen keretapi, terdapat juga bangunan-bangunan rumah kedai dan pasar awam yang menjadi tumpuan penduduk-penduduk sekitar membeli bahan keperluan. Selain penduduk-penduduk Tanjung Rambutan dan kawasan sekitar yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India, pekan ini juga menjadi tumpuan orang-orang Asli yang sejak zaman-berzaman tinggal di kawasan hutan sekitar pekan ini.
Bank, sekolah, klinik kesihatan malah sebuah bangunan indah milik Tenaga Nasional Berhad turut didirikan di pekan ini menandakan arus urbanisasi yang giat melanda. Apa yang menarik di sini ialah citra Malaysia yang ditampilkan melalui kewujudan rumah-rumah ibadat yang dibina berhampiran satu sama lain. Masjid Jamek Tanjung Rambutan yang dibina di tebing Sungai Kinta menyaksikan jiran-jirannya terdiri daripada sebuah kuil Hindu dan Rumah Ibadat bagi orang Sikh. Jika kedapatan sebuah tokong Buddha di sini, maka akan lengkaplah citra ideal yang melambangkan realiti sebenar Malaysia.
Setiap kali menggunakan jalan besar di hadapan rumah-rumah ibadat ini, diriku seolah-olah diajar untuk menerima realiti kepelbagaian yang wujud di sebuah kawasan yang kudiami ini. Jamak budaya dan kepercayaan pastinya akan mencetuskan konflik jika tidak ditangani dengan saksama. Belajar memahami untuk menghormati setiap orang yang tentunya berbeza merupakan pilihan kepada realiti yang tidak mungkin dapat diubah. Betapa citra toleransi yang dipaparkan pekan yang telah berkhidmat kepada aku selama 24 tahun ini mengajar dengan penuh seni akan hakikat sebenar sebuah negara bernama Malaysia.
Tanjung Rambutan, dengan seribu satu keunikannya merupakan guru istimewa yang telah banyak berjasa mendidik aku dengan caranya yang tersendiri. Pastinya di mana sahaja aku berada, nama Tanjung Rambutan akan tetap terpahat utuh dalam diriku. Sungguh, nikmat Tuhan yang mana yang mahu kita dustakan?
Nota tambahan:
He said Malaysia’s diversity was an added advantage as its different peoples could contribute different ideas.
“Unless the diversities result in infighting among the people, innovation is a combination of diverse ideas to the country’s benefit,” he pointed out.
Prof Anil K. Gupta - The Star 27 May 2010

Wednesday, May 19, 2010
Timur Atau Barat
East or west, home is the best.
Mentari pagi di balik puncak tertinggi Banjaran Titiwangsa. Citra indah kurniaan Tuhan buat mereka yang mahu berfikir dan bersyukur atas segala nikmatNYA.
Tuesday, May 18, 2010
Catatan rencam
1. Di Tanah Haram, terasa janggal sekali jika tidak menunaikan solat berjemaah di masjid. Di tanah air, terasa janggal sekali menunaikan solat berjemaah di masjid. Paradoks bukan?
2. Hari demi hari, masa demi masa, tidak sabar lagi menanti saat untuk bergraduasi. Hanya setahun yang masih berbaki. Graduasi menanti, mati yang pasti juga semakin menghampiri. Yang mana satu mendahului, hanya ALLAH yang mengetahui. Oh Tuhan, kalaulah saat kematian itu bukannya satu misteri...
3. Di Masjidil Haram, diri cemburu melihat saudara seakidah menitiskan air mata tatkala menadah tangan berdoa di hadapan BaituLLAH yang mulia. Lalu timbul dalam diri; "Oh Tuhan, sudah keraskah hati ini sehingga terasa payah sekali diriku ini untuk mengalirkan air mata seperti mana orang lain?" ALLAHUALLAH...
4. Ada api, ada tanah. Ada juga angin, ada juga air. Yang mana satu dirimu?
5. Tuhanku berfirman: "dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memerhatikan? (51:21)

Subscribe to:
Posts (Atom)