v

Thursday, July 29, 2010

Perubatan Tradisional & Komplementari

Saya mula sedar tentang kewujudan Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila membeli sebuah buku terbitan PTS berjudul Aura Penyembuhan Reiki. Dalam buku tersebut, Dr. Ramli Abdul Ghani, pengarah bahagian tersebut telah menulis kata pengantar.

KKM mewujudkan bahagian tersebut bagi menjamin keselamatan pesakit, kualiti rawatan dan memastikan pengamal-pengamal perubatan tradisional mempunyai kelayakan yang diiktiraf. Antara tugas-tugas utama bahagian yang telah ditubuhkan pada tahun 2004 ini ialah menetapkan garis panduan dan kurikulum pembelajaran kepada bakal pengamal PTK di pusat latihan yang bertauliah supaya kualiti amalan yang akan dipraktiskan terjamin serta pengamal-pengamal yang sedia ada sekarang didaftar dan dipastikan tahap kelayakan mereka adalah mengikut kriteria yang ditetapkan.

Apa yang menarik, bermula pada tahun 2007 pengamal-pengamal PTK boleh ditemukan di hospital-hospital kerajaan. Hospital Kepala Batas dipilih menjadi perintis program ini dengan menempatkan unit PTK yang pertama di negara ini. Setahun kemudian, dua buah hospital lain iaitu Hospital Putrajaya dan Hospital Sultan Ismail mengikut jejak Hospital Kepala Batas dengan memulakan operasi unit berkenaan. Sehingga kini, unit PTK telah wujud di lapan hospital. Lima lagi hospital yang telah memiliki perkhidmatan ini ialah:

1. Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
2. Hospital Duchess of Kent, Sabah
3. Hospital Umum Sarawak
4. Hospital Port Dickson
5. Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star

Kewujudan perkhidmatan ini di hospital-hospital milik kerajaan tentunya akan membuka dimensi baru terhadap perkhidmatan kesihatan di negara ini. Pastinya menarik sekali apabila kini kita dapat bertemu dengan sinseh dan pengamal-pengamal perubatan tradisional yang lain di hospital tanpa perasaan ragu-ragu dan was-was.

Rujukan: Laman Web Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

1 comment:

eifa said...

assalamualaikum.
alhamdulillah,sekarang ramai sudah semakin sedar akan kebobrokan perubatan moden ini dengan 'side effect' drugs,penyembuhan yang tidak kunjung tiba dan macam-macam lagi.
alhamdulillah,inilah masa untuk Islam tidak lagi bergantung kepada perubatan yang dipelopori oleh yahudi ini.
saya ingin berkongsi idea dan pendapat.Bagi saya,sembuh akan datang apabila ubat yang diberi selaras dengan sunnatullah.maksudnya disini,alam dihadiahkan kepada manusia untuk belbagai manfaat termasuk perubtan.Maka,mengapa ubat tidak diekstrak 'potentize energy' nya dari tumbuh-tumbuhan atau haiwan a.k.a active metabolite.Mengapa perlu drug untuk merawat pesakit?

pendapat ini hanya mengikut tahap pemikiran saya yang masih mencari-cari kebenaran dalam perubatan..

cth perubtan komplementari yang saya kagumi ialah homoeopathy.harap dapat baca falsafah perubatan ini..
wassalam