v

Thursday, August 19, 2010

Berkenaan Clexane

Assalamu'alaikum,
Wahida,

Terima kasih kerana mengutarakan isu low molecular weight heparin LMWH iaitu Clexane atau enoxaprin.

Memang Clexane berasaskan sumber khinzir. Kita menghadapi masalah dulu kerana tiada alternatif yang setara dan selamat. Sekarang ini kita dah ada LMWH yg selamat dan setara yang tidak berasaskan sumber khinzir. Kita boleh guna Arixtra atau Fondaparinux. Banyak data telah mula menyokong kegunaan ubat ini terutamanya untuk unstable angina dan acute myocardial infarction. Dosnya sekali sehari dan lebih mudah. Punya profil yang hampir sama dengan LMWH lain.

Saya secara peribadi, saya hanya gunakan Clexane untuk kes-kes yang melibatkan orang non-Muslim saja sejak 2008. Yang penting jelaskan kepada pesakit supaya mereka faham tujuan dan indikasi kegunaan ubat tersebut. Jangan ambil ringan, kita hadapi masalah kontroversial ini di HUKM pada hujung 90an. Ada kes seorang doktor disaman di Jakarta pada 2007 kerana memberi Clexane kepada pesakit Muslim walaupun dengan dos dan indikasi yang betul.

Sekian sekadar pandangan saya secara profesional.
Daud

* Dr. Mohd Daud Sulaiman merupakan pakar kardiologi di Damansara Specialist Hospital

1 comment:

Amalina Amri said...

MDM syahiera pun cakap akhir2 ni fondaparinux gune untuk org muslim & enoxaparin utk non-muslim. b4, almost all gne enoxaparin bcoz of it's better profile.