Foto evergreen yang aku cukup suka.
Terima kasih kepada Naim yang mengupload foto ini di Facebook.
Gambar aku (berdiri atas pentas, paling kiri dalam gambar) dan kawan-kawan (Sekolah Izzuddin Shah 99-03) sewaktu jamuan meraikan guru-guru budiman yang mengajar kami.
Usai menjamu selera, kami bergambar beramai-ramai di Dewan Besar Tan Sri Ghazali Jawi, merakam detik-detik indah bersama - lima tahun selepas mula menjalinkan sebuah hubungan yang bernama persahabatan..
Meski setiap orang ada fiil masing-masing, sahabat tetap sahabat.
Setajam mana perselisihan pendapat dan tindakan, persahabatan tetap dipelihara walaupun ada antara kami yang sudah tiada di muka bumi ini.
Once an Izzuddinians, always an Izzuddinians.
Pengubat jerih manusia ada dua, pertama: Iman kepada ALLAH (s.w.t), kedua: Percaya kepada sahabat. (Kata-kata hikmat yang dipetik HAMKA dalam Falsafah Hidup)
No comments:
Post a Comment