v

Monday, October 11, 2010

Sisyphean act

Endlessly laborious and fruitless.  (Wordsmith.org)

Sisyphus ialah anak kepada Aeolus dan Enarete.

Dia terkenal dengan tipu muslihatnya.

Dalam mitos orang Greek, beliau diceritakan telah ternampak dewa agung mereka yang bernama Zeus menculik peri yang bernama Aegina, anak kepada Asopus dan Metope.

Asopus menjanjikan suatu mata air ke kepada Sisyphus jika dia memberitahunya ke mana anaknya dilarikan oleh Zeus (mata air itu kini dikenali sebagai Sungai Pirene).

Zeus marah dengan pembocoran rahsia yang dilakukan oleh Sisyphus dan telah menghantar Thanatos (dewa kematian orang Greek) untuk menghukum Sisyphus.

Dengan tipu muslihatnya Sisyphus telah mengalahkan Thanatos yang menyebabkan manusia tidak lagi mati.

Gempar dengan pertumbuhan manusia yang semakin ramai, dewa-dewa Greek telah menghantar dewa yang bernama Ares untuk melepaskan Thanatos dan sekali lagi mencari Sisyphus.

Sisyphus yang sedar akan nasibnya mewasiatkan isterinya untuk menjalankan segala adat-istiadat kematiannya tetapi wasiat ini diingkari oleh isterinya.

Sekali lagi Sisyphus menipu Hades (iaitu tempat ke mana segala arwah orang yang mati dikumpul) untuk kembali ke tempat alam asal dengan alasan untuk menyempurnakan jenazahnya.

Akan tetapi dia mengingkari janjinya dan terus hidup di alam asalnya.

Kerana sifatnya yang selalu berbohong kepada dewa-dewa maka ruhnya diazab dalam Tartarus (tempat segala arwah diseksa dalam mitos Orang Greek).

Azab yang berkekalan yang dikenakan kepadanya adalah menolak batu yang besar ke puncak bukit dan apabila sampai ke puncak batu itu akan bergolek ke lurah dan ia harus mengulangi usaha menolak batu itu berulang-ulang kali tanpa henti. 

Rujukan: Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Ma'na Pengalaman Dan Pengalamannya Dalam Islam.

1 comment:

norhasanin said...

Hades- nama Dewa Greek yang berkuasa di alam kematian bukan nama tempat.
Zeus- Dewa Kayangan
Poseidon- Dewa Lautan
3 dewa utama dalam Greek Mythology.