v

Monday, June 29, 2009

Ceritera 136

Penahanan Izzuddin: Polis tidak beritahu waris


Setapak 28 Jun
07:04a.m. Saya tidak tahu dan tidak dimaklumkan oleh sesiapa tentang penahanan anak saya.


Begitulah reaksi bapa tertuduh Izzuddin Hilmi (foto), Mohamad Zaini, yang ditahan bagi membantu siasatan berikutan kejadian contengan protes ‘anti-Rosmah’ Rabu lalu.

“Saya ingat dia(Izzuddin) di sana (universiti) ada kerja, busy (sibuk) macam selalu, jadi saya ingat tak (tidak) ada apa-apa la, rupa-rupanya dah 3 hari dalam lokap (tahanan Polis), kami disini (kampung, Setapak) tak dapat apa-apa berita pun, polis ke, U (pentadbiran universiti) ke, siapa pun tak dimaklumkan,”ujar beliau.


Cerita anaknya itu diketahui melalui kunjungan rakan-rakan Izzuddin ke rumah mereka di Setapak.

Sambil mengaku terkejut mengenai berita penahanan berkenaan, beliau juga kesal dan kecewa dengan tindakan polis yang tidak memaklumkan berita itu.

Waris tertuduh kedua, Mohd Sharuddin cuba dihubungi, tetapi gagal.

“Saya pun hairan dengan tindakan polis, kenapa tidak beritahu waris tentang penahanan anak kami padahal dia (Izzuddin) telahpun direman?,” ujar beliau.


“Malah polis tak mahu beritahu sebab ataupun tuduhan apa anak kami ditahan,”tambah beliau lagi.


Zaini diarahkan membuat temu janji terlebih dahulu sebelum berjumpa atau bertanyakan tuduhan sebenar terhadap anaknya.

Sumber polis memaklumkan pegawai yang mengendalikan kes tersebut tidak ada dipejabat dan dipercayai menghadiri mesyuarat tergempar di Putrajaya.

Ditanya tentang 3 saspek lain yang dicari untuk membantu siasatan, Polis enggan memberi kerjasama lanjut.

Sumber tidak rasmi Universiti memberitahu Polis membuat pertemuan tidak rasmi dengan Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Profesor Dr. Ahmad Hidayat Buang dan beberapa pensyarah kanan akademi tersebut tentang hal demikian.

Pihak terbabit cuba dihubungi untuk mengetahui situasi sebenar, tetapi gagal.

Diambil daripada Mahasiswakini

P/s: Izzuddin Hilmi, "anak buahku" di Sekolah Izzuddin Shah(SIS) dahulu. Mantan Presiden BADAR SIS sesi 04/05. Benarlah kata hati selama ini, suatu hari perkara sebegini akan menimpa...

Sunday, June 28, 2009

Ceritera 135



Appreciation for the path that I have chosen...

These new practices and institutions remain to this day a part and parcel of the very organization of the modern medical system. This is especially true in the field of pharmacy. In the words of Cyril Elgood, a noted contemporary historian of medicine,

so soundly did the Arabs establish their Materia Medica that their pharmacy has survived longer than any other section of their whole system. Their method of distribution of drugs unchanged today. The Pharmacy is still most important part of the hospital.(1)


(1) C. Elgood, Safavid Medical Practice (The Practice of Medicine, Surgery and Gynaecology in Persia Between 1500 A.D. and 1750 A.D) (London: Luzac & Company Ltd., 1970),p.30

Reference:
Bakar, Osman, Tawhid and Science: Islamic Perpectives on Religion and Science (Shah Alam: Arah Pendidikan sdn Bhd, 2008),p.104

P/S: Picture of Ibnu Al-Baytar, considered one of the prominent figure in pharmacy during Islamic Golden Age.

Saturday, June 27, 2009

Ceritera 134



The first major Muslim intellectual figure of the nineteenth century to respond positively to the challenge of modern science was Hasan al-'Attar al-Khalwati. Born in Cairo around 1766, he was a contemporary of teafamous Egyptian historian, 'Abd al-Rahman al-Jabarti, and a teacher of the more famous Rifa'a al-Tahtawi. His intellectual response was perhaps more significant tan that of many of his contemporaries. He was not only important religious figure, being Shaykh al-Azhar from 1831 until his death in 1835, but also a scientist of great ability. He wrote many works, among others, on metapysics, astronomy, mathematics and medicine.

Al-'Attar obtained his scientific education in Turkey where he had the opportunity of meeting several European scientists, particularly in the field of medicine. It was trough this acquaintance that he came to know of advances made by contemporary western science. He was certainly in favour of Muslim learning western science. But bound as much as he was to the scientific worldview of the Islamic tradition in which he was brought up, his whole approach to European science was primarily guided by the desire to integrate its accomplishments into that worldview. This was best illustrated by his attitude to western medicine. While he was perceptive and bold enough to make use of western medical advances to criticize Ibn Sina's medical works, hhe remained faithful to te traditional philosophical framework of Islamic medicine perfected by the "Prince of the Physicians" himself. Because of much infighting among the 'ulama' at al-Azhar, al-Attar never had the opportunity to translate his progressive traditional intellectual views on modern science into concrete educational programmes during his rectorship at that prestigious institution.

Al-'Attar's intellectual perspective very much resembles that of present-day Muslim scholar who argue for the Islamization philosophy, on which he, in fact, wrote numerous treatises, and the underlying philosophy of western science.

Reference:
Bakar, Osman, Tawhid and Science: Islamic Perpectives on Religion and Science (Shah Alam: Arah Pendidikan sdn Bhd, 2008)

Friday, June 26, 2009

Ceritera 133

Aku sedang menyelidiki dan mengumpul maklumat tentang Syaikh Hassan Al-'Attar Al-Khalwati melalui pembacaan dua buah buku. Inilah aktiviti yang dilakukan sebelum pulang semula ke Kuantan, (selasa ini, insya' ALLAH) meneruskan kembali agenda yang tertangguh di sana.

P/s: Ini adalah usaha kecil untuk mengutarakan jasa Syaikh Hassan Al-'Attar Al-Khalwati yang tenggelam berbanding nama-nama seperti Syaikh Muhammad Abduh dan Sayyid Ahmad Khan dalam menangani modeniti yang menggasak ummat suatu ketika dahulu.

Thursday, June 25, 2009

Ceritera 132



Harus peruntukkan masa, wang dan tenaga. Moga diberi peluang untuk turut serta dalam majlis ini, ameen. Teruja melihat barisan pembentang yang terdiri daripada ulama', intelektual dan juga politikus.

P/s: Ada sesiapa yang ingin turut serta?

Ceritera 131

Jika harus teruji...

Bertahan untuk terus menjadi Man of Principle...

Atau lemas dalam hanyutan yang tidak gencar menggasak...

Untuk hari ini mungkin...

Hari muka, siapa tahu?

Saturday, June 20, 2009

Ceritera 130





Agak-agaknya, jika bermain PES 2010 nanti, mungkinkah gaya ini yang akan dipertontonkan?

Ceritera 129

Makna pengorbanan?

Friday, June 19, 2009

Ceritera 128



Dilema

Mengharap yang terbaik untuk aku dan tentunya untuk kalian.

Kadang-kadang jalan sukar itu harus dipilih.

Ya, mungkin mengecewakan buat kalian.

Namun, kita hanya merancang, Tuhan sahajalah yang menentukan.

Bergelut dengan dua pilihan, yang ragu itulah yang kutinggalkan.

Jika kalian kecewa, ketahuilah, aku juga turut terkilan.

Pengakhiran untuk sebuah titipan, maaf jualah yang kupohon.


P/s: Jika harus teruji...

Ceritera 127



Geylang Sipaku Geylang
Geylang, sipaku Geylang, Geylang, si rama rama.
Pulang, marilah pulang, marilah pulang bersama-sama.
Pulang, marilah pulang, marilah pulang bersama-sama.

Kalau ada jarum yang patah, janganlah simpan di dalam peti.
Kalau ada silap dan salah, janganlah simpan di dalam hati.
Kalau ada silap dan salah, janganlah simpan di dalam hati.

Geylang, sipaku Geylang (Geylang!), Geylang, si rama rama.
Pulang, marilah pulang, marilah pulang bersama-sama.
Pulang, marilah pulang, marilah pulang bersama-sama.

Kalu ada sumur di ladang, boleh kita bertumpang mandi.
Kalu ada umur yang panjang, bolehlah kita berjumpa lagi.
Kalu ada umur yang panjang, bolehlah kita berjumpa lagi.

Geylang, sipaku Geylang (Geylang!), Geylang, si rama rama.
Pulang, marilah pulang, marilah pulang bersama-sama.
Pulang, marilah pulang, marilah pulang bersama-sama.

P/s: Tersepit antara dua komitmen. Kutabahkan hati, meninggalkan apa yang ragu. Oh Ipoh, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempatku dibesarkan...

Ceritera 126

Menghimbau sebuah perjuangan...

Sumpah Mahasiswa Indonesia

Kami mahasiswa Indonesia bersumpah,
Bertanah air satu - tanah air tanpa penindasan.

Kami mahasiswa Indonesia bersumpah,
Berbangsa satu - bangsa yang gandrung akan keadilan.

Kami mahasiswa Indonesia bersumpah,
Berbahasa satu - bahasa kebenaran.










Thursday, June 18, 2009

Ceritera 125

Sebagai tanda apresiasi sebuah hasil seni Shamel Sohot, dipertontonkan Just Married buat semua pengunjung blog ini.



P/s: Berapa bintang yang mahu anda berikan untuk karya seni ini?

Ceritera 124



“Umar, are you sleeping ?” he asked through a whispered murmur.

“No !” I answered.

The day had been long and relentless. It was already so late. I was getting ready to sleep, mindful that the day ahead wouldn’t be any less arduous. Twenty or thirty minutes passed by in silence.

“Umar, are you sleeping ?”

“No !” I answered a second time.

It became quiet once again. I didn’t grasp the urgency in his voice but remained silent anyway. Half an hour passed by again.

“Umar, are you sleeping ?”

This time, I didn’t respond at all. I pretended to sleep so as not to bother him. Waiting for a reply and hearing none, he presumed that I had finally fallen asleep. He arose in the still of the night, without making a sound, alone, beside his companion whom he thought was in a deep slumber, and started to perform the night prayer. For God only, oblivious to my attentive gaze, hidden from anyone’s sight.

It is Ustadh Umar Al-Tilmisani, an old time student and travelling companion of Imam Hasan Al-Banna who provides us with this story. The attitude of his master was enough to move him to tears. It exemplified the personality of Hasan Al-Banna: light-giving faith, a deep spirituality, personal discipline, gentle and soft with his fellow human beings. Umar al-Tilmisani wrote it and said it again and again, as I had heard stories of this kind from my father, Dr. Saïd Ramadan, his son-in-law and my mother, Wafa al-Bannâ, his eldest daughter.

The secret of Hasan Al-Banna was the quality of his faith and the intensity of his relationship with God. Anyone who had ever been in contact with him perceived and experienced this. He lived as had the first Sahaba - following the path of the Prophet (may the peace and blessings of God be upon him).

From the age of twelve, his destiny had been mapped out through the study and dhikr circles of the Husafiya tariqa. There he learnt the importance of being with God, of remembering him with all his heart and soul, permanently. He also learnt the true criteria to success: faith, humility, effort and personal discipline. Within the core of his education, he had a very deep understanding of jihad al-nafs: to exist for God, alongside God, to reform one’s heart, purify one’s intentions, make time for the Most High before wanting to act in His name. The Sufi masters of the Husafiya tariqa were very strict in this regard - they were always concerned to never deviate from the authentic traditions of ahl al-sunna wal-jama’ah and keeping away from heterodoxy. All that really counted for them were the written references of the Qur’an, the Sunnah, the example of the Prophet (may the peace and blessings of God be upon him), and of the devoted companions (may God be pleased with them). Hasan Al-Banna never forgot this teaching and his entire allegiance to the cause was founded on the same fundamental principles: the Qu’ran is our book, the Sunnah our wisdom, and it is only these basic principles which will awaken our conscience, nurture our heart and intensify our dhikr.

Some years later, Hasan Al-Banna would make a meticulous compilation of all the written texts, uniquely taken from the Qur’an and the Sunnah, which had a spiritual virtue, particularly when it came to the exercise of purifying the heart, of dhikr and meditation. This compilation, otherwise known as Risalat al-Ma’thurat, was the core of spiritual education for all members of the Muslim Brotherhood. They were asked to read it, memorize it if possible, and recite it with fervour and concentration twice a day, morning and evening. At a very young age, and especially during the years of intense Islamic activity in the social and economic spheres, Hasan Al-Banna had understood that there was no future for Muslims if they did not recapture what was essential to their hearts, their personal striving, their conscience and memory.

The world is a trap and it sometimes happens that temptation can, in subtle ways, assail those who are engaged in Islamic activities such as da’wah, education, solidarity and lectures. Drowning in Islamic commitments, activities and projects, what eventually happens is that they forget what is absolutely essential: to give one’s time to be with God, to get to know Him while being intimately attached to tawhid, to remember him (dhikr), to purify one’s heart (tazkiya al-nafs), to feed the conscience of these works (al-muhasaba), to be attached to the Qur’an, to pray, to fast and to do the invocations. This is necessary every day, and in the night.

Al-Ma’thurat is comprised of texts from the Qur’an and the Sunnah which are essential on many levels. Each one of them is strong and precise, with a spiritual function as were the hadith of the Prophet (may the peace and blessings of God be upon him). Their daily reading guides Muslims and protects them. It involves discipline and fortitude, attention and awakening, faith which illuminates and a conscience which directs everyday practice and action. In this light, Risalat al-Ma’thurat is a teaching, and we understand that Imam Hasan Al-Banna was a mentor (murabbi) who started by fortifying one’s faith and dhikr in order to guide one’s intelligence. This is the spirit of any understanding (al-fahm), which became the first fundamental principle of all of his teachings (al-ta’alim).

Few lines... to give you the possibility to get to know a man, Hasan A-Banna, concerning whom there have been many rumours and lies. He was a man who surrendered and sacrificed his life for God. Those who heard him, changed. Those who accompanied him, loved him. Those who remember him are still moved. Assassinated and taken back by God at the age of forty-two, he left a teaching and a methodology which is simple and luminous: if you want to be loved by God, follow His Prophet (may the peace and blessings of God be upon him), and if God loves you and protects you... then have no fear!

God is with those who persevere and who are patient.

Source: Click here

Nota kaki: Inspirasi buat diri sebenarnya, pertama kali kutemui kewujudan artikel ini melalui entri ini (klik di sini).

Moga menjadi tazkirah yang sempurna untuk diri yang selalu lalai.

Ceritera 123



Lagu untuk pengecut; untuk aku dan kamu. Hei, beranikah kita menentang tirani yang punya wewenang? Mempersembahkan Fynn Jamal dan Semboyannya.

Wednesday, June 17, 2009

Ceritera 122



Ceritera 81 ada memperihalkan berkenaan Three Cups of Tea yang kubaca sewaktu lawatan ke Cameron Highlands bersama teman-teman sekuliyyah dahulu. Buku hasil pengalaman peribadi Greg Mortenson yang melakukan usaha-usaha kemanusiaan di Pakistan dan Afghanistan ini telah diambil inspirasinya oleh Profesor Emeritus Abdullah Hassan dalam entrinya (klik di sini).

P/s: Niat di hati ingin membeli Three Cups of Tea (walaupun sudah membaca edisi Young Reader), tetapi melihat harganya yang "boleh tahan" juga, hasrat itu terpaksa dilupakan dahulu.

Ceritera 121





Memahami gerakan dakwah atau pun Harakah Islamiyyah di Malaysia, kucadangkan buku-buku di atas untuk dibaca.

Tuesday, June 16, 2009

Ceritera 120



Hidup ini perlukan kita untuk memilih. Divine intervention didamba agar jalan yang dilalui tidak kesasar dan di bawah naungannya. Pesan buat diri, solat istikharahlah selalu; bukan sekadar ketika hendak memilih pasangan sahaja.

Monday, June 15, 2009

Ceritera 119



Telan pil perancang jadi wanita

Oleh NORAINI NORDIN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 14 Jun – Obses untuk menjadi ‘wanita’, golongan lelaki lembut dan mak nyah kini cenderung makan pil pencegah hamil kerana terpengaruh dengan dakwaan kononnya ia boleh merealisasikan impian mereka menjadi wanita.

Mereka beranggapan, amalan pil perancang boleh merubah tubuh menjadi seperti ‘wanita’. Payu dara membesar umpama gadis. Kulit yang kasar akan menjadi halus dan gebu. Suara parau boleh bertukar merdu serta lunak. Otot-otot sasa pada badan bakal pula hilang lalu bertukar menjadi seksi.

Trend mengambil pil pencegah hamil sebagai alternatif ‘bajet murah’ untuk memiliki tubuh seperti ‘wanita’ ini dikatakan sudah menjadi amalan golongan itu sejak lima tahun lalu.

Ubat-ubat tersebut bukan sahaja diambil oleh golongan mak nyah dan lelaki lembut berusia lebih 40-an tetapi sudah menular di kalangan mak nyah yang masih menuntut..

Mereka tidak takut ‘mempertaruhkan nyawa’ serta menjadikan tubuh sendiri umpama ‘bahan uji kaji’ dengan mencuba pelbagai jenis pil pencegah hamil.

Pemantauan Utusan Malaysia mendapati terdapat lebih 50 jenis ubat pencegah kehamilan jenama popular yang dijual secara bebas di farmasi dan kedai runcit.

Antaranya ialah Nordette, Microgynon 30, Gynera, Marvelon,Nordiol, Rigevidon, Minutet, Mercilon dan Jasmine.

Harga ubat-ubatan tersebut cukup murah iaitu cuma RM9.90 untuk 30 kapsul.

Ada juga menggunakan ubat pencegah hamil yang dijual di pasar malam dan kaki lima oleh warga asing.

Walaupun belum ada perangkaan terkini jumlah mak nyah di negara ini, namun pada Julai 2005, Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chew Mei Fun ada menyatakan jumlahnya kira-kira 10,000 orang.

Bilangan tersebut diperoleh daripada kajian yang pernah dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia.

Ekoran sikap `terbuka’ masyarakat terhadap mak nyah, golongan tersebut kini dilaporkan semakin meningkat dan mereka semakin teruja untuk memiliki tubuh wanita bagi melengkapkan lagi penampilan supaya mudah mencari pasangan hidup.

Diambil daripada Utusan

P/s: Macam-macam yang belaku pada akhir zaman ini... Untuk kaum Adam yang ingin membeli pil perancang (OCP) di Farmasi Makmur, perlukah aku bertanya: "err, ubat ni untuk siapa ye?"

Friday, June 12, 2009

Ceritera 118

Salamun a'laik. Insya' ALLAH, minggu ini aku akan berkelana ke Rembau, Negeri Sembilan, tepatnya di Maahad Sofa, tempat yang penuh barakah kerana selalu dikunjungi oleh ulama'-ulama' pewaris nabi.

Untuk kalian yang selalu menjengah blogku ini, kutinggalkan sebuah video klip daripada Sami Yusuf.

Thursday, June 11, 2009

Ceritera 117

Rutin biasa. Pulang dari Farmasi Makmur lebih kurang dalam pukul 10.30 malam. Badan terasa kepenatan, ingin berehat selepas berpraktikal selama 4 hingga 5 jam di sana.

Tiba di rumah (rumah sewa Apai dan rakan-rakan), motor Epul yang kupinjam menggantikan motorku yang pancit tayarnya, kuparkir di halaman rumah. Kutengok sekeliling, motor TJ tiada halaman, tanda tiada di rumah. Hanya motorku yang tersadai di situ. Epul, kawanku yang seorang lagi ini, tidak pasti di mana dirinya ketika itu, di rumahkah atau keluar bersama TJ.

Sedang ralit mengunci tengkuk motor demi menjamin keselamatan (masih berbekas lagi sembang-sembang di Terengganu berkenaan Abu Hussein yang kehilangan LC-nya di rumah), meluru seorang bikir masuk ke halaman rumah.

"Bang, tolong saya bang, ada lelaki nak pukul saya", tuturnya kepadaku dengan muka penuh risau.

"Bang, tolong saya bang, please", rayunya yang hanya bersinglet dan berseluar pendek (baca: seksi) berulang-ulang kali.

Situasi tidak terduga menyebabkan aku berada dalam "state of confusion". Apa yang perlu kulakukan? Adrenalin dalam badan memuncak tapi akal gagal menawarkan solusinya. Bawa si bikir itu masuk ke rumah, isyy, ini bukan rumahku dan seboleh-bolehnya aku mahu mengelakkan rumah yang ditumpangi itu menjadi tempat konflik. Yang pasti, ketika itu, tanganku terus bergerak mengunci tayar motor si Epul.

Akhirnya, dalam rayuan "please,please, tolong saya bang" yang tidak putus-putus keluar daripada si bikir itu, watak antagonis pun tiba.

Dan...

Wednesday, June 10, 2009

Ceritera 116



Muka hadapan Utusan Malaysia hari ini memaparkan mengenai suasana di Selatan Thai yang kembali bergolak.

Pembunuhan yang berlaku di Masjid Al-Furqan yang terletak di dalam Kampung Air Tempayan pasti mengingatkan kita akan peristiwa Tak Bai dan Masjid Krisek yang berlaku ketika Thailand diperintah oleh bekas perdana menteri yang digulingkan, Thaksin Shinawatra.

Krisis yang berlaku di Selatan Thai pastinya mengusik hati sanubari warga Malaysia terutamanya mereka di negeri-negeri utara dan timur Malaysia yang bersempadan dengan kawasan konflik ini seperti Kelantan, Perlis, Kedah dan Perak.

Provinsi Pattani yang dahulunya pernah mencatat dalam tinta sejarah akan kewujudan sebuah kesultanan Melayu-Islam, memiliki nilai-nilai sentimental yang dikongsi bersama oleh warganya dan juga penduduk negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga, Kelantan Darul Naim.

Persamaan budaya, adat resam, hubungan persaudaraan dan kewujudan institusi pendidikan agama tradisional seperti pondok menjadikan apa-apa yang berlaku di kedua-dua tempat walaupun dipisahkan oleh sempadan kedua-dua buah negara pastilah tetap dirasai dan menimbulkan dampak yang tersendiri bak kata pepatah cubit paha kanan, paha kiri pun terasa sakitnya.

Secara peribadi, aku tidak memahami situasi sebenar dan masih banyak kekaburan dan jerebu yang menyelubungi minda dalam memahami tragedi-tragedi yang silih berganti mengorbankan nyawa orang Islam dan penganut agama Buddha di sana.

Baru-baru ini, ketika menyertai sebuah program kesukarelawanan di Gombak, Abang Dino, salah seorang fasilitator program itu menceritakan pengalamannya berada di Selatan Thai selepas berlakunya peristiwa Tak Bai yang berlaku dalam bulan Ramadhan.

Abang Dino ditugaskan untuk mengambil maklumat dan menyelidiki apa sebenarnya yang berlaku untuk dibawa balik ke Malaysia dan disebarluaskan agar muslim di negara ini dapat memberikan bantuan yang seadanya.

Ketika beliau melaksanakan tugasan tersebut, prasangka dan rasa curiga yang tinggi menyebabkan ketidakpercayaan penduduk Tak Bai kepada orang asing terutamanya pihak media termasuklah dari Malaysia yang gagal untuk menyiarkan secara tepat peristiwa sebenar yang berlaku.

Namun, setelah diterangkan bahawa beliau daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), orang Islam di Tak Bai pun memberikan kerjasama kepada Abang Dino untuk menyediakan gambaran situasi sebanar yang berlaku untuk dibawa pulang ke Malaysia bagi memungkinkan kepada bentuk bantuan yang membolehkan ABIM dan muslim Malaysia sumbangkan kepada saudara seakidah di sana.

Tambah Abang Dino lagi, sepulangnya beliau ke Malaysia, dalam salah satu siri penerangannya (di Masjid Kampung Medan, kalau tidak silap), amaun sebanyak RM 4 ribu (kalau tidak silap lagi, tetapi yang pasti jumlahnya mencecah 4 angka) berjaya dikutip daripada mereka yang memenuhi setiap ruang di dalam masjid itu.

Ada juga antara mereka yang hadir dalam majlis tersebut melahirkan keinginan rasa untuk turut berjihad di kawasan konflik tersebut. Namun, disebabkan halangan-halangan yang wujud, niat itu terpaksa dipendamkan.

Mengenangkan peristiwa yang berlaku di Masjid Al-Furqan, marilah kita mensyukuri nikmat keamanan yang dikurniakan kepada nusa yang kita sayangi ini. Syukur yang dipanjatkan itu, ayuh kita sama-sama iringkan dengan mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita, bukan sahaja di Selatan Thai malah di seluruh dunia.

Tuesday, June 9, 2009

Ceritera 115

Semalam, aku menghadirkan diri ke Pharmaceutical Care Workshop 2009 - "Rural Pharmaceutical Care" di UIAM Kampus Kuantan.

Ada sebab yang kuat yang meransang untuk aku turut serta dalam woksyop yang menampilkan tiga orang penceramah, dari luar dan dalam negeri ini:

(1) Profesor Patrick Ball dari Charles Sturt University, Australia

(2) Encik Mohd Dziehan bin Mustapa, ahli farmasi di Klinik Kesihatan Teluk Panglima Garang, Selangor dan

(3) Profesor Madya Dr. Lua Pei Lin dari Universiti Darul Iman, Terengganu.

Tiga syarahan dan dua sesi woksyop yang mengisi program ini. Prof. Patrick Ball telah memberi syarahan bertajuk Rural Pharmaceutical Care (RPC): Global/Australian experience, manakala Encik Dziehan pula berkongsi pengalamannya sebagai salah seorang ahli farmasi perintis dalam program Home Medication Review di Malaysia, dan Prof. Madya Lua Pei Lin, penceramah undangan terakhir menjadikan mauduk Quality of Life sebagai wacana.

Sementara dalam dua sesi woksyop yang diadakan selepas berakhirnya ketiga-tiga syarahan, perbincangan berkenaan Rural Pharmaceutical Care (RPC) dan Home Medication Review (HMR) telah dijadikan medan interaktif antara para peserta dan penceramah undangan. Kefahaman yang diperolehi daripada ceramah-ceramah sebelumnya itu diaplikasikan dalam sesi ini.

Secara umumnya, sebagai pelajar undergrad, kesempatan untuk mendengar wacana sebegini memberikan paradigma baru dalam memahami dan membuat perbandingan cabang-cabang bidang farmasi yang boleh diceburi apabila telah bergelar siswazah kelak. RPC yang masih belum berkembang di Malaysia telah memberi satu opsyen yang difikirkan secara serius sebagai bidang yang kugeluti kelak.

Ya, tendensi berkhidmat di luar bandar itu tinggi dalam diriku, mengenangkan ketidakupayaan aku menempuh hiruk-pikuk kota metropolitan. Kembali ke Perlis, bumi kelahiran, berkhidmat di negeri dalam kampung (gelaran yang kuberi), jalan yang bakal dipilih, insya'ALLAH.

Berita woksyop di pautan ini

Monday, June 8, 2009

Ceritera 114



Destinasi tak terjangka!!!

Friday, June 5, 2009

Ceritera 113



Forrest Gump dan Laskar Pelangi, ada sisi dan sudut yang kurasakan wujud persamaannya.

Keterkaitannya dan titik temunya mungkin ada pada keistimewaan luar biasa yang dianugerahkan Tuhan kepada beberapa watak dalam kedua-dua filem tersebut.

Forrest Gump mungkin saja seorang lembam, tetapi upayanya yang ajaib seperti berlari dengan pantas dan Lintang dalam Laskar Pelangi yang dikurniakan kegeniusan dalam ilmu hisab membuatkan kita berfikir betapa bakat jika tidak disertai dengan ruang dan peluang, tidak mungkin bisa dikembangkan dan dimanfaatkan.

Tanpa memahami apa yang terjadi dek kerana nilai IQ-nya yang rendah, Gump beserta bakatnya telah mengubah dan mencipta sejarah baru dunia bila mana ruang dan peluang itu terbentang luas tatkala Lintang natijah kemiskinan menghalangnya untuk duduk sebaris dengan genius-genius matematik yang lain.

Mauduk inilah yang disinggung oleh Malcolm Gladwell dalam bukunya yang terbaru, Outliers. Chris Langan, IQ-nya 195 (lebih tinggi daripada Einstein) dijadikan contoh betapa genius pun perlukan ruang dan peluang untuk bersinar.

Kesimpulannya...

(1)?
(2)?
(3)?

Tuan tentukanlah sendiri...

Ceritera 112



Sejauh mana anda mengenali pemilik blog ini?

Ayuh uji diri anda dengan menyertai kuiz GNOTHI SEAUTON di sini

Selamat mencuba!!!

Thursday, June 4, 2009

Ceritera 111



Adakah segala-galanya perlukan justifikasi?

Buah pertama yang kuperolehi daripada buku tulisan Elizaberth Gilbert bertajuk Eat, Pray, Love.

"Aku suka", bicara yang kadang-kadang menerbitkan tanda tanya pada orang lain.

Bola sepak, kamera, buku, motorsikal dan apa sahaja boleh menjadi kegilaan hanya kerana "aku suka".

Justifikasi? "Aku suka".

Aku suka...

Aku suka...

Aku suka...

Wednesday, June 3, 2009

Ceritera 110











Menanti ilham dan kekuatan untuk mencatat segala citra di atas.