Semalam, alhamdulillah, semua ahli umrah sudah dicucuk dengan vaksin di Klinik Al-Amin kecuali Razak dan Bro. Erman. Vaksin yang ada pada Razak masih valid sementara Bro. Erman akan mengambilnya pada pagi nanti. Maknanya, tanggungjawab aku untuk mengurusan hal-hal berkenaan vaksin hampir selesai.
Buku oren yang diterima selepas mengambil vaksin diperlukan untuk membuat visa. Masih berbaki sebulan sebelum kami semua berlepas ke Tanah Suci, tetapi visa yang diperlukan untuk memasuki Arab Saudi masih belum diterima gara-gara tidak mengambil cucukan vaksin. Terasa lapang dadaku apabila semua ahli rombongan 'selamat' menerima cucukan vaksin masing-masing. Lepas sudah satu beban tanggungjawab.
Usai menerima cucukan vaksin, buku oren yang diterima akan dikumpul. Untuk kawan-kawan tahun tiga, boleh menyerahkan buku oren itu pada aku hari ini (Jadi, ambil perhatian wahai mereka yang berkenaan).. Sementara untuk senior-senior tahun empat, buku oren mereka akan dikumpulkan pada boss besar projek ini, Muzani. Kemudin Muzani akan menghantar semua buku oren itu dengan pos laju kepada ejen kami, Haji Sebri yang berada di Kedah.
Untuk pengetahuan,setakat ini, tajaan yang diterima untuk pojek ini masih tidak memuaskan. Lantas, mahu tidak mahu, tindakan terdesak terpaksa diambil. Dengan muka yang terpaksa menahan malu, kami gagahkan diri untuk pergi ke sebuah masjid di Lembah Kelang. Menaiki dua buah kereta, kami rentasi Banjaran Titiwangsa bertemu dengan AJK Masjid berkenaan. Tamat pertemuan, AJK masjid yang budiman itu mengarahkan kami datang kembali minggu hadapan untuk bertemu dengan CEO sebuah GLC yang ketika itu berada di luar negara.
Maka bertolaklah orang-orang kuat program ini, Muzani, Razak dan Din sekali lagi bertandang ke masjid itu seminggu selepas pertemuan pertama. Namun Tuan CEO yang dinanti masih lagi belum tiba di bumi Malaysia, menandakan tiada rezeki kami untuk kali ini.
Banyak lagi yang ingin aku coretkan terutamanya tentang pengorbanan insan-insan seperti Muzani, Helmi Rahmat, Mat Shahril dan tentu sekali pencetus idea projek ini, Aizuddin, tetapi buat masa ini, ini sajalah yang mampu aku tuliskan. Hanya keberanian dan tawakkal yang tetap membuat kami kekal dalam projek ini!
No comments:
Post a Comment