Rabu lepas, aku membeli dua buah buku lama; Ikhwanul Muslimin:Zaman Penyiksaan Penjara Dan Taligantung, tulisan Abdul Muta'al Al-Jabari terbitan GG Edar, tahun 1987 dan Partisipasi Dalam Pembangunan karya Prof. Dr. Deliar Noer terbitan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), tahun 1977.
Buku Partisipasi Dalam Pembangunan baru kubaca mulai semalam, manakala buku Ikhwan masih dimulakan pembacaannya. Sekilas mengenai Prof. Dr. Deliar Noer dan buku Partisipasi Dalam Pembangunan seperti yang tercatat di kulit belakang buku tersebut:
PROF DR. DELIAR NOER dilahirkan di Medan, Indonesia pada 9hb. Februari 1926. Setelah selesai pengajiannya di Universitas Nasional, Jakarta, beliau melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat dan memperoleh M.A. dalam ilmu politik, Cornell University. Pada tahun 1963, beliau dianugerahkan Ph. D. dalam Ilmu Politik dari Universiti yang sama.
PARTISIPASI DALAM PEMBANGUNAN asalnya ialah ucapan pengukuhan Dr. Deliar Noer selaku Rektor IKIP (Institut Keguruan dan Ilmu Pendidikan), Jakarta pada tahun 1974. Ucapan ini telah tidak sempat dilafazkannya kerana ucapan tersebut telah dibatalkan oleh pihak berkuasa di saat-saat akhir, dan berikutnya beliau telah 'dilepaskan' dari jawatannya selaku Rektor IKIP, Jakarta. Sekarang beliau bertugas sebagai Pensyarah di bidang Sejarah dan Politik Indonesia di Universiti Griffith, Brisbane, Australia.
Tulisan beliau yang lain antaranya ialah: Masumi: Its Organisation, Idealogy and Political Role in Indonesia, 1960; Pengantar kePemikiran Politik, 1965; Konsepsi Tentang Negara dan Kedudukan Raja di Asia Tenggara, terjemahan Robert Heine - Goldern, Conceptions of State and Kingship in Southeast Asia; The Modernist Muslim Movement in Indonesia: 1900-1942, 1973 dan Mencari Jalan Keluar Dari Kemelut Sekarang, 1974.
P/s: Ilham Nur terinspirasi daripada Deliar Noer.
No comments:
Post a Comment