Ianya cukup teruk bila kita lost dalam sesuatu, terutamanya jika berkait dengan hal-hal yang besar seperti kehidupan.
Friday, July 22, 2011
Thursday, July 21, 2011
The story of one who had a little knowledge
A certain man knew something of astronomy and his head, in consequence, was filled with pride. Journeying far, he visited Kushyar, their sage, who turned his eyes from him and would teach him nothing. When the dissapointed traveler was on the point of leaving, Kushyar addressed him with these words:
- The Bostan of Saadi
"Thou imaginest that thou art full of knowledge. How can a vessel that is full received more? Rid thyself of thy pretensions, so that thou mayest be filled. Being full of vanity, thou goest empty."
- The Bostan of Saadi
Friday, July 15, 2011
Berpuasa selepas 15 Sya'ban
Hari ini sudah masuk 14 Sya'aban. Jika tiada halangan, tidak lama lagi kita akan bertemu lagi dengan bulan yang kita rindui, Ramadhan al-Mubarak. Sebagai persediaan untuk menyambut bulan yang mulia tersebut, ada antara kita yang melazimkan diri untuk berpuasa semenjak dari bulan Rejab lagi. Ada juga yang memulakan puasa sunat mereka di bulan Sya'aban ini. Bagi yang mengambil peluang untuk berpuasa sunat di bulan ini, ada baiknya kita menyemak hukum dan peraturan yang berkaitan. Entri ini akan menukilkan sekitar permasalahan berpuasa sunat selepas 15 Sya'aban yang diambil daripada laman web Jabatan Mufti Brunei Darussalam.
Berpuasa sunat pada hari-hari separuh yang kedua bulan Sya‘ban (16 hingga 30 haribulan Sya‘ban) tanpa ada sebab ataupun bukan kerana adat kebiasaan berpuasa sunat adalah haram. Ini jelas sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:
Maksud “adat kebiasaan berpuasa sunat” akan dijelaskan kemudian. Namun begitu, bagi orang yang hendak berpuasa sunat pada separuh kedua bulan Sya‘ban adakalanya diharuskan walaupun dia berpuasa tanpa ada sebab, jika puasanya itu disambung dengan atau dimulakan dari separuh pertama bulan Sya‘ban.
Pengecualian Diharuskan Berpuasa Selepas 15 Haribulan Sya‘ban Dan Pada Hari Syak
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu, hukum berpuasa pada hari Syak dan separuh kedua bulan Sya‘ban tanpa ada sebab adalah haram. Sebaliknya, jika dia mempunyai sebab untuk melakukan ibadat puasa, maka tidak dihukumkan haram. Sebab-sebab yang membolehkan seseorang itu berpuasa pada hari Syak dan separuh kedua bulan Sya‘ban adalah seperti berikut:
1. Sudah menjadi adat atau kebiasaan berpuasa.
Umpamanya pada hari yang dia berpuasa sunat itu (mana-mana hari selepas 15 haribulan Sya‘ban) atau pada hari Syak itu kebetulan jatuh bertepatan dengan hari yang pada adat kebiasaannya dia berpuasa, seperti puasa sunat hari Isnin atau puasa sunat Khamis atau puasa sunat berselang-selang, sehari berpuasa dan sehari tidak puasa. Pengecualian ini adalah berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud:
2. Puasa yang wajib, seperti puasa qadha, nazar dan kaffarah.
Namun jika seseorang itu bernazar berpuasa kerana hari Syak, maka hukum bernazar sedemikian adalah tidak sah. Keharusan berpuasa wajib dalam hal ini adalah diqiyaskan kepada keharusan berpuasa kerana adat kebiasaan yang sabit melalui hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam seperti yang dijelaskan di atas.
3. Bukan kerana puasa wajib atau adat kebiasaan; dengan syarat hendaklah dia memulakan puasa sunat tersebut pada hari-hari separuh pertama bulan Sya‘ban (1-15 haribulan Sya‘ban), kemudian diteruskan atau
disambung puasa tersebut dengan separuh kedua bulan Sya‘ban tanpa putus atau berbuka (tidak berpuasa).
Ini bermaksud jika dia hendak berpuasa pada separuh kedua bulan Sya‘ban, maka caranya ialah hendaklah dia menyambung puasa sunatnya pada separuh kedua bulan Sya‘ban itu dengan hari-hari pada separuh pertama bulan Sya‘ban, kemudian meneruskan puasanya itu sehingga ke akhir bulan Sya‘ban tanpa berbuka.
Dalam perkara ini, disyaratkan hendaklah puasa sunat itu dimulakan atau dikerjakan sebelum atau pada 15 haribulan Sya‘ban; bukan kemudian daripada itu. Jika dia memulakan puasanya itu hanya selepas separuh kedua Sya‘ban, maka tidak diharuskan (haram) baginya berpuasa sunat pada separuh kedua Sya‘ban (16 haribulan hingga akhir bulan Sya‘ban).
Adalah juga memadai jika sekiranya dia memulakan puasa sunatnya itu hanya pada 15 haribulan Sya‘ban, kemudian menyambung puasanya itu tanpa berbuka di separuh kedua bulan Sya‘ban. Walau bagaimanapun jika pada mana-mana hari dalam separuh kedua bulan Sya‘ban itu dia berbuka (tidak berpuasa) sekalipun kerana keuzuran, dia ditegah meneruskan puasa sunatnya itu pada baki hari-hari separuh kedua bulan Sya‘ban melainkan jika dia mempunyai sebab.
Sebagai contoh seseorang berpuasa pada 15 dan 16 haribulan Sya‘ban, kemudian dia berbuka (tidak berpuasa) pada 17 haribulan Sya‘ban, maka diharamkan dia berpuasa pada 18 haribulan Sya‘ban dan hari-hari seterusnya tanpa sebab. Adapun bagi sesiapa yang berpuasa bulan Sya‘ban sepenuhnya, maka sudah jelas tidak termasuk dalam larangan ini, kerana itu sudah menjadi adat atau kebiasaan.
Maka dalam tiga keadaan yang telah disebutkan tadi, diharuskan bagi seseorang itu untuk berpuasa pada separuh kedua bulan Sya‘ban dan pada hari Syak.
Teks sepenuhnya dan bacaan lanjut boleh dimuat turun di sini

“Apabila telah masuk separuh bulan Sya‘ban, maka janganlah kamu berpuasa.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

“Jangan kamu dahului bulan Ramadhan itu dengan berpuasa sehari dan juga dua hari melainkan puasa seseorang yang (kebetulan bertepatan mengikut adat kebiasaannya) dia berpuasa (pada hari itu), maka berpuasalah.
(Hadis riwayat Muslim)
2. Puasa yang wajib, seperti puasa qadha, nazar dan kaffarah.
Namun jika seseorang itu bernazar berpuasa kerana hari Syak, maka hukum bernazar sedemikian adalah tidak sah. Keharusan berpuasa wajib dalam hal ini adalah diqiyaskan kepada keharusan berpuasa kerana adat kebiasaan yang sabit melalui hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam seperti yang dijelaskan di atas.
3. Bukan kerana puasa wajib atau adat kebiasaan; dengan syarat hendaklah dia memulakan puasa sunat tersebut pada hari-hari separuh pertama bulan Sya‘ban (1-15 haribulan Sya‘ban), kemudian diteruskan atau
disambung puasa tersebut dengan separuh kedua bulan Sya‘ban tanpa putus atau berbuka (tidak berpuasa).
Ini bermaksud jika dia hendak berpuasa pada separuh kedua bulan Sya‘ban, maka caranya ialah hendaklah dia menyambung puasa sunatnya pada separuh kedua bulan Sya‘ban itu dengan hari-hari pada separuh pertama bulan Sya‘ban, kemudian meneruskan puasanya itu sehingga ke akhir bulan Sya‘ban tanpa berbuka.
Dalam perkara ini, disyaratkan hendaklah puasa sunat itu dimulakan atau dikerjakan sebelum atau pada 15 haribulan Sya‘ban; bukan kemudian daripada itu. Jika dia memulakan puasanya itu hanya selepas separuh kedua Sya‘ban, maka tidak diharuskan (haram) baginya berpuasa sunat pada separuh kedua Sya‘ban (16 haribulan hingga akhir bulan Sya‘ban).
Adalah juga memadai jika sekiranya dia memulakan puasa sunatnya itu hanya pada 15 haribulan Sya‘ban, kemudian menyambung puasanya itu tanpa berbuka di separuh kedua bulan Sya‘ban. Walau bagaimanapun jika pada mana-mana hari dalam separuh kedua bulan Sya‘ban itu dia berbuka (tidak berpuasa) sekalipun kerana keuzuran, dia ditegah meneruskan puasa sunatnya itu pada baki hari-hari separuh kedua bulan Sya‘ban melainkan jika dia mempunyai sebab.
Sebagai contoh seseorang berpuasa pada 15 dan 16 haribulan Sya‘ban, kemudian dia berbuka (tidak berpuasa) pada 17 haribulan Sya‘ban, maka diharamkan dia berpuasa pada 18 haribulan Sya‘ban dan hari-hari seterusnya tanpa sebab. Adapun bagi sesiapa yang berpuasa bulan Sya‘ban sepenuhnya, maka sudah jelas tidak termasuk dalam larangan ini, kerana itu sudah menjadi adat atau kebiasaan.
Maka dalam tiga keadaan yang telah disebutkan tadi, diharuskan bagi seseorang itu untuk berpuasa pada separuh kedua bulan Sya‘ban dan pada hari Syak.
Teks sepenuhnya dan bacaan lanjut boleh dimuat turun di sini
Wednesday, July 13, 2011
Tata kelola kerajaan yang baik untuk ubat-ubatan
Sambil menahan kantuk gara-gara tidak cukup tidur, aku menonton berita berbahasa Inggeris pukul 7 pagi di TV2. Selepas beberapa berita tempatan, muncul laporan Dato' Dr. Hasan bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Kesihatan merasmikan sebuah program serantau di Kuala Lumpur.
Tata kelola pemerintahan yang baik (Indonesia), pemerintahan yang baik (Brunei), urus tadbir baik (Malaysia) merupakan terjemahan kepada Good Governance. Rupa-rupanya program yang dirasmikan Dato' Hasan di Hotel Berjaya Times Square itu ialah Good Governance for Medicines Phase III Inter-Regional Meeting. Mungkin ramai yang tidak sedar tentang kewujudan tata kelola kerajaan atau pemerintah yang baik untuk ubat-ubatan. Sebuah program yang dilancarkan oleh World Health Organization (WHO) akhir tahun 2004 rupanya sudah mula digerakkan di Malaysia pada tahun 2009 ditandakan dengan penerbitan Framework for Good Governance in the Public Pharmaceutical Sector Ministry of Health Malaysia.
WHO mewujudkan program urus tadbir yang baik untuk ubat-ubatan bagi meningkatkan situasi yang digambarkan ini:
Untuk menghapuskan korupsi dalam industri farmasi, program ini digerakkan dan dilaksanakan dalam tiga peringkat:
Dengan berlangsungnya Good Governance for Medicines Phase III Inter-Regional Meeting, negara ini akhirnya bergerak maju ke peringkat akhir program yang matlamatnya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk meningkatkan kesejahteraan warganya terutama dalam penjagaan kesihatan yang berkait dengan ubat-ubatan.
Bacaan lanjut:
1. Good Governance for Medicines, laman web WHO
2. Framework for Good Governance in the Public Pharmaceutical Sector Ministry of Health Malaysia. Boleh dimuat turun di sini.

Theft, extortion and abuse …the US$ 5.3 trillion-plus spent on health services worldwide each year are an obvious target for corruption. In fact, Transparency International estimates that 10 to 25 % of global public health procurement spending is siphoned off and stolen. Life-saving resources are being snatched away from the millions of people that need them most. The pharmaceutical sector, with its US$ 750 billion global market value, is vulnerable to fraud.Dengan tujuan meningkatkan kesedaran terhadap salah guna yang wujud dalam industri farmasi dan menggalakkan urus tadbir baik, pihak berwajib di Malaysia menyahut seruan WHO, menjadi 4 negara pertama di dunia merintis program ini.
Untuk menghapuskan korupsi dalam industri farmasi, program ini digerakkan dan dilaksanakan dalam tiga peringkat:
(i) Penilaian nasional terhadap pengamalan etika dalam pendaftaran dan pemerolehan ubat-ubatn bagi meningkatkan ketelusan dan urus tadbir baik dalam sistem farmaseutikal. (National assessment of ethical practices in medicines registration and procurement to improve transparency and good governance in pharmaceutical system.)
(ii) Pembinaan rangkakerja Urus Tadbir Baik untuk Ubat-ubatan (GGM). (Development of GGM framework)
(iii) Pelaksanaan program GGM. (Implementation of GGM programme)
Dengan berlangsungnya Good Governance for Medicines Phase III Inter-Regional Meeting, negara ini akhirnya bergerak maju ke peringkat akhir program yang matlamatnya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk meningkatkan kesejahteraan warganya terutama dalam penjagaan kesihatan yang berkait dengan ubat-ubatan.
Bacaan lanjut:
1. Good Governance for Medicines, laman web WHO
2. Framework for Good Governance in the Public Pharmaceutical Sector Ministry of Health Malaysia. Boleh dimuat turun di sini.
Tuesday, July 12, 2011
Tiga jenis persaudaraan/persahabatan
قال أحد حكماء الفلسفة : الإخوان ثلاثة : أخ كالغذاء تحتاج إليه في كل وقت ، وأخ كالدواء تحتاج إليه أحياناً ، وأخ كالداء لا تحتاج اليه أبدا
Terjemahan: Kata Ilmuwan Falsafah; persaudaraan itu terbahagi kepada 3; saudara seperti makanan yang kita sentiasa perlukannya, dan saudara seperti ubat yang kadang-kadang kita perlukan, dan saudara seperti penyakit yang tidak diingini sampai bila-bila.
Persoalannya, kita jenis sahabat yang mana satu?
Monday, July 11, 2011
Histeria
Kelmarin, adik perempuanku yang sedang menghadiri kem motivasi di sekolahnya terpaksa pulang ke rumah lebih awal setelah beberapa orang kawan-kawannya diserang histeria. Akhirnya, program yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari terpaksa dipendekkan menjadi dua hari sahaja.
Rasanya, aku tidak pernah berhadapan dan berpengalaman apatah lagi berpengetahuan dengan kejadian histeria sebegini. Jika terjadi peristiwa yang menimpa kawan-kawan adikku ini, pastinya aku bukanlah orang yang layak untuk dihubungi. Cumanya, dulu sewaktu menyertai sebuah Training of Trainers, hal-hal histeria ini masuk juga dalam topik perbincangan kami. Kesimpulan daripada perbincangan itu, apabila berlaku histeria, cepat-cepatlah panggil mana-mana ustaz dari Darussyifa'.
Sekadar ingin berkongsi dengan kawan-kawan yang membaca entri ini, sebagai pencegah menghadapi gangguan-gangguan makhluk halus ini, eloklah kita melazimkan diri untuk membaca ayat 7 Surah as-Soffat yang pendek iaitu:
jika kita tidak berupaya (baca: malas sepertiku, hehe) untuk mengamalkan pendinding diri yang lain seperti membaca Al-Ma'thurat atau hizib-hizib dan aurad-aurad yang mahsyur.
Amalan ini pun aku dapat bila menonton Ustaz Sharhan di kaca televisyen yang kerap diundang TV3 bagi merungkai permasalahan sihir, saka dan yang seumpamanya. Moga dengan kerap membaca ayat yang pendek ini kita terhindar daripada segala gangguan makhluk halus ini.
P/s: Teringat kisah-kisah angker di KOP.

Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka; |
jika kita tidak berupaya (baca: malas sepertiku, hehe) untuk mengamalkan pendinding diri yang lain seperti membaca Al-Ma'thurat atau hizib-hizib dan aurad-aurad yang mahsyur.
Amalan ini pun aku dapat bila menonton Ustaz Sharhan di kaca televisyen yang kerap diundang TV3 bagi merungkai permasalahan sihir, saka dan yang seumpamanya. Moga dengan kerap membaca ayat yang pendek ini kita terhindar daripada segala gangguan makhluk halus ini.
P/s: Teringat kisah-kisah angker di KOP.
Sunday, July 10, 2011
Bersih 2.0: Perception
“For Pakatan Rakyat supporters, it has just increased their scepticism of the (BN-ruled) government. For those who are pro-government, it has hardened their belief that the PR is out to cause trouble.”
Merdeka Centre head, Ibrahim Suffian
Sheridan, M. (2011, July 10). In Bersih, an elusive Malaysian unity appears. The Malaysian Insider. Retrieved July 10, 2011, from http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/in-bersih-an-elusive-malaysian-unity-appears/
Thursday, July 7, 2011
Marilah kita jatuh cinta lagi
Let us fall in love again
and scatter gold dust all over the world.

Let us become a new spring
and feel the breeze drift in the heavens’ scent.
Let us dress the earth in green,
and like the sap of a young tree
let the grace from within sustain us.
Let us carve gems out of our stony hearts
and let them light our path to Love.
The glance of Love is crystal clear
and we are blessed by its light.
Marilah kita jatuh cinta lagi
Dan sebarkan debu emas ke seluruh penjuru bumi
Marilah kita menjadi musim semi baru
Dan merasakan tiupan lembut dalam wangian syurgawi
Marilah kita hiasi bumi dalam kehijauan
Dan seperti getah pohon yang muda
Biarkan berkat dari dalam mengaliri kita
Marilah kita ukir permata dari hati kita yang membatu
Dan pancarkan cahayanya untuk menyinari jalan cinta
Lirikan cinta sejernih kristal
Dan kita diberkati kerana cahayanya.
- Rumi (Hidden Music)
Subscribe to:
Posts (Atom)