v

Sunday, January 31, 2010

Nikmat

Segala yang dihasrat
tapi tak didapat
adalah nikmat 
yang paling padat.

- A. Samad Said (Benih Semalu)

Tuhan, kuingin harungi setiap detik kehidupan nan berbaki ini dengan sabar dan syukur.

Meski di depan sana ada badai yang menguji, walau ada juga pelangi riang yang menanti, Tuhan, jadikanlah aku sang perindu, yang redha dengan setiap takdirMu.

Oh Tuhan, permudahkanlah.

Saturday, January 30, 2010

I have a dream



"If you see the wonder (wonder) of a fairy tale
You can take the future even if you fail"

 I have nothing to regret. (",)

Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas - His first appearance in front of the public after 4 years



Exclusively taken from my camera :)

Friday, January 29, 2010

Tenang

Bulan terang di luar sana,
Jiwa tenang di dalam rana.

- Ilham Nur (13 Safar 1431H)

Rana: Peperangan

Monday, January 25, 2010

Sunday, January 24, 2010

Calon Pro-Aspirasi Kuasai Pilihan Raya UIA (Berita dalam mStar Online)

Oleh AU YEONG HOW

PETALING JAYA: Calon-calon Pro-Aspirasi menguasai pilihan raya kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi sesi pemilihan 2009/2010 semalam.

Di kampus Gombak, 13 calon kumpulan berkenaan menang berbanding tiga calon Pro-Mahasiswa.

Sementara di kampus Kuantan, kumpulan tersebut memenangi satu kerusi, Bebas (dua) manakala lapan lagi belum dapat ditentukan kedudukannya kerana masalah tertentu.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, tiga kuliyyah diisytiharkan menang tanpa bertanding.

Menurutnya, kuliyyah berkenaan ialah Kuliyyah Undang-Undang dan Kuliyyah Seni Bina di kampus Gombak manakala Kuliyyah Pergigian di Kuantan.

Katanya, ini bermakna secara keseluruhan, terdapat 18 kerusi dipertandingkan di kampus Gombak sementara di kampus Kuantan, 11 kerusi.

"Daripada 29 kerusi di kampus Gombak, 18 yang dipertandingkan. Yang lain menang tanpa bertanding.

"Ada empat kerusi pelajar-pelajar antarabangsa yang tidak dipertandingkan. Di Gombak, ada 10 kerusi daripada lima fakulti," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Sebanyak 6,938 pelajar atau 59 peratus mengundi daripada 11,760 yang layak bagi pilihan raya kali ini. Undi rosak pula sebanyak 115.

Sementara itu, Nik Ahmad berkata, lapan kerusi dipertandingkan di empat fakulti.

"Dua kerusi (Kuliyyah Pergigian) dan satu kerusi antarabangsa juga tidak dipertandingkan," ujarnya.

Mengulas mengenai kejayaan calon Pro-Aspirasi dalam pilihan raya kampus kali ini, Nik Ahmad Kamal berkata, pihak universiti tidak mengiktiraf kejayaan mana-mana gabungan kerana itu adalah persepsi para pelajar.

Jelas beliau, secara realiti, UIAM tidak mengiktiraf anggota gabungan mana-mana pihak kerana semua calon yang bertanding dilihat memperjuangkan kebajikan para pelajar.

P/s: Aha, berita ini memang betul-betul buatkan aku musykil...

Friday, January 22, 2010

Si Tanggang moden dari Sarawak?

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

SUBANG JAYA 21 Jan. - Sudah tiga tahun, Tumi Wongsoruju tidak bertemu anak perempuan tunggalnya yang membawa diri tanpa sebarang berita ke Semenanjung.

Jarak yang jauh ditambah pula dengan kesempitan hidup, membuatkan wanita berusia 52 tahun yang tinggal di Kuching, Sarawak itu tidak berupaya mencari anak kesayangannya.

Namun kerinduan yang tidak tertanggung lagi, akhirnya mendorong Tumi berhutang dengan saudara-mara bagi membeli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur untuk menjejaki anaknya.

Berbekalkan duit poket RM150 dan alamat sebuah kawasan perumahan di Serdang dekat sini, dia menyusuli anak perempuannya itu.

Membuang rasa malu dan takut, Tumi yang berasal dari Taman Duranda Emas di Jalan Kuching-Serian memberanikan diri menagih simpati orang ramai untuk membantu mencari rumah anaknya yang berusia 33 tahun.

Setelah puas bertanya, dia yang tiba di Semenanjung kelmarin berjaya menemui anak kesayangannya itu hasil bantuan orang ramai dan anggota dari Balai Polis Seri Kembangan, malam tadi.

Namun, perasaan teruja dan gembira bertemu anak yang cukup dirindui bertukar menjadi kenangan pahit yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hayatnya.

Tumi bukan sahaja dihalau bahkan tidak diakui sebagai ibu oleh anak perempuan dan menantunya.

Biarpun bersungguh-sungguh meyakinkan mereka dengan menunjukkan sijil kelahiran anaknya, wanita itu dan suaminya tetap berkeras enggan mengaku Tumi sebagai ibu.

Terkilan dengan sikap anaknya itu, Tumi yang tidak mempunyai saudara-mara di sini akhirnya berputus asa dan bersetuju mengikut anggota polis ke Balai Polis Seri Kembangan.

Simpati dengan nasib Tumi, wartawan Utusan Malaysia dan Kosmo! bersama jurugambar sepakat berkongsi mengeluarkan wang untuk membeli tiket penerbangan dan duit belanja bagi membolehkan dia pulang ke kampung halamannya hari ini.

Dengan kerjasama anggota dari Balai Polis Seri Kembangan, Tumi berjaya mendapat tiket penerbangan pulang ke Kuching menaiki pesawat AirAsia pukul 7.40 malam ini.

Sementara itu, Tumi ketika ditemui dengan berlinangan air mata memberitahu, selain mengubati kerinduan, tujuan dia datang ke Semenanjung adalah untuk memujuk anaknya itu supaya pulang bersamanya ke Kuching.

Katanya, ini bagi menyelesaikan urusan tuntutan hak penjagaan cucu lelakinya hasil perkahwinan anak perempuannya itu dengan suami pertama.

"Sebelum berkahwin dengan suami sekarang, anak saya pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki berketurunan Bidayuh.

"Mereka mempunyai seorang anak yang kini berusia 13 tahun. Kanak-kanak itu dijaga oleh saya selama 11 tahun sebelum diambil oleh bekas menantu yang mendakwa sudah memeluk Islam selepas mereka bercerai," katanya.

Tumi berkata, dia nekad menuntut hak penjagaan cucu kesayangannya itu kerana bimbang akidah kanak-kanak itu terpesong memandangkan cucunya kini tinggal bersama keluarga bekas menantunya yang beragama Kristian di Kampung Tijirak, Kuching.

Katanya, anak perempuannya itu merupakan anak tunggalnya hasil perkahwinan dengan suami pertama. Perkahwinannya dengan arwah suami kedua yang merupakan bekas tentera berasal dari Lenggong, Perak, tidak dikurniakan cahaya mata.

Tumi yang tinggal seorang diri dan menghidap sakit buah pinggang memberitahu, mereka tidak pernah berselisih faham namun dia terkejut apabila anaknya menghilangkan diri bersama suami barunya ke Semenanjung tiga tahun lalu dan langsung tidak menghubunginya sehingga kini.

"Biarpun sedih mengenangkan anak kesayangan yang dikandung selama sembilan bulan enggan mengaku saya sebagai ibu tetapi saya tetap memaafkannya dan berharap dia kembali ke pangkuan saya satu hari nanti.

"Malah, saya ada membawa sepasang baju kurung baru dan sehelai selendang untuk dihadiahkan kepadanya," katanya yang tidak dapat menyembunyikan rasa terkilan dengan kejadian itu.

P/s: Ya ALLAH ya Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang menyayangi ibu bapa kami seperti mana mereka mengasihi kami. Ameen.

Berita di Malaysian Insider - Pro-Mahasiswa kekalkan kuasa MPP di UIA

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Jan 22 — Kumpulan Pro-Mahasiswa mengekalkan “kerajaan” Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) malam tadi, buat tahun ke-12 berturut-turut.

Bagaimanapun dalam pilihan raya kampus itu yang diadakan semalam, kumpulan Pro-Mahasiswa mengalami kemerosotan lima kerusi berbanding sesi pengajian sebelum ini.

Dalam pemilihan MPP sesi pengajian 2009/10 ini, mereka memperoleh 15 kerusi daripada 29 kerusi yang dipertandingkan.

Baki dimenangi oleh calon kumpulan yang mengelar diri mereka Pro-Mahasiswa, Bebas dan pelajar asing menerusi lima kerusi yang diperuntukkan kepada mereka.

Sesi lalu mereka memperoleh 20 daripada 29 kerusi di MPP.

Wakil kumpulan Pro-Mahasiswa di peringkat UIAM, Mohd Zaki Shukri memberitahu The Malaysian Insider bahawa calon-calon pihaknya berjaya mengekalkan kemenangan dan penguasaan berturut-turut sejak tahun pengajian 1998/99.

“Walaupun menang 15 kerusi, kami yakin boleh memperoleh sokongan calon-calon Bebas dalam pentadbiran MPP,” katanya.

Ditanya sebab penurunan kerusi yang dimenangi kali, Zaki menjelaskan ia kemungkinan berkaitan dengan kempen “agresif” kumpulan Pro-Aspirasi, antaranya menggunakan cara-cara berkempen yang tidak diizinkan oleh pengurusan universiti.

“Mungkin pelajar tertarik dengan cara-cara kempen mereka dan mungkin mereka lebih menonjol dengan cara kempen mereka... bagaimanapun kami akan membuat kajian untuk memperbaiki kedudukan kami tahun depan.

“Kami juga akan membuat aduan kepada pengurusan universiti mengenai cara kempen kumpulan Pro-Aspirasi,” kata beliau lagi.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ia juga berkaitan dengan penurunan peratusan keluar mengundi di peringkat MPP.

“Maklumat yang kami terima peratusan keluar mengundi cuma 59 peratus berbanding 87 peratus sesi lalu.... ini juga mungkin salah satu punca.

“Mengapa peratusan keluar mengundi ini terlalu rendah, juga satu situasi yang perlu dikaji,” katanya.

UIAM juga mengadakan sudut pidato umum, julung kali, menjelang pilihan raya kampus semalam.

Kumpulan Pro-Mahasiswa juga telah menguasai MPP Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) Selangor.

Pada hari penamaan calon tiga hari lalu barisan calon Pro-Mahasiswa memenangi 12 daripada 21 kerusi MPP yang dipertandingkan tanpa cabaran. Ia yakin akan memperoleh empat lagi kerusi pada hari pengundian 27 Jan ini.

Minggu lalu kumpulan Pro-Mahasiswa melibatkan 14 institusi pengajian tinggi awam melancarkan Misi-10 untuk menguasai MPP.

Kumpulan Pro-Mahasiswa juga telah menguasai MPP Universiti Malaysia Terengganu Ahad lalu.

Khamis depan sebanyak enam universiti awam lagi akan mengadakan pilihan raya.

P'raya kampus: Penguasaan Pro-M merosot di UIA

Abdul Rahim Sabri
Jan 21, 10
8:29pm

Penguasaan kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) merosot apabila hanya berjaya mempertahankan 14 kerusi dalam pilihan raya kampus hari ini, berbanding 20 kerusi yang dimenanginya tahun lalu.

Seorang jurucakap Pro-M memberitahu Malaysiakini, keputusan di kampus Gombak memperlihatkan kumpulannya menang dua kerusi di Fakulti Ekonomi dan Fakulti Kejuruteraan, masing-masing satu kerusi di Fakulti Ilmu Wahyu dan Kemanusiaan dan Fakulti Undang-undang.

Lapan kerusi lagi dimenangi di kampus Kuantan.

Bagaimanapun, sumber itu tidak dapat memberikan keputusan lengkap pengundian di kampus berkenaan "atas sebab-sebab keselamatan".

Sebanyak 29 kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya kampus kali ini - 16 di Gombak dan 13 di Kuantan.

Kumpulan Pro-Aspirasi (Pro-A) pula menang empat kerusi - dua di Fakulti Teknologi Maklumat dan Informasi, manakala masing-masing satu kerusi di Fakulti Undang-undang dan Fakulti Ilmu Wahyu dan Kemanusiaan.

Calon bebas pula memenangi enam kerusi di Fakulti Seni Bina dan kerusi antarabangsa.

Ditanya kenapa penguasaan Pro-M merosot berbanding tahun lalu, sumber berkata, terdapat calon yang tidak dapat giat berkempen kerana memberi tumpuan kepada peperiksaan pertengahan semester yang masih berjalan.

Sehubungan itu, sumber menambah, pihaknya akan membuat bedah siasat punca kemerosotan kumpulannya dalam masa terdekat.

Sumber: Malaysiakini


P/s: Aku nak gelak macam Isham, kah kah kah kah kah. Di Kuliyyah Farmasi, peratusan yang keluar mengundi hanya 35%. Kalau ikut markah exam, ini kira gagal. Banyak yang boleh ditafsirkan dengan angka ini. Orang tidak mengundi kerana tidak peduli, tidak kisah,sibuk atau boikot? Harap-harap puak yang menamakan diri mereka ini Pro-M boleh kaji benda ini. Jangan hanya kaji punca menang kalah sahaja, kena kaji juga sebab mahasiswa seperti aku tidak mengundi. Kah kah kah

Thursday, January 21, 2010

KOP

KOP. Not Kuliyyah of Pharmacy but King of Presentation. Introducing Steve Jobs, co-founder and chief officer of Apple Inc.



P/s: Alhamdulillah, I feel very satisfied with my Clinical Pharmacy 2 presentation today. Hopefully, I can learn and implement Steve Job's skills as showed in the video above.

Pro-M? Apa itu? (Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula, haha)

Pro-Mahasiswa UIAM manfaat kempen saat akhir, mengundi esok
Nazri Abdullah

GOMBAK, 20 Jan: Kumpulan Pro-Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini giat menjalankan kempen saat akhir mereka menjelang hari pembuangan undi bagi kampus mereka esok.

Malam ini, kumpulan itu mengadakan solat hajat perdana bagi memastikan kelancaran proses pengundian tersebut sekaligus mengharapkan kemenangan kepada pihak mereka.

Pengerusi kumpulan Pro-Mahasiswa UIAM kampus Gombak, Mohd Naserul Mohamed berkata, mereka bagaimanapun optimis kemenangan berpihak kepada kelapan-lapan calon mereka, sekaligus mampu memberikan khidmat terbaik buat pelajar kuliah yang diwakili.

"InsyaAllah boleh (menang), jentera kempen kami sangat laju dan kuat berkerja.

"Para pengundi yang kita temui Alhamdulillah memberi respon yang sangat baik terhadap calon-calon kami," ujarnya ketika ditemui.

Beliau juga bagaimanapun tidak memandang rendah kepada jentera lawan dari Pro-Aspirasi biarpun mereka dilihat perlahan dan sepeti tiada agenda.

"Setakat ini suasana Alhamdulillah baik, tak ada nampak agresif, namun kita tetap berjaga-jaga takut-takut malam ini atau esok akan berlaku sesuatu yang kita tidak jangka," tambahnya lagi.

Pada penamaan calon 14 Januari lalu, Pro-Mahasiswa telah menang tanpa bertanding di dua kerusi iaitu masing-masing satu di Kuliah Undang-undang dan satu di kuliah Pergigian.

Pro-Aspirasi pula menang satu kerusi juga di kuliah undang-undang.

Manakala, bagi kuliah Arkitek, kedua-dua kerusi tersebut dimenangi tanpa bertanding oleh calon bebas.

Esok kesemua mahasiswa kampus itu akan menentukan nasib 18 lagi kerusi yang dipertandingkan mewakili sembilan kuliah.

Kerusi tersebut masing-masing di Gombak-kuliah ekonomi, Ilmu Wahyu dan sains kemanusiaan, Kejuruteraan dan kuliah ICT manakala bagi UIAM kampus Kuantan pula di kuliah Perubatan, Kejururawatan, Farmasi, Sains Kesihatan Bersekutu dan kuliah Sains.

Proses pengundian esok dijangka bermula jam 8.45 pagi dan berakhir jam 5 petang.

Pro-Mahasiswa perlu menang sekurang-kurangnya 11 lagi kerusi bagi membolehkan kumpulan mereka mendapat keanggotaan majoriti dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Wednesday, January 20, 2010

14 Days of Hell?

20/1/2010
Seminar AICA Urinary Tract Infection

21/1/2010
CP presentation epilepsy with autism

22/1/2010
Submit herbal report

23 - 24/1/2010
Buffer day

25/1/ - 2/2/2010
Mid-sem examination

3/2/2010
Raub?

Tuesday, January 19, 2010

Misi Rahmatan Lil 'Alamin



Ternanti-nanti respon seperti di atas di negara ini. Membelek media massa tempatan pasca bencana, tiada tindak balas agresif seperti mana yang dilakukan ketika mana musibah yang hampir sama berlaku pada negara tetangga. Nampaknya kita masih memiliki keprihatinan selektif yang dibatasi persamaan kebangsaan dan keagamaan. Harap-harap agensi seumpama Islamic Relief Malaysia (IRM) dan Malaysia Relief Agency (MRA) mampu mengubah mentaliti ini untuk menggerakkan misi rentas sempadan dan benua, demi sesuatu yang dinamakan sebagai kemanusiaan.

Thursday, January 14, 2010

Persimpangan Kehidupan

Menghampiri dua minggu pertama tahun 2010, terasa lelah sekali untuk terus berjalan meniti sebuah kehidupan.

Insaf akan tanggungjawab dan amanah yang terbeban, mahu tidak mahu, kepercayaan orang lain harus dipenuhi sebaik mungkin. Segala yang dimiliki dan dinikmati sekarang ini, bukannya hasil mutlak diri sendiri. Ramai yang menyumbang meletakkan hasil yang diraih dan tempat yang diduduki ini harus disedari sebagai hak milik bersama yang perlu disyukuri dan dikongsi.

Jika sudah namanya manusia, perjalanan kehidupan dilalui dengan kerencaman perasaan yang silih berganti. Ada kalanya terasa diri sebagai pemilik dunia yang mampu melakukan apa saja. Takut dan gusar langsung tiada dalam kamus kehidupan. Halangan dan cabaran dianggap sebagai hembusan angin kencang, bukan sebagai penamat sebuah pelayaran tetapi angin pemacu ke arah kejayaan.

Namun, ada kalanya keyakinan bisa luntur dan luruh. Dikenal orang sebagai manusia optimis, tiba-tiba bertukar menjadi manusia pesimis. Was-was mencengkam diri. Keyakinan hilang dari dalam sanubari. Hidup katanya hanya untuk menunggu mati. Langsung putus asa menguasai diri. Hari bertukar hari sudah tidak membawa erti.

Banyak yang perlu direnung. Daripada soal islah diri hinggalah kepada permasalahan ummat, semuanya menuntut upaya yang cukup besar. Serba salah pabila ada yang berkehendakkan jawapan dan kepastian, diri tiada keputusan untuk ditawarkan. Yang mampu, hanya terus berharap kesalingan untuk memahami keadaan diri. Bergelut dengan serba macam perkara, ada yang perlu didahulukan, didahulukan. Yang harus dikemudiakan, dikemudiakan.

Jauh merenung, difikir itu, difikir ini, diri bertanya mana jalan ditelusuri? Jauh membumi ke alam falsafi, ditanya itu disoal ini. Siapa diri? Apa selama ini? Apa selepas ini? Soalan demi soalan menyerang bertubi-tubi. Diri kelu tiada jawapan, tenggelam terus dalam alam khayali.

Tuesday, January 12, 2010

Doa


Kak Waheed dalam salah satu program di Selangor

Kepada  kawan-kawan yang membaca entri ini, diharap dapat mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Kak Waheed (Nurwahida Jamaan), pelajar perubatan tahun lima UIAM yang juga bekas Timbalan Ketua Penyelaras (ACC) Faciteam.

Beliau kini ditahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kerana disyaki menghidap lymphoma (kanser darah).

Sama-sama kita doakan agar diagnosis pertama yang dilakukan oleh doktor itu silap dan tidak tepat, sementara kita menanti keputusan diagnosis kedua. Semoga ALLAH memberikan beliau ketabahan dan keringanan dalam menghadapi ujian ini.

Sebodoh-bodohnya pun....




IKAN ketutu lebih sinonim dengan panggilan haruan bodoh, ikan hantu dan belantuk atas sebab fizikalnya lain daripada ikan biasa. 

 Haruan bodoh bernilai tinggi

MELAKA 11 Jan. - Setiap kali mendengar nama ikan ketutu pasti di kalangan kita cuba membayangkan bentuk fizikal dan keunikan yang terdapat pada ikan tersebut.

Mungkin ada antara anak muda kini yang langsung tidak mengetahui kewujudan ikan itu yang nama saintifiknya ialah marbled goby.

Di kalangan masyarakat kampung, ikan ketutu lebih sinonim dengan panggilan haruan bodoh, ikan hantu dan belantuk atas sebab fizikalnya lain daripada ikan yang biasa dilihat.

Namun begitu di sebalik bentuk fizikalnya yang 'menggerunkan', ketutu merupakan salah satu ikan ternakan yang mempunyai nilai tinggi dalam pasaran.

Menyedari perkara ini, Aquaculture Technology Sdn. Bhd. mengambil inisiatif menternak ikan ketutu dan sejak beroperasi tiga tahun lalu, syarikat tersebut tersenarai sebagai salah satu syarikat yang mempunyai kolam ternakan ikan ketutu terbesar di negeri ini.

Memiliki sebanyak tujuh buah kolam utama yang terletak di Tiang Dua, Jasin di sini, Aquaculture Technology merupakan anak angkat kepada Jabatan Perikanan negeri telah menternak lebih daripada 1,000 ekor ikan tersebut.

Pengusahanya, Ng Swee Lui berkata, sejak bergiat dalam ternakan ikan ketutu, perusahaan tersebut terbukti mendapat permintaan tinggi bukan sahaja untuk pasaran dalam negara malah luar negara.

Setakat ini, katanya, ketutu ternakannya sudah berjaya menembusi pasaran Singapura, Hong Kong, China, Taiwan, Jepun dan beberapa negara Eropah.

''Saya memulakan bidang ternakan ini sejak tiga tahun lalu dan di kawasan ini sahaja mengandungi tujuh buah kolam yang dibina dengan perbelanjaan sendiri berjumlah RM1.2 juta.

''Selain itu, saya turut memiliki 30 buah kolam ternakan ikan ketutu dan beberapa jenis ikan hiasan di sekitar Alor Gajah," katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Kata Swee Lui, baru-baru ini pihaknya menerima permintaan dari luar negara yang mengharapkan bekalan sebanyak empat tan ketutu sebulan, namun malangnya pihaknya hanya mampu membekalkan dua tan sebulan.

Menurutnya lagi, ikan ketutu senang diternak kerana sifat semula jadinya yang 'pendiam' pada waktu siang namun aktif pada waktu malam.

''Ikan ini mampu membesar sehingga 50 sentimeter dan mencapai berat sehingga dua kilogram dalam masa dua tahun," katanya.

Beliau berkata, ikan ketutu boleh mula dijual selepas ia mencapai usia setahun dan harga pasarannya kini untuk setiap kilogram adalah sekitar RM80 hingga RM95.

''Di restoran, ia biasa dijual pada harga mencecah RM120 sekilogram dan kulitnya yang kehitaman serta berwarna sedikit coklat amat enak bagi masakan stim.

''Ia menjadi makanan utama bagi mereka yang menggemari makanan laut dan sehingga kini ikan ketutu mempunyai pasaran yang tinggi jika dijual di restoran makanan laut," katanya.

Menceritakan pengalamannya sepanjang menternak ikan ketutu Swee Lui berkata, selain memerlukan modal yang tinggi, ikan berkenaan juga tidak terlepas daripada masalah seperti serangan penyakit.

"Jika ada sesiapa yang berminat, perlu mendalami pengetahuan mengenai ikan ini sebelum memulakan ternakan.

"Bukan mudah untuk menternak spesies ikan ini dan masalah yang besar ialah apabila ikan diserang penyakit.

''Saya banyak belajar daripada kesilapan sebelum berada pada tahap ini," katanya.

Monday, January 11, 2010

Hassan Al-Banna





Sayang, tarikh konvensyen bertembung dengan peperiksaan!

Wednesday, January 6, 2010

Apa sebenarnya yang berlaku?

Prosedur UIA singkirkan pelajar bermasalah dipertikai

ANAK saya adalah pelajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di kulliyah farmasi dalam tahun tiga. Namun pada 21 Disember lalu, anak saya disingkirkan dari universiti kerana tidak mencukupi kelayakan diperlukan kulliyah berkenaan.

Saya terus bergegas ke UIA untuk bertemu dekan setelah membuat temujanji. Dalam pertemuan itu selain merayu, saya juga menyatakan ketidakpuasan hati kerana sepatutnya saya sebagai penjaga diberitahu terlebih dulu masalah yang anak saya hadapi.


Jika benar anak saya bermasalah dalam pembelajarannya, penjaga perlu mengetahui bagi membolehkan masalah itu diatasi sebelum ia merebak. Saya juga mempertikaikan peranan penasihat akademik yang dilantik dalam menangani masalah pelajar bawah seliaannya.

Lebih memeranjatkan apabila diberitahu anak saya bahawa penasihat akademiknya tidak pernah memanggilnya untuk membincangkan sebarang isu, malah beliau hanya menyedari apabila anak saya sendiri yang bertemu dengan beliau untuk berbincang.

Setahu saya apabila pelajar mendaftar untuk sesuatu kursus perlu mendapat persetujuan penasihat akademik bagi memastikan kelayakan untuk meneruskan pengajian, tetapi apa yang berlaku ialah sehingga tahun tiga barulah pihak universiti sedar bahawa anak saya tidak layak untuk meneruskan pengajiannya.

Saya tidak mempertikaikan kelemahan anak saya tetapi mempertikaikan apa yang pihak kulliyah lakukan bagi membantu pelajarnya untuk berjaya. Saya juga amat yakin jika seseorang pelajar itu bermasalah dari sudut mana pun, pelajar akan diberi teguran atau amaran secara perbincangan dan hitam putih.

Perjumpaan dengan pelajar akan direkodkan dan pelajar perlu menandatangani penerimaan surat amaran atau teguran itu dan salinannya akan dihantar kepada penjaga. Namun ini tidak pernah berlaku di UIA, pihak UIA dengan mudah membuat keputusan tanpa sebarang amaran.

THINK GLOBAL ACT LOCAL,
Seremban, Negeri Sembilan.

Tuesday, January 5, 2010

Mencari Syaikh

Alhamdulillah, hari ini ALLAH memberi peluang kepadaku untuk hadir ke dalam majlis ilmu. Peluang yang jarang-jarang sekali untuk didapati apabila berada di Kuantan. Walaupun cuaca agak kurang baik, aku bersyukur bila Qayyum menepati janjinya untuk turut bersama-sama hadir mengambil sedikit sebanyak mutiara-mutiara ilmu.

Dengan menaiki kereta Qayyum kami meredah hujan mencari Surau Solahuddin Al-Ayyubi, lokasi majlis ilmu tersebut. Afiq pun turut sekali mengikuti kami dengan menaiki keretanya kerana mahu pulang awal untuk menghadiri kelas tasmi'. Surau itu berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Sungai Talam, salah sebuah sekolah rendah yang pernah kubuat program. Berdasarkan ingatanku yang ingat-ingat lupa, insya' ALLAH tidak menjadi masalah kepada kami untuk tiba di sana.

Walaupun terlajak jalan, kami tiba di sana sebelum azan solat maghrib dikumandangkan. Sambil berdiri di luar menanti azan habis dilaungkan, tuan syaikh pun tiba. Aku mengambil kesempatan untuk bersalam bersama Tuan Syaikh yang pertama kali kudengar syarahannya secara live di Masjid KOM. Tuan Syaikh yang aku maksudkan ialah Syaikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.

Berbanding dengan negeri-negeri lain di Pantai Barat Semenanjung seperti Kedah dan Selangor, Tuan Syaikh belum dikenali sangat di negeri Pahang ini. Tuan Syaikh pun baru mula aktif berceramah di sini setahun dua tahun kebelakangan ini. Tuan Syaikh mula bertapak di Malaysia apabila menjadi tenaga pengajar di Maahad Tarbiyyah Derang di bawah pimpinan Syaik Ni'amat Yusof. Disebabkan itulah beliau agak dikenali di negeri Kedah.

Berbalik kepada majlis ilmu tadi, kami menggunakan kitab bertajuk Yaqin karangan beliau untuk didiskusikan. Kitab ini menghimpunkan beberapa hadis junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Tuan Syaikh sempat membaca dan membahaskan beberapa hadis daripada kitab kecil itu. Antara hadis yang sempat kami pelajari ialah hadis tentang kepentingan solat subuh secara berjemaah. Betapa aku terasa sungguh kemanisan dan zauq apabila berada dalam majlis ilmu sehingga tidak sedar masa berlalu dengan begitu sahaja.

Dihidangkan dengan cerita sahabat-sahabat baginda dan para alim ulama', jauh sekali taraf dan martabat diri untuk dibandingkan dengan mereka. Ada juga butir-butir syarahan Tuan Syaikh yang mengena diri membuatkan kita bermuhasabah dengan segala amalan yang telah dilakukan. Aku sendiri sungguh tertarik dengan cerita Tuan Syaikh tentang salah seorang ulama' Mekah keturunan Nabi, Syaikh Muhammad Alawi Al-Maliki Al-Hasani. Mendengar dan membaca biografi para ulama' mampu untuk kita membaiki diri terutamanya berkaitan dengan ilmu dan tentu sekali ibadat. Menghayati kehidupan mereka boleh menjadi motivasi dan inspirasi terutama kepada penuntut-penuntut ilmu.

Sungguh aku dan Qayyum terkesan dengan ceramah yang Tuan Syaikh sampaikan. Banyak perkara yang kami muhasabahkan sepanjang pengajian berlangsung terutamanya perkara yang berkaitan dengan ibadat dan amalan kami. Moga ilmu yang kami perolehi daripada pengajian bersama Syaikh Nuruddin ini dapat kami amalkan.

Monday, January 4, 2010

Konon-kononnya...

Konon-kononnya tidak mahu membeli buku untuk semester ini. Konon-kononnya lagi mahu menyimpan duit untuk satu "projek besar" dan konon-kononnya selepas membeli festchrift Prof. Al-Attas, diri berjanji tiada lagi buku yang boleh dibeli.



Selamat datang kucapkan

Tapi...tiga minggu sahaja dapat kutahan jeritan batin ini. Dirangsang oleh diskaun Perayaan Krismas dan Tahun Baru oleh Kedai Buku Popular, rak-rak buku yang sudah sedia penuh di dalam bilik (kalau boleh dikatakan bilik) ini menerima kedatangan penghuni baru; 4 buah buku dan sekeping vcd dokumentari baru.

Belum ditambah lagi dengan beberapa majalah lama Al-Hikmah terbitan ISTAC ketika di bawah pimpinan Prof. Al-Attas yang kupesan daripada Fazril. Makin sendatlah bilikku yang berserabut ini. Harap-harap janganlah terjadi peristiwa yang pernah berlaku kepada Al-Jahiz seperti mana yang dinukilkan oleh Prof. Wan di dalam bukunya:

Beliau yang lumpuh tubuh badannya mati tertindih oleh buku-buku yang selalu tersimpan di sekelilingnya. (Wan Mohd Nor Wan Daud, Budaya Ilmu - Satu Penjelasan: 49)

Itulah Al-Jahiz, walaupun fizikalnya tidak menarik (beliau seorang berkulit hitam), tetapi ketinggian ilmunya menenggelamkan kekurangan tersebut. Moga minat Al-Jahiz pada ilmu dan buku mesti dicontohi dan dipupuk dalam diri. Biarlah wajah tidak handsome, tetapi ilmu penuh di dada (motivasi pada diri, hehe). Membaca pun bukan untuk peperiksaan bak kata Dr. Abdul Razak Kasmuri "Knowledge Oriented" (walaupun aku sendiri ragu-ragu dengan apa yang dimaksudkan oleh pensyarahku ini, hehe)

Lain orang, lain minatnya. Pada yang minat pada telefon bimbit, sampai setiap kali mendapat biasiswa, ditukarnya telefon bimbit model baru. Yang berminat pada gajet terkini, Low Yatlah menjadi destinasi. Mereka yang minat pada makanan, Santai dan Ana Ikan Bakar menjadi tempat pelaburan. Manakala yang minat wayang, Avatar dan Sherlock Holmes menjadi tontonan. Bukan sekali, tapi berkali-kali. Tambahan pula bila boleh ditonton dengan teknologi 3D, tidak puas rasanya menonton Avatar yang tanpa teknologi itu katanya. 

Rugi rasanya kalau tidak membeli sekarang buku-buku itu. Diskaun yang menggoncangkan hatiku itu bukannya diberi setiap bulan. Untuk pengetahuan semua, kita boleh mendapat diskaun sehingga 20% untuk buku-buku pilihan setiap bulan jika memiliki kad keahlian Popular. Untuk buku-buku lain, jika memiliki kad keahlian, akan diberi diskaun sebanyak 10%. Di Popular kita mendapat diskaun manakala di MPH, jika memiliki kad keahlian, setiap kali membeli buku di sana, kita akan mendapat mata (rewards). Untuk apa mata itu, tidaklah dapat kupastikan kerana jarang ke MPH memandangkan tiada cawangannya di bumi Kuantan.

Buku Aku Pejuang Islam dan Can Asian Think? kubeli di MBS. Dari semester lepas, sudah kusimpan hasrat mahu membeli buku terjemahan The Islamist yang diterjemah menjadi Aku Pejuang Islam. Akhirnya, tertunai juga niat yang tertangguh. Walhasil, cuti hujung minggu selama tiga hari ini langsung tidak berusik nota-nota pelajaran gara-gara membaca buku Ed Husain itu (berjaya juga ditamatkan!). Yang pasti buku ini memang seronok bagiku memandangkan salah satu minat yang terlah wujud semenjak di bangku sekolah menengah ialah gerakan Islam. Kalau ada mood, akan kuulas sedikit sebanyak tentang buku ini.

Can Asian Think? yang ditulis oleh Kishore Mahbubani sebuah buku yang agak berpengaruh kerana sering dijadikan rujukan. Berbaloi membeli buku ini ditambah dengan diskaun separuh harga yang diberi memandang buku itu pun sudah ditanda clear stock. Sebut tentang separuh harga mengingatkan aku tentang pengalaman bersama buku Gelombang Kebangkitan Asia yang kujumpa di Pustaka Ghani Ngah, Ipoh.

Khabarnya buku tulisan Anwar Ibrahim keluaran DBP itu dibakar selepas pemecatannya (rujuk sini). Kira bernasib baiklah aku dapat membeli buku yang terselit di celahan buku-buku lama yang lain. Sudahlah susah untuk didapati, dibeli pula dengan separuh harga kerana ketika itu kedai buku yang terletak di Medan Gopeng itu memberi potongan harga atas setiap buku yang dibeli ketika itu.

Kalau rajin menyelongkar rak-rak buku di MBS, insya' ALLAH akan berjumpa dengan buku-buku yang kini agak susah didapati di kedai buku Popular dan MPH. Sebagai contoh, aku terjumpa denga buku Zabidi Mohamed bertajuk Tersungkur Di Pintu Syurga. Buku ini pernah 'meletup' suatu masa dahulu kerana penulisnya menceritakan pengalamannya bersama Al-Arqam. Hatta, pengalaman semasa ditahan ISA kerana keterlibatannya dalam Al-Arqam pun turut menjadi intipati buku ini. Malah, Buku tulisan Alvin Toffler seperti Future Shock yang menjadi terkenal dalam tahun-tahun  90an pun pernah kujumpa di kedai buku ini. Jumpa sajalah, mahu membeli tiada ongkosnya.

Inilah sekelumit kisah si pembeli buku. Yang baik dijadikan teladan, yang tidak baik dijadikan sempadan. Sekurang-kurangnya inilah 'harta' yang kuada, kukumpul bukti 'kekayaan' memperoleh biasiswa JPA. Juga sebagai tanda kenangan zaman undergraduates yang bakal berakhir...

Saturday, January 2, 2010

Mahasiswa Menggugat




TENTATIVE OF “SEMINAR MAHASISWA MENGGUGAT : REALITI ATAU FANTASI”

8.00 am : Arrival of participants and VIP

8.30 am : Opening remarks by MC and Quran Recital

8.40 am : Speech by Program Manager

8.50 am : Speech by IIUM’s representative

9.00 am : 1st slot : “Integriti Mahasiswa”  (Muhammad Faisal bin Abdul Aziz President of Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, PKPIM)

9.30 am : 2nd slot :“Mahasiswa Menggugat : Realiti Atau Fantasi” (Sayed Munawar Host of “Di Luar Lingkungan” at TV1)

10.45 am : Tea break

11.00 am : Forum (Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Fellow of Himpunan Keilmuan Muda - HAKIM, Muhd Anwar bin Yasin - President of Students Representative Council, IIUM Kuantan, Nor Akmariah Binti Abdullah - Vice President of Woman Affairs (HEWI) of PKPIM)

12.45 pm : Group discussion

1.15 pm : Resolution slot

1.50 pm : Closing Speech by Exco of SCIENCESS

2.00 pm : Lunch, Zuhur and disperse