v

Wednesday, February 23, 2011

Temuduga 2

Temudugaku di SPA Kuantan pagi tadi tidak bermula dengan baik. Aku tertinggal salinan kad pengenalan, sijil kelahiran dan sijil SPM. Apa lagi, aku yang pada mulanya tenang menjadi gelabah. Akhirnya, sahabatku Ramdani dan Helmi bersusah-payah menghantar salinan dokumen-dokumen berkenaan kepadaku (terima kasih banyak-banyak sahabat!). Kiranya, selesai satu masalah.

Aku sebenarnya terkhilaf. Dalam fikiranku, salinan dokumen tidak diperlukan lagi kerana sudah membawa dokumen-dokumen yang asli. Rupa-rupanya, salinan-salinan tersebut akan diambil penemuduga. Bila menyedari keadaan tersebut, aku mula berasa cuak. Dalam hati, aku terfikir, "ini kalau abah tahu, 'mati' aku.". Abah memang jenis particular tentang dokumen-dokumen ini. Malangnya ketelitiannya itu tidak diwarisi oleh anaknya yang seorang ini, hehe.

Sebagai salah seorang 'warga emas' iiumrx6th, aku mendapat giliran ketiga untuk ditemuduga. Mujur, Ramdani dan Helmi sempat menghantar dokumen-dokumen yang kutinggalkan di asrama sebelum aku masuk ke bilik temuduga. Melihat orang kedua selesai ditemuduga, aku bingkas menuju ke arah bilik temuduga. Kecuakan dan kadar adrenalin yang tinggi ketika menanti dokumen-dokumeku tiba menyebabkan aku terlupa segala macam persediaan yang telah kuhafal sebelumnya. Namun, bila kakiku melangkah masuk ke dalam bilik temuduga, AlhamduliLlah, aku berasa tenang.

Aku ditemuduga oleh dua orang wanita; Puan Jaazah Ja'afar daripada SPA dan Puan Mahani mewakili KKM. Setelah menyerahkan dokumen-dokumen yang kubawa, aku diminta memperkenalkan diri.

Nama saya...anak kelahiran negeri Perlis Indera Kayangan...dibesarkan di negeri...merupakan alumni...anak pertama...pernah mewakili sekolah...pernah mewakili IpHA ke Arab Saudi...

Selesai memperkenalkan diri, aku ditanya dengan pelbagai soalan. Antara kedua-dua panel penemuduga Puan Jaazah tampak yang lebih dominan untuk menyoalku. Antara soalan yang aku ingat ialah:

  1. Awak pernah main bola sepak. Cuba ceritakan sedikit penglibatan awak dalam sukan bola sepak ?
  2. Awak kata awak pernah Arab Saudi. Jadi, bila sudah berada di luar negara tu, tentu awak dapat rasakan kelebihan Malaysia yang tiada pada Arab Saudi. Selain itu, apa kelebihan Arab Saudi yang boleh diterapkan di sini. 
  3. Awak pernah melakukan 'clinical attachment' kan? Jadi, dalam banyak-banyak 'clinical attachment' yang pernah awak buat, yang mana satu awak paling ingat.
  4. Kenapa awak ambil farmasi?
  5. What are you doing when you have free time? 
  6. Are you socializing (Facebook, etc.)?
  7. Apa kerja emak awak?
  8. Apa yang awak tahu tentang antihyperlipidemia?

Sebenarnya ada lagi butiran temuduga yang tidak dapat kutemui dalam kotak memoriku. Secara, asasnya inilah soalan-soalan untuk temuduga yang kulalui tadi. Antara soalan-soalan yang aku kusukai ialah soalan 3 dan 4.

Untuk soalan tentang clinical attachment yang tidak dapat kulupakan ialah pengalaman tentang bila memasuki wad pesakit psikiatri. Aku memperihalkan tentang betapa bersyukurnya aku dikurniakan akal yang sihat untuk menjalankan amanah sebagai anak, pelajar dan lain-lain. Aku juga memperihalkan betapa stigma masyarakat terhadap mereka yang masih menebal tehadap pesakit-pesakit ini. Entah mengapa, nada suaraku menjadi sayu bila menceritakan tanggapan masyarakat terhadap mereka. Selesai aku 'menggoreng' menjawab soalan ini, Puan Mahani pun berkata:

"Encik Ezham, awak boleh menjadi psychiatric pharmacist yang baik".

Apa lagi, bertambahlah keyakinanku bila mendengar kata-kata Puan Mahani itu. Soalan 'kenapa ambil farmasi' juga menjadi kegemaranku. Ini kerana, aku dapat mengaitkan farmasi dengan tamadun Islam. Dengan memetik tulisan Fazlur Rahman dan Cyril Elgood, aku menyatakan kebanggaanku menjadi ahli farmasi kerana tamadun Abbasiyyahlah yang memperkenalkan farmasi ketika kegemilangan Baghdad dahulu.

Sambil ditemuduga, sempat juga Puan Jaazah menyarankan aku untuk membaca buku Fit for Life Not Fat for Life tulisan Harvey Diamond bila ku menyatkan bahawa dalam tradisi Islam ada pemakanan gaya sihat bila aku menjawab satu-satunya soalan klinikal yang kuterima iaitu tentang antihyperlipidemia.

Kelancaranku menjawab soalan-soalan temuduga terencat bila Puan Jaazah menyatakan Puan Mahani telah menulis pilihan pertama untukku ialah Sabah dan keduanya Sarawak. Bila tiba sahaja pada bab penempatan ini, aku gagal menangkis dengan baik kata-kata penemuduga yang ingin menghantarku ke Borneo. Temuduga yang tadinya dapat kurasai milikku kini didominasi oleh penemuduga bila aku terkedu mendengarkan hujah-hujah penemuduga yang menyaranku untuk keluar berkhidmat dari negeri kelahiranku. Apa boleh buat, pasrah sahajalah mendengar setiap butir perkataan penemuduga yang tidak dapat kutangkis.

Melangkah keluar dari bilik temuduga menandakan perjalananku untuk bergelar ahli farmasi semakin hampir. Untuk sebuah perjalanan sejauh ini, ingin kulafazkan:
Terima kasih ALlah
Terima kasih RasuluLlah
Teima kasih Mak
Terima kasih Abah
Terima kasih guru-guruku
Terima kasih adik-adikku
Terima kasih sahabat-sahabatku.
 Kalianlah lentera penerang kehidupanku!

6 comments:

Anonymous said...

emmm,..VEry nice blog!!! aku suka blog camnie...erkkk..tetibe air mata nak terkeluar...

sepanjang perjalanan, kita bertemu dan berpisah,
tetapi ukhuwwah tetap kekal abadi...

GANBATTE!!

'Atiqah said...

salam.
jeles.anda patut berada di tempat saya tadi..

AUTONAZINE said...

wah...satu calon lagi untuk ke sabah sarawak..hehe

debonairs88 said...

Ya Allah..nasib baik la ada Dani dgn Helmi Rahmat..kalau aku yg tertgl cmana nk suh hani hantar..dia pn xda transport..boleh byg la cuaknye ada dokumen tak cukup mcm tu.. Stuju ngn dani,bile bc last2 tu cm rase sebak.hehe.Ala takde pun diorng bgtau letak nama tempat kt mana..huhu

Ilham Nur said...

Dani: RasuluLlah s.a.w pernah bersabda, "sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan ALlah". Ya akhi, uhibbuka fiLlah abadan abada, insya' ALlah.

'Atiqah: Untuk orang yang 'kurang cerdik' seperti saya, selayaknya mengucapkan 'haza fadhlun min rabbi'.

Fadhlan: Tak apa, kita kan 1 Malaysia! :D

Apai: Kalaulah ALlah berikan dua tawaran, seluruh kekayaan alam ini atau sahabat yang baik, yang kedua itulah pilihanku. Sungguh, Helmi dan Dani sahabat-sahabat yang baik, susah senang bersama yang sudah terbukti!

Anonymous said...

Subhanallah...indah sungguh perancangan Allah menemukan ku dengan kalian sahabat semua......

perjuangan belum selesai,
hingga nafas ku terakhir,
Takdir Allah, Takdir Ilahi,
Sahabat dikenang, Dekat di hati...
Kamu semua sahabat sejati,
Mengajar diri ini untuk mengHARGAI...