Oleh AU YEONG HOW
PETALING JAYA: Calon-calon Pro-Aspirasi menguasai pilihan raya kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi sesi pemilihan 2009/2010 semalam.
Di kampus Gombak, 13 calon kumpulan berkenaan menang berbanding tiga calon Pro-Mahasiswa.
Sementara di kampus Kuantan, kumpulan tersebut memenangi satu kerusi, Bebas (dua) manakala lapan lagi belum dapat ditentukan kedudukannya kerana masalah tertentu.
Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, tiga kuliyyah diisytiharkan menang tanpa bertanding.
Menurutnya, kuliyyah berkenaan ialah Kuliyyah Undang-Undang dan Kuliyyah Seni Bina di kampus Gombak manakala Kuliyyah Pergigian di Kuantan.
Katanya, ini bermakna secara keseluruhan, terdapat 18 kerusi dipertandingkan di kampus Gombak sementara di kampus Kuantan, 11 kerusi.
"Daripada 29 kerusi di kampus Gombak, 18 yang dipertandingkan. Yang lain menang tanpa bertanding.
"Ada empat kerusi pelajar-pelajar antarabangsa yang tidak dipertandingkan. Di Gombak, ada 10 kerusi daripada lima fakulti," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.
Sebanyak 6,938 pelajar atau 59 peratus mengundi daripada 11,760 yang layak bagi pilihan raya kali ini. Undi rosak pula sebanyak 115.
Sementara itu, Nik Ahmad berkata, lapan kerusi dipertandingkan di empat fakulti.
"Dua kerusi (Kuliyyah Pergigian) dan satu kerusi antarabangsa juga tidak dipertandingkan," ujarnya.
Mengulas mengenai kejayaan calon Pro-Aspirasi dalam pilihan raya kampus kali ini, Nik Ahmad Kamal berkata, pihak universiti tidak mengiktiraf kejayaan mana-mana gabungan kerana itu adalah persepsi para pelajar.
Jelas beliau, secara realiti, UIAM tidak mengiktiraf anggota gabungan mana-mana pihak kerana semua calon yang bertanding dilihat memperjuangkan kebajikan para pelajar.
P/s: Aha, berita ini memang betul-betul buatkan aku musykil...
3 comments:
Betul. Aspirasi sudah menguasai Gombak.
Oh, ye ke? Maknanya laporan Malaysian Insider dan Malaysiakini tidak tepatlah...
Entahlah. Orang pun dah malas dah. Menang ke kalah ke sama aja. Kali ni mungkin orang nak tgk lain sikit. mungkin ada perubahan. jangan ada merepek dah lah.
Post a Comment