v

Sunday, February 20, 2011

Kacau

Entah mengapa, semenjak kembali semula ke Kuantan, terasa ada yang 'mengusik' perasaan. Tanggungjawab yang pelbagai mungkin salah satu penyebabnya. Atau apa-apa sahaja yang tidak dapat ingati menjadi bebanan-bebanan yang tidak terkesan oleh pancaindera tetapi terpaksa ditanggung dengan jiwa.

Entahlah, meniti hari-hari akhir, perasaan menjadi bercampur-baur. Ada gembira, namun kadang-kadang sedih juga tidak segan untuk bertamu, ada juga cemas, takut dan entah apa-apa lagi rasa-rasa halus yang menghambat atma.

Bila kurenung hari-hari yang telah berlalu, betapa 4 tahun yang telah kutempuhi penuh dengan pelbagai suka dan duka. Bagaimanakah harus aku berasa bersyukur atas nikmatMu ini Tuhan, dalam kepahitan dan ujian yang Kau turunkan kepadaKu, Kau kurniakan juga kemanisan yang tidak dapat kuungkap dengan kata-kata.

Dengan ketidakpastian yang berada di depan, izinkanlah aku untuk berterima kasih atas nikmatMu Tuhan sepanjang kehidupanmu ini. Pahit atau manis, samudera hikmahMu tidak mampu kuselami untuk memahaminya.

Sungguh, saatnya bertemu hujan dan cerah, maka lahirlah pelangi yang indah.

No comments: