v

Saturday, May 29, 2010

Ekonomi

Muka hadapan The Star 28 Mei memaparkan grafik perencanaan pelaksanaan penarikan subsidi-subsidi yang dinikmati rakyat Malaysia. Salah satu kesan daripada penarikan tersebut ialah peningkatan harga rawatan di pusat kesihatan milik kerajaan daripada RM 1 kepada RM 3.

Rancangan kerajaan untuk menarik balik subsidi menjadi episod terbaru dalam perkembangan mutakhir ekonomi di Malaysia. Suntikan dana oleh kerajaan pasca krisis ekonomi di Amerika 2008, liberalisasi ekonomi, Model Ekonomi Baru dan yang terbaru ialah plan penarikan subsidi menjadi rencah kepada ekonomi Malaysia yang tentu memberi kesan kepada kita yang menjadi rakyatnya.

Sebagai orang awam yang tidak berpengatahuan tentang ekonomi, agak sukar untuk aku menimbang pro dan kontra tentang tindakan-tindakan yang telah dan akan diambil oleh kerajaan. Malah, ketika menonton Buletin Utama, respons yang diberikan oleh beberapa pertubuhan pekerja dan pengguna yang berpengaruh di negara ini berbeza antara satu sama lain.

Apa pun, setiap tindakan yang diambil oleh kerajaan pasti meninggalkan kesan kepada rakyat. Penarikan subsidi pastinya akan menyebabkan peningkatan harga barang-barang. Sama ada kita dapat menempuhi kemungkinan ini, hanya masa yang akan menentukan.

P/s: Aku terfikir, sebagai rakyat biasa, apa yang seharusnya dilakukan dalam hal-hal sebegini?

2 comments:

3p4h said...

Maaf utk dikatakan.

"Sembang kedai kopi"

Itu yg biasa dilakukan oleh msyrkt kita. Marah mcm mn pun, lama-lama redha. Berdebat di kedai kopi sudah cukup bagi mereka. Tapi tidak semua yg begitu =)

TJ said...

Dude, you have to read something on economy, then you have your say on that.

We are financially trending down. I believe if this trend continues, there will be a time when our purchasing power is so low with inflation reaching sky high, that our money is just printed paper.

But then again, Melayu Mudah Lupa. Meh.