Semenjak bertemu dengan laman web ini, ia seolah-olah menjadi kewajiban kepadaku untuk membukanya setiap kali melayari internet. Syukur, kerana kewujudan laman web ini membolehkan kita dapat mengikuti perkembangan di dua Tanah Haram sepanjang masa.
Salah satu 'scene' yang menarik yang dapat kuambil hari ini ialah suasana di Masjidil Haram ketika solat asar (Beza waktu Malaysia dan Saudi ialah 5 jam. Jadi, ketika kita di sini selesai mengerjakan solat Isya', di sana baru mendirikan solat Asar). Kelihatan jemaah tidak ramai yang bersolat di sekeliling Kaabah semasa itu.
Sememangnya Masjidil Haram ketika waktu asar tidaklah terlalu sesak dengan manusia berbanding waktu-waktu lain. Oleh yang demikian, antara masa yang mudah mudah untuk mengucup Hajarul Aswad ialah sebelum solat asar.
Sore di Masjidil Haram |
2 comments:
Saya bersyukur juga jumpa web ni dari seorang teman, tak sangka lak ad live setiap waktu solat.
Suka tengok formasi jemaah.
Post a Comment