v

Monday, February 21, 2011

Borders, SH, Wardah dan Babydova

(1)

Kedai buku Borders di Amerika Syarikat bangkrap. Namun, francaisnya di Malaysia tidak terjejas, lapor Malaysia Insider. Terfikir, exit strategy apa yang diguna syarikat tersebut.


(2)

Siang tadi, mencari kedai untuk fotostat sijil-sijil yang akan kubawa untuk temuduga SPA. Kujenguk sekitar Restoran Zuzana, berharap kedai buku SH dibuka pada petang hujung minggu. AlhamduliLlah, kedai buku yang baru bertapak itu dibuka. Sambil menanti sijil-sijilku difotostat, aku mundar-mandir melihat koleksi buku yang dijual. Masih sedikit pilihan buku yang ditawarkan tapi aku membeli sebuah buku yang bertajuk Sejarah dan Pensejarahan Melayu: Warisan dan Kesinambungan sebagai tanda sokongan kepada kedai buku baru itu.


(3)

Wardah Bookstore, sebuah kedai buku di Singapura. Koleksi buku-bukunya selalu menggugah atmaku tatkala terpandangkannya di laman Facebook. Insya' ALlah, jika diberi kesempatan dapatlah kujejakkan kaki di kedai berkenaan bulan depan.


(4)

Alang-alang bercerita tentang kedai buku, tahniah kuucapkan kepada ahli kumpulan grupku yang memenangi pembentangan sewaktu Bengkel Bisnes dan Pentadbiran yang lalu. Babydova, gabungan Babylon dan Cordova merupakan nama kedai buku olok-olok yang kami buka sewaktu membentangkan proposal dalam program tersebut. Tahniah sekali lagi kepada kawan-kawanku yang sungguh berdedikasi dan maaf atas ketidakaktifanku dalam bengkel berkenaan.

No comments: