v

Wednesday, January 11, 2012

'Pharmacist' yang merantau

Pejam celik, pejam celik, sudah dua bulan aku berkhidmat di hospital nun jauh di utara tanah air. Bermula di UFPD selama seminggu, bertukar pula ke UFKP, juga selama seminggu. Kemudian bertapa 2 minggu di dalam unit TDM. Selepas itu aku ditempatkan 3 minggu di UPFB, unit paling lama setakat ini. Terkini, untuk minggu lepas dan minggu ini aku diletakkan pula di unit onkologi.

Bekerja di hospital yang kecil seperti Hospital Tuanku Fauziah (HTF) tidaklah tertekan sangat. Bersyukur benar dapat berkhidmat di tempat aku dilahirkan 25 tahun yang lalu. Tapi, di sini kalau ada staf yang bertanya kepadaku asal dari mana, aku menjawab aku orang Perak, hehe. 

Dalam banyak unit yang aku bertugas selama 2 bulan ini, terus-terang aku paling seronok bekerja di TDM. Terkenang zaman belajar dulu-dulu, punyalah terkial-kial hendak menghafal rumus-rumus subjek Clinical Pharmacokinetic (CPK). Keputusan peperiksaan pun cukup-cukup makan untuk lulus. Tapi, AlhamduliLlah, sekarang ini bila kena buat kira-kira terutamanya untuk sampel Gentamicin, tidaklah rasa sesak dada macam meghadap soalan CPK dulu.

Di Kangar ini, untuk TDM kami ada mesin Axsym dan satu lagi yang aku tak ingat namanya. Bila datang sampel Amikacin, terpaksalah hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar. Paling seronok, PRPlah sebab boleh berjalan ke Alor Setar. Aku sendiri pun pernah ke HSB atas nama TDM, bukan kerana sampel Amikacin tapi sebab reagent pack habis. Sekali-sekala ke sana seronoklah, tapi kalau tiap-tiap minggu, cemuih juga, hehe. Insya' ALlah, bulan Ramadhan nanti, aku akan berada di HSB untuk belajar tentang TPN.

Selain TPN, di HTF pun tiada clean room untuk unit onkologi. Jadi, hari rabu setiap minggu, terpaksalah kami ke Hospital Kulim untuk membancuh ubat-ubat sitotoksik jika ada permintaan. 2 jam pergi, 2 jam balik, maknanya separuh daripada 8 jam masa bekerja diperuntukkan di atas jalan raya demi berkhidmat untuk pesakit-pesakit kanser di HTF. Walaupun demikian, yang seronoknya, dalam perjalanan boleh singgah di tempat-tempat makan yang sedap-sedap, hehe.

Bila dapat pergi ke hospital-hospital lain ini, sekurang-kurangnya tertebuslah nikmat bekerja dengan bahagian penguatkuasa yang sudah ditiadakan untuk PRP sekarang ini.


Glosari:

1. UFPD - Unit Farmasi Pesakit Dalam
2. UFKP - Unit Farmasi Klinik Pakar
3. TDM - Therapeutic Drug Monitoring
4. UPFB - Unit Pemerolehan dan Farmasi Bekalan
5. PRP - Provisonally Registered Pharmacist

2 comments:

Shamel said...

Susah2 keje kat highway je la che am. hehe. bahagianya die dpt hosp kecik. nway gud luck.

Ilham Nur said...

Rasa maca nak buka 'drive thru pharmacy' di PLUS, hehe. Good Luck for you too!