v

Friday, March 5, 2010

Selamat Hari Lahir, mak!

Tiada kata-kata seindah karya seorang pujangga dapat kucoretkan kepada insan yang paling kusayang di dunia ini.

Seringkali, tatkala aku hampir rebah, menyerah kepada kepahitan sebuah kembara kehidupan, kau hadir dalam ingatan menjadi azimat penyelamat.

Kau sumber perangsang, penyokong setia dalam semua keadaan walau jasad kita dipisahkan oleh jarak.

Sungguh, aku bersyukur kerana Tuhan mentakdirkan aku manjadi anakmu, walaupun aku bukanlah seorang anak yang baik.

Untuk mak, selamat hari lahir ke-47.

Kebetulan terindah, bila Tuhan menentukan kau lahir pada 5/3 sedang diriku keluar daripada rahimmu pada 3/5.

Hanya kesetiaan mendoakan kesejahteraan dirimu dan abah setiap kali usai solat dan usaha menjadi anak soleh yang mampu kuusahakan untuk membalas segala jasa kalian walaupun kusedar sebenarnya tiada apa yang dapat dilakukan untuk membalas segala budi dan kasih sayang kalian.

Mana mungkin, kasih dan sayang ibu bapa sama dengan kasi sayang seorang anak kepada mereka.

Sehebat mana kasih sayang seorang anak, sudah tentu tidak dapat menandingi kasih sayang insan-insan yang bergelar ibu bapa.

Untuk mak, sekali lagi kuucapakan selamat hari lahir, moga-moga hari yang berbaki dalam hidupmu, dilimpahkan kesejahteraan daripada ALLAH yang berkekalan sehingga kehidupan yang kedua kelak.

No comments: