v

Wednesday, February 23, 2011

Temuduga

Siang nanti, aku akan menghadiri temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk melayakkan diri berkhidmat sebagai ahli farmasi di Kementerian Kesihatan. Perasaanku biasa-biasa saja. Persiapan pun ala kadar walaupun kali terakhir temuduga yang kuhadiri ialah ketika untuk memasuki Darul Qur'an.

Namun begitu, terpaksa jugalah aku semak dan ulangkaji dasar-dasar kerajaan bawah pimpinan DS Najib. 1Malaysia, GTP, ETP, NKRA, NKEA dan segala perubahan-perubahan baru yang dibawanya sedikit sebanyak harus ada dalam kepala. Takut-takut aku kelu tanpa suara semasa ditemuduga nanti.
  
Moga-moga ALlah permudahkan perjalananku dan sahabat-sahabat yang lain ini. 

“Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku,
dan mudahkanlah untukku urusanku,
dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku,
supaya mereka mengerti perkataanku.”

(20:25-28)

No comments: