v

Wednesday, April 6, 2011

Apa khabar Abang Mat?

Dalam mengharungi zaman fitnah yang menjadi-jadi kebelakangan ini, terkenanglah daku kepada Abang Mat dan penduduk Kampung Rantau, Cameron Highlands.

Beruntungnya mereka, orang Asli daripada suku Semai kerana tidak berhadapan dengan segelintir manusia yang entah di mana letaknya iman dan pertimbangan akal.

Cukup malang, kecanggihan teknologi yang sepatutnya menjadi medium memajukan minda dijadikan mereka sebagai wahana untuk mengaibkan dan menjatuhkan maruah individu.
 
Dan kita yang kononya lebih maju daripada mereka seperti Abang Mat sekali lagi dipaksa menelan segala sampah-sarap yang disajikan.

Ah, jika punya kekuatan, mahu sahaja aku 'berlari' ke sana, Kampung Rantau, meminggir diri daripada 1001 kegilaan dan kerakusan manusia-manusia ini.

1 comment:

3p4h said...

Ketenangan di sana....