v

Tuesday, January 24, 2012

Sebelum pergi kerja...




Semalam, sewaktu merayap di Arau bersama Hamdi dan Syahir, aku mendapat panggilan telefon daripada staff nurse ICU. Ada doktor pakar di sana yang minta buat TDM level untuk pesakitnya. Maka, berjanjilah aku dengan staff nurse tersebut untuk melakukannya pada pagi esoknya (hari ini).

Memandangkan minyak dalam tangki pun hampir tiada,aku memilih untuk mengikut jalan bendang untuk ke stesen minyak yang terhampir. SubhanALlah, oleh kerana waktu syuruk yang lambat ketika ini, berpeluanglah aku melihat matahari terbit di sebelah Bukit Chuping.

Sempat aku berhenti sebentar di tengah-tengah bendang, merakam seberapa banyak gambar sehingga bateri kamera yang kugunakan habis. Rasa tenang dan aman bila melihat padi-padi yang sedang menguning indah ditambah dengan pemandangan matahari terbit. Beginilah nikmat hidup di desa.

Kadang-kadang, bila 'pening' dan stress disebabkan kerja, aku akan balik ikut jalan bendang ini. AlhamduliLlah, rasa lapang dada dan kepala. Bersyukur betul dapat bekerja dan tinggal di negeri terkecil ini.

P/s: Sekarang ini musim menuai, tak sabar rasanya menanti musim buah mempelam harum manis...

No comments: