v

Friday, October 8, 2010

Alif, Said, Raja, Atang, Baso dan Dulmajid

Selepas Ayat-Ayat Cinta dan karya lainnya Habibur Rahman serta tetralogi Laskar Pelangi tulisan Andrea Hirata, trilogi Negeri 5 Menara adalah bahan sastera moden Indonesia yang berbaloi untuk dibaca.

Dibangunkan novel ini berlatarkan pesantren (di Malaysia dikenali sebagai pondok), Negeri 5 Menara berkisarkan tentang suka-duka Alif dan teman-temannya, Said, Raja, Atang, Baso dan Dulmajid yang digelar sebagai Sahibul Menara dalam menuntut ilmu di Pesantren Madani (PM).

Mengangkat tema man jadda wajadda - sesiapa yang bersungguh-sungguh dia pasti berjaya, pesan-pesan pendidikan diucapkan secara halus oleh penulis kepada pembaca. Dengan humor yang diselitkan, mesej-mesej tersirat yang menyeru ke arah kebesaran jiwa dan keberanian diri menyerap murni ke dalam diri tatkala halamannya diselak diganti halaman baru.

Menampilkan nilai-nilai adab sekitar lingkungan pendidikan pondok yang kini semakin luntur dalam kependidikan zaman kini, tulisan ini sedikit sebanyak menjentik daya fikir pembaca menilai ke mana arahnya pendidikan moden.

Sementara menanti Ranah 3 Warna, kita berikan 8.5/10 untuk Negeri 5 Menara.

No comments: