v

Friday, July 9, 2010

Reunion

Perjumpaan semula bekas pelajar SKPPH baru-baru ini telah dirancang dalam masa yang agak singkat dalam laman sosial Facebook, menerusi halaman kumpulan pelajar SKPPH Reunited. Ia diadakan pada 20 Jun 2010 yang lalu bertempat di Lost World of Tambun, Perak dengan kehadiran seramai 13 orang. Mereka semua terdiri daripada bekas murid UPSR tahun 1998 dan seorang bekas guru kelas 6 Kreatif tahun 1998, Cik Aminah bt Tak Abdullah yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Aminah.

Antara aktiviti yang diadakan termasuklah sesi bergambar, bermandi-manda di taman tema, bola tampar pantai di kala terik mentari di tengah hari dan juga sesi round table.

Perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan semula hubungan silaturrahim antara mereka yang telah terpisah hampir 12 tahun serta bertujuan mengetahui status semasa mereka. Ramai di antara mereka yang telah bekerjaya tetapi belum berumahtanggga. Ia juga sedikit sebanyak menambah sekelumit kenangan abadi dalam hidup mereka.

Selain itu, perjumpaan terbesar bagi mengumpulkan kesemua bekas pelajar SKPPH dari awal penubuhannya hingga ke hari ini bakal dirancang dan dilaksanakan pada masa akan datang secara lebih teratur seperti mengadakan sukaneka, majlis beramah-mesra dengan secara tidak langsung melibatkan pihak alumi SKPPH.

Diambil daripada Wikipedia Bahasa Melayu.

No comments: