v

Monday, January 16, 2012

'On-call'

Minggu ini giliran aku untuk menjadi pharmacist on call di HTF. Harap-harap tiadalah orang Perlis yang mengalami paracetamol poisoning sepanjang masa aku bertugas, hehe. Kalau tidak, jenuhlah aku menunggang 'kuda putih'ku sejauh 9km dari rumah ke hospital di meredah kepekatan malam gara-gara tiada lampu jalan sepanjang laluan yang kulalui.

Minggu ini juga aku bertukar unit. Kali ini di DPIS selama 3 minggu. Dulu bila mula-mula masuk kerja, aku ingatkan DPIS singkatan kepada Dry Powder Inhaler, rupanya DPIS ini singkatan kepada Drug Poison Information Service. Zaman belajar di UIA dulu, aku kenal unit ini sebagai DIS sahaja tanpa huruf P yang mewakili perkataan Poison.

Selain itu, minggu ini, Hamdi, salah seorang sahabatku dari USM akan mula attach di HSB selama sebulan. Rasa macam kehilangan pula sebab aku, Hamdi dan seorang lagi kawanku dari USM, Syahir selalu makan dan solat bersama. Nampak gayanya, ahli Kelab Ayaq Nyoq (kelapa) Lepas Solat Jumaat tidak cukup korumlah sebulan ini, hehe.

Sebelum Hamdi ke Alor Setar, hari sabtu lepas sempat juga aku dan beberapa orang PRP HTF berziarah ke rumahnya di Guar Chempedak. Dari Guar Chempedak, kami ke Pulau Pinang pula. Mula-mula ke Sunway Carnival di sebelah tanah besar, kemudian ke Queensbay di sebelah pulau. Habis membeli-belah di sana, bersolat maghrib di Masjid Kapitan Keling sebelum makan malam di tempat makan yang best, Restoran Kapitan.

Bila bercerita tentang ziarah rumah kawan-kawan, rasa rindu pula pada kawan-kawan iiumrx6th yang selalu singgah di rumahku seperti Helmi Rahmat, Din batch leader, Lutfi dan Helmi Yob. Tidak lupa juga kepada Dani yang rumahnya menjadi tempat makan ikan patin percuma selama menuntut di Kuantan dulu. Waktu menjamu selera di Kapitan, terus ingatanku melayang pula pada Din Cina, hehe.

2 comments:

mutiara bd said...

slm, just nk bertanya, potongan hadith kat atas tu..

"siapa yang mengenal dirinya maka dia mengenali Tuhannya"

Bukankah hadith rekaan para pemegang aqidah wihdatul wujud??

mohon penerangan.

[baru buka blog ni, so baru perasan ada potongan hadith tersebut]

Ilham Nur said...

Boleh tanya orang lagi yang berkelayakan dan berautoriti.

WALLAHUA'LAM.