v

Wednesday, July 13, 2011

Tata kelola kerajaan yang baik untuk ubat-ubatan

Sambil menahan kantuk gara-gara tidak cukup tidur, aku menonton berita berbahasa Inggeris pukul 7 pagi di TV2. Selepas beberapa berita tempatan, muncul laporan Dato' Dr. Hasan bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Kesihatan merasmikan sebuah program serantau di Kuala Lumpur.

Tata kelola pemerintahan yang baik (Indonesia), pemerintahan yang baik (Brunei), urus tadbir baik (Malaysia) merupakan terjemahan kepada Good Governance. Rupa-rupanya program yang dirasmikan Dato' Hasan di Hotel Berjaya Times Square itu ialah Good Governance for Medicines Phase III Inter-Regional Meeting. Mungkin ramai yang tidak sedar tentang kewujudan tata kelola kerajaan atau pemerintah yang baik untuk ubat-ubatan. Sebuah program yang dilancarkan oleh World Health Organization (WHO) akhir tahun 2004 rupanya sudah mula digerakkan di Malaysia pada tahun 2009 ditandakan dengan penerbitan Framework for Good Governance in the Public Pharmaceutical Sector Ministry of Health Malaysia.

WHO mewujudkan program urus tadbir yang baik untuk ubat-ubatan bagi meningkatkan situasi yang digambarkan ini: 
Theft, extortion and abuse …the US$ 5.3 trillion-plus spent on health services worldwide each year are an obvious target for corruption. In fact, Transparency International estimates that 10 to 25 % of global public health procurement spending is siphoned off and stolen. Life-saving resources are being snatched away from the millions of people that need them most. The pharmaceutical sector, with its US$ 750 billion global market value, is vulnerable to fraud.
Dengan tujuan meningkatkan kesedaran terhadap salah guna yang wujud dalam industri farmasi dan menggalakkan urus tadbir baik, pihak berwajib di Malaysia menyahut seruan WHO, menjadi 4 negara pertama di dunia merintis program ini.

Untuk menghapuskan korupsi dalam industri farmasi, program ini digerakkan dan dilaksanakan dalam tiga peringkat:

(i) Penilaian nasional terhadap pengamalan etika dalam pendaftaran dan pemerolehan ubat-ubatn bagi meningkatkan ketelusan dan urus tadbir baik dalam sistem farmaseutikal. (National assessment of ethical practices in medicines registration and procurement to improve transparency and good governance in pharmaceutical system.)

(ii) Pembinaan rangkakerja Urus Tadbir Baik untuk Ubat-ubatan (GGM). (Development of GGM framework)

(iii) Pelaksanaan program GGM. (Implementation of GGM programme)

Dengan berlangsungnya Good Governance for Medicines Phase III Inter-Regional Meeting, negara ini akhirnya bergerak maju ke peringkat akhir program yang matlamatnya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk meningkatkan kesejahteraan warganya terutama dalam penjagaan kesihatan yang berkait dengan ubat-ubatan.


Bacaan lanjut:

1. Good Governance for Medicines, laman web WHO
2. Framework for Good Governance in the Public Pharmaceutical Sector Ministry of Health Malaysia. Boleh dimuat turun di sini.


 

No comments: