v

Thursday, November 5, 2009

Ceritera 257


Aku dilanda gelisah sejak kebelakangan ini, mungkin kerana tekanan peperiksaan. Justeru, aku mengambil keputusan untuk menghadiri usrah mingguan walaupun keesokan harinya aku akan menduduki kertas Musculoskeletal System. Semasa usrah semalam, ada tiga pembentangan yang dijalankan:

1. Sirah Nabawiyyah berdasarkan kitab Raheequl Makhtum.

2. Pendidikan Anak-Anak dalam Islam tulisan Dr. Abdullah Nasih 'Ulwan dan

3. Perbincangan isu-isu semasa.

Aku tertarik dengan pembentangan berkesan kitab tulisan Dr. Abdullah Nasih 'Ulwan itu. Ahli usrah yang bertanggungjawab telah membentangkan tajuk Perasaan Naluri Terhadap Anak-Anak. Di bawah ialah perkara-perkara yang terangkum dalam pembentangan mauduk tersebut:

1. Kedua ibu-bapa secara terkerah untuk mencintai anak

2. Rahmat terhadap anak-anak adalah kurnia ALLAH kepada manusia

3. Membenci anak-anak perempuan adalah sifat jahiliah yang dikutuk

4. Keutamaan orang yang menahan diri kerana kematian anak lelaki

5. Mengutamakan maslahat Islam atas kecintaan kepada anak

6. Mendera anak dan menjauhinya kerana maslahat pendidikan

Bersambung...

No comments: