v

Monday, July 11, 2011

Histeria

Kelmarin, adik perempuanku yang sedang menghadiri kem motivasi di sekolahnya terpaksa pulang ke rumah lebih awal setelah beberapa orang kawan-kawannya diserang histeria. Akhirnya, program yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari terpaksa dipendekkan menjadi dua hari sahaja.

Rasanya, aku tidak pernah berhadapan dan berpengalaman apatah lagi berpengetahuan dengan kejadian histeria sebegini. Jika terjadi peristiwa yang menimpa kawan-kawan adikku ini, pastinya aku bukanlah orang yang layak untuk dihubungi. Cumanya, dulu sewaktu menyertai sebuah Training of Trainers, hal-hal histeria ini masuk juga dalam topik perbincangan kami. Kesimpulan daripada perbincangan itu, apabila berlaku histeria, cepat-cepatlah panggil mana-mana ustaz dari Darussyifa'.

Sekadar ingin berkongsi dengan kawan-kawan yang membaca entri ini, sebagai pencegah menghadapi gangguan-gangguan makhluk halus ini, eloklah kita melazimkan diri untuk membaca ayat 7 Surah as-Soffat yang pendek iaitu:



 

Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka;










jika kita tidak berupaya (baca: malas sepertiku, hehe) untuk mengamalkan pendinding diri yang lain seperti membaca Al-Ma'thurat atau hizib-hizib dan aurad-aurad yang mahsyur.

Amalan ini pun aku dapat bila menonton Ustaz Sharhan di kaca televisyen yang kerap diundang TV3 bagi merungkai permasalahan sihir, saka dan yang seumpamanya. Moga dengan kerap membaca ayat yang pendek ini kita terhindar daripada segala gangguan makhluk halus ini.

P/s: Teringat kisah-kisah angker di KOP.

No comments: