Pro-Mahasiswa UIAM manfaat kempen saat akhir, mengundi esok
Nazri Abdullah
GOMBAK, 20 Jan: Kumpulan Pro-Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini giat menjalankan kempen saat akhir mereka menjelang hari pembuangan undi bagi kampus mereka esok.
Malam ini, kumpulan itu mengadakan solat hajat perdana bagi memastikan kelancaran proses pengundian tersebut sekaligus mengharapkan kemenangan kepada pihak mereka.
Pengerusi kumpulan Pro-Mahasiswa UIAM kampus Gombak, Mohd Naserul Mohamed berkata, mereka bagaimanapun optimis kemenangan berpihak kepada kelapan-lapan calon mereka, sekaligus mampu memberikan khidmat terbaik buat pelajar kuliah yang diwakili.
"InsyaAllah boleh (menang), jentera kempen kami sangat laju dan kuat berkerja.
"Para pengundi yang kita temui Alhamdulillah memberi respon yang sangat baik terhadap calon-calon kami," ujarnya ketika ditemui.
Beliau juga bagaimanapun tidak memandang rendah kepada jentera lawan dari Pro-Aspirasi biarpun mereka dilihat perlahan dan sepeti tiada agenda.
"Setakat ini suasana Alhamdulillah baik, tak ada nampak agresif, namun kita tetap berjaga-jaga takut-takut malam ini atau esok akan berlaku sesuatu yang kita tidak jangka," tambahnya lagi.
Pada penamaan calon 14 Januari lalu, Pro-Mahasiswa telah menang tanpa bertanding di dua kerusi iaitu masing-masing satu di Kuliah Undang-undang dan satu di kuliah Pergigian.
Pro-Aspirasi pula menang satu kerusi juga di kuliah undang-undang.
Manakala, bagi kuliah Arkitek, kedua-dua kerusi tersebut dimenangi tanpa bertanding oleh calon bebas.
Esok kesemua mahasiswa kampus itu akan menentukan nasib 18 lagi kerusi yang dipertandingkan mewakili sembilan kuliah.
Kerusi tersebut masing-masing di Gombak-kuliah ekonomi, Ilmu Wahyu dan sains kemanusiaan, Kejuruteraan dan kuliah ICT manakala bagi UIAM kampus Kuantan pula di kuliah Perubatan, Kejururawatan, Farmasi, Sains Kesihatan Bersekutu dan kuliah Sains.
Proses pengundian esok dijangka bermula jam 8.45 pagi dan berakhir jam 5 petang.
Pro-Mahasiswa perlu menang sekurang-kurangnya 11 lagi kerusi bagi membolehkan kumpulan mereka mendapat keanggotaan majoriti dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
4 comments:
huh..menarik betul..nant mungkin kuar kt harakah Pro-M atau A yg akan menang di Kuliah Farmasi atau Kuliah2 lain di UIA kuantan ni.. walaupun org2 yg aware dh tau ap y berlaku..huhu..
p/s: just to observe..
Ha5.... Mcm2. Mujur bkn pros n cons =P
Pro-M tu Pro Mahathir, Pro A tu Pro Anwar, haha.
Knp perlu mereka??? Tiada model lainkah? ha5.. Jom kita bongkar sejarah!
Post a Comment