v

Monday, September 5, 2011

Di Bawah Rimbunan Madrasah


Salah satu rancangan televisyen yang bermanfaat di musim perayaan kali ini ialah Di Bawah Rimbunan Madrasah. Aku sendiri ternanti-nanti waktu tayangannya sejak promonya disiarkan.

Memaparkan perjalanan bertemu hidayah seorang insan istimewa bernama Hajjah Ayesha AbduLlah Scott dan cita-citanya mendirikan sebuah madrasah (sekolah tahfiz dan hadith), sayangnya TV3 menayangkan program ini pada waktu kaum muslimin perlu ke masjid untuk menunaikan solat fardhu jumaat. Mujurlah rancangan ini dapat ditonton kembali di laman web Tonton(perlu mendaftar terlebih dahulu).

Di sebalik lambakan rancangan-rancangan hiburan yang disajikan televisyen sebaik sahaja Ramadhan melabuhkan tirainya, mengikuti rancangan berdurasi 30 minit ini sedikit sebanyak mengisi vakum spiritual yang terhasil. 

1 comment:

fedtri said...

t kasih krn menononton
- fedtri yahya: penerbit -