v

Monday, September 26, 2011

Aku Percaya




IRFAN MAKKI
When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you
He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

MAHER ZAIN
Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day

Chorus
If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through
I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

Chorus
I believe I believe, I believe I believe

Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody: Irfan Makki & Maher Zain
Arrangement: Maher Zain

Sunday, September 25, 2011

Sebuah Cerita Sarajevo

  

War-torn Bosnia in 1992. The city of Sarajevo is besieged and burning. Great art treasures are lost in the flames. Only one library remains. Amid bullets and bombs, a group of book-lovers risk their lives to rescue 10, 067 irreplaceable Islamic manuscripts. At stake is a nations history and identity...

THE LOVE OF BOOKS: A Sarajevo Story, is the thrilling tale of how a group of passionate book lovers risked their lives to save the Gazi Husrav-Beg Library from destruction during the siege of Sarajevo. This is a film about the importance of books, about how libraries are the heart of our cultural identity, repositories for history and memory.

At the same time the film reveals a magnificent collection of Islamic books and manuscripts not just the biggest and most important in Bosnia and Herzegovina but also one of global significance. Founded in 1537, the library contains more than 80, 000 books, periodicals and manuscripts, many of which are the finest of their kind in the world. For those who cared for this collection, every single unique manuscript had to be preserved at all costs.

Wednesday, September 7, 2011

Tuesday, September 6, 2011

Asar di Masjidil Haram


Semenjak bertemu dengan laman web ini, ia seolah-olah menjadi kewajiban kepadaku untuk membukanya setiap kali melayari internet. Syukur, kerana kewujudan laman web ini membolehkan kita dapat mengikuti perkembangan di dua Tanah Haram sepanjang masa.

Salah satu 'scene' yang menarik yang dapat kuambil hari ini ialah suasana di Masjidil Haram ketika solat asar (Beza waktu Malaysia dan Saudi ialah 5 jam. Jadi, ketika kita di sini selesai mengerjakan solat Isya', di sana baru mendirikan solat Asar). Kelihatan jemaah tidak ramai yang bersolat di sekeliling Kaabah semasa itu.

Sememangnya Masjidil Haram ketika waktu asar tidaklah terlalu sesak dengan manusia berbanding waktu-waktu lain. Oleh yang demikian, antara masa yang mudah mudah untuk mengucup Hajarul Aswad ialah sebelum solat asar.

Sore di Masjidil Haram

Gontor

Rasanya pertama kali 'berkenalan' dengan Martin Van Bruinessen bila membaca sebuah kertas kerja tulisan Ustaz Uthman el-Muhammady dalam sebuah buku terbitan Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Van Bruinessen merupakan seorang sarjana Belanda yang mengkaji sejarah kaum muslimin terutamanya Bangsa Kurdi dan Islam di Indonesia.

Menjengah laman web peribadinya, kita boleh memuat turun beberapa kertas kerja dan artikel yang ditulisnya. Ada antara artikel itu ditulis bersama Farish Noor, sejarahwan dan penulis berasal dari Malaysia. Dalam banyak-banyak tulisan pengajar di Universiteit Utrecht ini, aku memilih untuk membaca sebuah artikel bertajuk Divergent paths from Gontor: Muslim educational reform and the travails of pluralism in Indonesia yang dimuatkan dalam Festschriff buat Karel Steenbrink, seorang lagi sarjana Belanda yang mengkaji Islam di Indonesia.

Pesantren Gontor menarik minatku setelah membaca sebuah novel tulisan Ahmad Fuadi bertajuk Negeri 5 Menara.  Novel yang penuh inspirasi ini diilhamkan daripada pengalaman penulis menjadi santri Gontor dan kini ceritanya sedang difilemkan setelah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada khalayak pembaca. Ia mengangkat dan mengembalikan semula imej positif pesantren yang sedikit sebanyak telah tercalar dengan penayangan filem Perempuan Berkalung Serban beberapa tahun lepas.

Istimewanya Gontor sehingga diangkat menjadi tema dalam karya kreatif, ia turut dikaji oleh penyelidik seperti Van Bruinessen kerana peranannya melahirkan watak-watak yang melakar peta perkembangan Islam di Indonesia. Alumninya seperti Hasyim Muzadi dan Din Syamsuddin pernah memimpin dua pergerakan sosial Muslim terbesar di Indonesia dan juga dunia; Nadhatul Ulama' dan Muhammadiyah. Selain itu, dari Gontor juga datang figur seperti Nurcholish Madjid atau Cak Nur yang dikenal sebagai pemuka aliran Islam Liberal dan juga tokoh kontroversi, Abu Bakar Basyir.

The pesantren of Gontor and the IAIN of Ciputat, which correspond with two important stages in Karel Steenbrink’s academic career, have been of central importance to the reform of Islamic education and Islamic thought in Indonesia. 

Berdasarkan kesimpulan Van Bruinessen dalam artikelnya ini maka tidaklah menghairankan jika model pendidikan Pesantren Gontor menjadi ikutan dan panduan pesantren-pesantren lain dan menambat hati ibu bapa termasuk dari Malaysia untuk menghantar anak-anak mereka belajar di institusi pendidikan ini.

Hikam Abu Madyan

Hari ini aku sempat memanfaatkan waktu senggang antara maghrib dan isya' dengan menghadiri kuliah Hikam Abi Madyan pimpinan Ustaz Zaki Che Deraman. Kali kedua aku mengikuti pengajian kitab ini yang diadakan sebulan kali ini.

Ustaz Zaki menggunakan kitab yang diterbitkan oleh Yayasan Sofa terjemahan Shaykh Fuad Kamaluddin al-Maliki. Sayangnya, dulu ketika berprogram di madrasah Shaykh Fuad di Rembau dan menghadiri ceramahnya di Masjid Negeri Shah Alam, aku tidak membeli kitab ini. Sebenarnya, tergerak juga hati ini untuk membeli kitab tersebut, tapi mengenangkan aku tidak dapat mempelajarinya secara berguru ketika itu, membuatkan aku membeli kitab-kitab terjemahan yang dikarang Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki al-Hasani, Mafahim dan Hadzihi Sabili. 

Bila kita berbicara tentang Hikam, tentunya kita terbayangkan kitab Hikam karangan Ibnu 'Atho Illah al-Sakandari yang lebih terkenal dan banyak diajar di masjid-masjid di negara ini. Membandingkan kedua-kedua kitab ini, Hikam Abu Madyan lebih 'tinggi' daripada Hikam Ibnu 'Atho Illah. Bayangkan, kitab Hikam Ibnu 'Atho' Illah pun banyaknya yang tidak tercapai kita untuk memahami dan mengamalkannya, apatah lagi kitab Hikam karangan Shaykh Abu Madyan yang datang daripada Maghribi ini.

Namun demikian, janganlah ketidakmampuan kita untuk memahami menjadi penghalang kepada kita untuk mengikuti pengajian-pengajian sebegini. Sekurang-kurangnya kehadiran kita dalam sesebuah majlis ilmu itu akan membuka pintu keberkatan Ilahi dalam kehidupan seharian, begitulah harapnya.

Berbalik kepada kuliah hari ini, Ustaz Zaki masih membahaskan hikmah kedua iaitu: 


الحق تعالى مطلع على السرائر والظواهر في كل نفس وحال فأيماقلب رآه مؤثرله حفظه من طوارق المحن ومظلات الفتن

ALlah Yang Maha Besar melihat segala rahsia dan zahir hambaNya pada setiap nafas dan keadaan. Maka mana-mana hati yang dilihat oleh ALlah mengutamakanNya daripada yang lain. Nescaya ALlah memeliharanya daripada kedatangan-kedatangan ujian dan kesesatan fitnah yang memesongkan pandangannya kepada yang lain.

Puas mendengar Ustaz menghuraikan hikmah ini sehingga sejam yang berlalu tidak terasa. Seronok mendapat ilmu baru seperti huraian فناء dan kisah-kisah 'luar biasa' mereka yang mengalaminya. Biar akal tidak dapat mencerap tapi zauq yang datang daripada pengajian ini cukup membahagiakan.

Begitulah kewujudan kuliah-kuliah seperti inilah yang membuatkan aku rasa 'serba salah' untuk bekerja jauh dari rumah. Harapnya, ke mana sajalah ALlah menghantar aku berkhidmat dibuka juga peluang untuk aku 'mengaji'.

Hikam Abu Madyan dalam Bahasa Indonesia

Monday, September 5, 2011

Dilema Graduan Farmasi

Baru sempat membaca surat khabar Metro malam ini setelah siangnya menyelesaikan beberapa urusan di luar. Ternampak sebuah e-mel yang disiarkan oleh akhbar tersebut. Membacanya sedikit sebanyak menjawab 'misteri' penantian ini. Harap-harapnya apa-apa yang ditulis dalam e-mel tersebut hanyalah khabar angin semata-mata.

BIDANG farmasi adalah bidang yang luas prospek kerjayanya. Di negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun, bidang farmasi adalah profesion yang penting dan dihormati dalam memastikan aspek kesihatan masyarakatnya berada dalam keadaan terbaik dan terpelihara.

Di Malaysia, bidang farmasi adalah bidang yang baru menempah nama sekitar lima hingga 10 tahun lalu.

Keperluan ahli farmasi yang terlalu tinggi dalam sektor awam mendorong ramai pelajar memilih bidang farmasi sebagai kursus pilihan mereka di universiti kerana bidang ini menjanjikan prospek kerjaya yang cerah.

Sekitar 2006, diuar-uarkan jumlah ahli farmasi berdaftar masih sedikit dan negara memerlukan lebih ramai ahli farmasi untuk berkhidmat kerana ahli farmasi yang ada belum mencukupi menjelang 2020.

Dalam usaha meningkatkan jumlah ahli farmasi berdaftar di Malaysia, banyak institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang mula menawarkan kursus Sarjana Muda Farmasi sehingga jumlah kursus farmasi yang ditawarkan di IPTS melebihi jumlah kursus farmasi yang ditawarkan di institut pengajian tinggi awam (IPTA). Statistik mengenai Maklumat Kedudukan Perjawatan Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 1 Januari 2011 menunjukkan kekosongan ahli farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia hanya sekitar 91 orang yang mewakili peratusan kekosongan sebanyak dua peratus.

Ini jelas menunjukkan jumlah ahli farmasi dalam perkhidmatan awam mulai penuh dan kekosongan yang ada terlalu sedikit untuk menampung graduan farmasi yang terlalu ramai.

Selaku graduan farmasi dari IPTA dan pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), saya terlalu risau dan takut dengan perkembangan ini.

Saya dan rakan menerima surat tawaran lantikan sebagai pegawai farmasi U41 dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan kini menunggu surat arahan ‘posting’ Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bagaimanapun, daripada berita yang kami terima, sebahagian daripada kami terbabit dalam ‘pembekuan’ oleh JPA dan sehingga kini kami belum dapat kepastian bila kami dapat memulakan langkah pertama kami sebagai ahli farmasi berdaftar di negara ini.

Menurut maklumat yang diterima daripada Amalan Perkembangan Farmasi, ‘posting’ untuk kami terpaksa ditangguhkan ke satu tempoh yang belum dapat dipastikan tarikhnya.

Pembekuan ini amat mengecewakan kami kerana sebahagian daripada rakan kami dari universiti yang lain jauh meninggalkan kami dan sudah memulakan kerjaya mereka.

Kami tidak pasti sama ada langkah ini disebabkan pekeliling JPA mengenai pembekuan pengambilan/pemansuhan semua jawatan dalam jabatan kerajaan yang berkuat kuasa 1 Jun 2011 atau pembekuan ini disebabkan tiada tempat kosong menampung jumlah kami dalam hospital kerajaan seperti mana desas-desus yang hangat diperkatakan ketika ini. Perkara yang lebih menyedihkan kami adalah kenapa sebahagian daripada rakan kami dari universiti lain dikecualikan daripada ‘pembekuan’ ini dan diterima untuk berkhidmat sedangkan kami masih menunggu jawapan yang belum pasti.

Justeru itu, saya dan rakan menyeru JPA atau pihak berwajib tampil menjelas dan menyelesaikan isu ini dengan cepat serta berhemah kerana hal ini membabitkan masa depan kami.

Kedudukan kami tidak seperti graduan universiti lain kerana ijazah yang kami miliki tidak akan laku selagi kami tidak mendapat lesen khas ahli farmasi dan nombor pendaftaran penuh dari Lembaga Farmasi Malaysia.

Sekiranya sudah tiada tempat untuk kami dalam perkhidmatan awam, cukuplah sekiranya JPA dan Kementerian Kesihatan Malaysia memberi ruang untuk kami menjalankan ‘housemenship’ dan mendapatkan lesen sebagai ahli farmasi berdaftar.

Pandanglah kami di sini, kerana kami juga mempunyai cita-cita dalam merealisasikan impian kami.
GRADUAN FARMASI Kuala Lumpur

Di Bawah Rimbunan Madrasah


Salah satu rancangan televisyen yang bermanfaat di musim perayaan kali ini ialah Di Bawah Rimbunan Madrasah. Aku sendiri ternanti-nanti waktu tayangannya sejak promonya disiarkan.

Memaparkan perjalanan bertemu hidayah seorang insan istimewa bernama Hajjah Ayesha AbduLlah Scott dan cita-citanya mendirikan sebuah madrasah (sekolah tahfiz dan hadith), sayangnya TV3 menayangkan program ini pada waktu kaum muslimin perlu ke masjid untuk menunaikan solat fardhu jumaat. Mujurlah rancangan ini dapat ditonton kembali di laman web Tonton(perlu mendaftar terlebih dahulu).

Di sebalik lambakan rancangan-rancangan hiburan yang disajikan televisyen sebaik sahaja Ramadhan melabuhkan tirainya, mengikuti rancangan berdurasi 30 minit ini sedikit sebanyak mengisi vakum spiritual yang terhasil. 

Saturday, September 3, 2011

Tewafuq

Quran Tewafuq (Sumber)


What Is Tewafuq?

Muslims often make use of the word “tewafuq” to express a God-conscious understanding of a phenomena fundamental to all events and things. This word has the dictionary meaning of “to be correlated to each other in some way” and “to be in a pleasant coherence, correspondence, and conformity with each other.” Coming somewhat close to this meaning, the English-speaking culture has the expression “this was meant to be” in the face of events where they felt that a conscious hand was at work behind what was happening.


Things or events which are in “tewafuq” show an intended, planned, and established order by virtue of their being in a state of correspondence and having a well-proportioned, elegant, and subtle correlation designed to fulfill meaningful and wise goals. It is true that all things in tewafuk indicate and prove that there is absolutely no room for even the tiniest bit of blind chance in the universe. Furthermore, the very observed existence of things or events can in no way be attributed to haphazard, unconscious causes, self-creation or a virtual reign of nature working according to so-called “natural laws.” As nothing may remain outside the sphere of the administration of ALlah’s Knowledge and Power, so too, nothing may remain outside His Will (1). Amongst all things, be they incremental or a synergistically unified whole, there is always a trace or sign of intention and will. In other words, nothing happens unless ALlah Wills it to be so (2). Therefore, there is realistically no chance in the universe.
 

In actuality, all sciences aim to uncover the inherent procedures and laws of the fantastic functioning of the universe. All scientific endeavor accepts a priori that the universe and universal laws can in no way be the products of chance occuring every now-and-then out of vanity; it attempts to verify the accepted principle that, in every trace of this vast universe, highly precious goals are sought and excellent signs of wisdom established.
 

All these facts indicate the existence of tewafuq in the sense that things are in a state of coherence, conformity, and correlation. That is, tewafuk shows or opens a door to the mind that there is One behind the curtain. Indeed, that One is the Unique Sovereign of the Universe. The key to all things are with Him. The reins of all things are in His Hand. All things are settled with His Command. Nothing may act in vain or exist beyond the sphere of the sovereignty of His Will.
 

The Qur’an -the Book of Wisdom- with all of Its verses mutually interlocked, effectively making the impact of one unique and extraordinary phrase, exemplifies a fantastic manifestation of tewafuq by virtue of the fact that the verses synergistically and coherently preserve the aim of the whole message, even to the extremes of their most infinitesimal. undetectable aspects.

(1). An exception to ALlah’s direct interaction is the conscious will of humankind, free but not sovereign. Man is given the ability to choose even if and when there is no external cause by which to do so at the face of many given alternatives. Of course, man might wish something which he is not permitted to obtain, do or control.

(2). Actions of humankind are created only if ALlah has willed to create that which humankind has chosen. ALlah knows all at once, even before creation, what an individual will choose and, accordingly, what and if He will create.


Sumber: Hayrat Nesriyat

P/s: Membaca biografi Ustaz Nursi menemukanku dengan perkataan Tewafuq, sesuatu yang masih tidak kufahami dengan baik dan membuatku tertanya-tanya.