v

Sunday, November 1, 2009

Ceritera 252


Semangat berfikir ini (dalam bahasa Inggeris: sprit of inquiry), adalah punca daripada kemajuan sains dan perancangan masyarakat. Inilah yang perlu digalakkan di sekolah-sekolah dan universiti-universiti kita. Bukan berlumba-lumba bersaingan untuk mendapat gred A, melalui proses pembelajaran menghafal.

Cukuplah dengan kelulusan dapat masuk universiti. Yang penting setelah itu kita belajar sekuat-kuatnya dan menghidupkan semangat berfikir dan membaca tanpa mengukur harga diri kita dengan gred peperiksaan. Saya tidak menafikan perlunya kelulusan yang memuaskan untuk meneruskan pelajaran, tetapi bukanlah untuk berbangga-bangga dapat gred ini atau itu, dan memandang rendah mereka yang dapat gred di bawahnya. Kebolehan seseorang setelah keluar dari kampus ke dunia penghidupan tidak ditentukan grednya. Saya sebut masalah ini secara sambilan sebagai contoh kurangnya pemikiran dalam hal ini. Banyak lagi segi pendidikan kita yang perlu difikirkan.
-
Profesor Syed Husin Al-Attas

No comments: